Pari lang

(Dilencongkan dari Ikan Pari Lang)

Ikan Pari Lang atau Ikan Pari Helang (bahasa Inggeris: Eagle ray) ialah sekumpulan ikan yang tergolong dalam famili Myliobatidae, sebuah famili yang terdiri sebahagian besarnya daripada ikan pari yang hidup di lautan-lautan lepas dan bukannya di dasar laut. Ikan ini pandai berenang dan berupaya melompat beberapa meter di atas permukaan air. Ikan Pari Lang makan siput, kupang, dan krustasia. Ia menghancurkan kulit-kulit haiwan tersebut dengan giginya yang amat keras.[1]

Ikan Pari Lang
Ikan Pari Lang, Aetobatus narinari
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Subkelas:
Superorder:
Order:
Keluarga:
Myliobatidae

Bonaparte, 1838
Genus

Myliobatis
Rhinoptera
Pteromylaeus
Aetobatus
Aetomylaeus
Manta
Mobula

Taksonomi sunting

Taksonomi kumpulan ini tidak begitu jelas; ia kini digolongkan dalam order Myliobatiformes atau juga dalam order Rajiformes [2]. Terdapat lapan genus dalam kumpulan Ikan Pari Lang, iaitu:

  1. Myliobatis (bahasa Inggeris: common eagle ray)
  2. Rhinoptera (cownose ray)
  3. Pteromylaeus (bull ray)
  4. Aetobatus (bonnet ray)
  5. Aetomylaeus (smooth tail eagle ray)
  6. Californica (bat ray)
  7. Mobula (devil rays)
  8. Manta (manta ray).

(Dalam sesetengah taksonomi, Mobula dan Manta terletak dalam famili tersendiri, iaitu Mobulidae.)

Ikan Pari Lang Berbintik sunting

Ikan Pari Lang Berbintik pada asalnya dinamai Raja narinari (Euphrasen 1790) pada tahun 1790. Namanya kemudian ditukarkan menjadi Stoasodon narinari tetapi kemudian ditukarkan sekali lagi menjadi Aetobatus narinari (Euphrasen, 1790).

Nama genusnya, Aetobatus, berasal daripada perkataan Greek yang membawa pengertian "burung helang, dengan batis pula bermaksud "ikan pari". Sinonim-sinonim yang lain yang pernah dipergunakan untuk merujuk kepada spesies ini dalam kepustakaan saintifik yang dahulu termasuk:

  • Raia quinqueaculeata, Quoy dan Gaimard 1824;
  • Myliobatis eeltenkee, Rüppell, 1837;
  • Myliobatis macroptera, McClelland 1841; dan
  • Aetobatis latirostris, Duméril, 1861.

A. narinari yang kekadang dianggap sebagai satu kompleks spesies dan bukannya satu spesies tunggal, kini telah dikaji semula.

Ancaman sunting

Ancaman utama ikan pari lang adalah ikan yu. Pemangsa ini sering mengekori ikan pari lang khususnya ketika masa kelahiran anak ikan dimana ibu ikan pari lang akan memberi makan kepada anaknya.[3]

Pautan luar sunting

Rujukan sunting