Ibrahim Hussein (lahir 13 Mac 1936 di Kedah - meninggal 19 Februari 2009 di Bangsar) ialah seorang pelukis dari Malaysia yang cukup tersohor. Kerjaya beliau ialah pelukis sepenuh masa.[1]

Ibrahim Hussein
Kelahiran(1936-03-13)13 Mac 1936
Meninggal dunia19 Februari 2009(2009-02-19) (umur 72)
Pekerjaanpelukis
Tahun aktif1971–2009
PasanganSim Hussein
Anak-anakAlia Ibrahim

Mahathir bin Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri Malaysia telah mengusahakan Muzium dan Yayasan Seni Ibrahim Hussein (IHMCF) di pulau Langkawi, Kedah. Muziumnya itu termasuk di dalam kawasan Langkawi Geopark yang telah diiktiraf oleh UNESCO.

Keluarga dan pendidikan sunting

Sejak dari sekolah rendah telah menunjukkan bakatnya dalam bidang lukisan apabila salah satu karyanya pernah disiarkan di dalam sebuah majalah. Dia menyambung pelajarannya dalam bidang lukisan) di Akademi Seni Nanyang di Singapura. Rumahnya di Lorong Bukit Pantai, Bangsar.

Ibrahim berkahwin dengan gadis pilihannya di Universiti Malaya bernama Datin Sim Hussein pada 1976. Anaknya bernama Alia Ibrahim. Abangnya, Datuk Abdullah Hussain dan Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein adalah sasterawan terulung di Malaysia dan memberikan sumbangan besar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pada 1976 beliau menjadi residen artis di UM atas jemputan Profesor Diraja Ungku Aziz di mana beliau bertemu jodoh.

Pendidikan sunting

  1. Akademi Seni Nanyang Singapura (1956)
  2. Byam Shaw School of Drawing and Printing, London (1959 – 1963)
  3. Royal Academy Schools, London (1964 – 1966)
  4. American Workshop, Venice (1970)

Anugerah sunting

  1. Byam Shaw Scholarship, London (1959 – 1963)
  2. Byam Shaw Award of Merit (1961 – 1963)
  3. Royal Academy Scholarship, London (1963 – 1966)
  4. Griffin Prize, London (1964)
  5. Fullbright Travelling Scholarship (1967)
  6. John D.Rockefeller III Fund Fellowship (1967 – 1968)
  7. Smithsonian Institute, American Workshop, Venice (1970)
  8. Lee Foundation Fellowship, University Malaya (1970 – 1971)
  9. XVIII International D’Art Contemporain de Monte Carlo (1984)
  10. Japan Foundation Cultural Award (1988)
  11. Order of Andrés Bello, Venezuela (1993)
  12. Hugo Boss Hall of Distinction (1994)
  13. Order of Bernardo O’Higgins, Chile (1995)
  14. Crystal Award oleh The World Economic Forum, Annual Meeting, Davos, Switzerland (1997)
  15. “Style with Substance” American Express/ Hong Leong Bank (2000)
  16. Griffin Prize, London (1964)
  17. Smithsonian Institute, American Workshop, Venice (1970)
  18. Crystal Award World Economic Forum di Switzerland pada 1997)
  19. Order of Bernado O'Higgings, Chile (1995)
  20. Order of Andres Bello Venezuela (1993).
  21. Anugerah Melayu Terbilang UMNO (2007).

Darjah Kebesaran sunting

  1. Ahli Mangku Negara (AMN) (1973)
  2. Kesatria Mangku Negara (1991)
  3. Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (1995)
  4. Darjah Kebesaran Setia DiRaja Kedah (1996)
  5. Darjah Kebesaran Dato’ dari Sultan Selangor (2001)

Pameran solo sunting

  1. John Whibley Gallery, London (1963)
  2. Gallerie Internationale, New York (1965)
  3. AIA Building, Kuala Lumpur (1966)
  4. Chinese Chamber of Commerce, Singapura (1966)
  5. Newsweek Gallery 10, Newsweek Building, New York (1968)
  6. Solidaridad Gallery, Manila (1969)
  7. Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1969)
  8. Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1975)
  9. Dhait Abdullah Al Salam Gallery, Kuwait (1977)
  10. IH Gallery, Kuala Lumpur (1982)
  11. Daruma Art Centre, Copenhagen (1983)
  12. Gallerie Bortier, Brussel (1983)
  13. Gallerie Kaleidescoop, Ghent (1983)
  14. National Art Gallery, Malaysia: Ibrahim Hussein-A Retrospective (1986)
  15. Universiti Utara Malaysia (1986)
  16. Singapore Arts Festival, National Art Gallery, Singapura (1986)
  17. Takashimaya Art Gallery, Tokyo (1989)
  18. Takashimaya Art Gallery, Osaka (1989)
  19. Museo Nacional de Bellas Artes, Santiago, Chile (1991)
  20. World Economic Forum, Davos, Switzerland (1994)
  21. Inaugural Exhibition- Ibrahim Hussein Foundation Museum, Langkawi, Malaysia (1999)

Penglibatan sunting

  1. Ahli Lembaga Pemegang Amanah Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur (1971-1973)
  2. Pelukis Undangan di Universiti Malaya (1970-1977)
  3. Menguruskan Festival Seni Asia Pertama di Bali, Indonesia (1987)
  4. Menguruskan Festival Seni Asia Kedua di Cherating, Pahang Darul Makmur (1988)
  5. Pakar rujuk “Académie Européenne des Sciences, des Arts et des Lettres, Paris” (1987)
  6. Menubuhkan Muzium dan Yayasan Seni Ibrahim Hussein (MYSIH) yang terletak di Langkawi, Kedah pada tahun 1997 bagi tujuan pengembangan seni rupa di tanah air dan antarabangsa. MYSIH merupakan muzium dan yayasan seni yang unik dan yang pertama sepertinya di dunia, sebagai usaha untuk memperkasakan pembangunan dunia kesenian dan kebudayaan. Ia menjadi tempat rujukan kepada seniman, pencinta seni dan pelajar-pelajar dari seluruh dunia.
  7. Penglibatan di dalam Forum Seni Antarabangsa di Venice, Itali (1991)
  8. Menghadiri Forum Ekonomi Antarabangsa di Davos, Switzerland (1994-1995, 1997 $ 2005)
  9. Menguruskan Festival Seni Antarabangsa di Langkawi, Malaysia (2000)

Meninggal dunia sunting

Pada 19 Februari 2009, Ibrahim Hussein meninggal dunia di Hospital Pantai, Bangsar kerana mengalami masalah jantung. Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak 4 petang. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Turut ziarah ialah bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Sanusi Junid, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad dan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Rujukan sunting

  1. ^ "Hari UMNO: Datuk Ibrahim Hussein Tokoh Melayu Terbilang". Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mac 2008.

Ahli keluarga Arwah Ibrahim Hussein , Sungai Limau , Yan Kedah.

Pautan luar sunting