Pirana

(Dilencongkan dari Ikan Pirana)

Ikan Pirana atau Piranha ialah sejenis ikan omnivor kecil air tawar yang tinggal berkumpulan di dalam Laut Merah dan sungai-sungai di Amerika Selatan.

Ikan Pirana
Pirana di Taman Botani Liberec
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Géry, 1972
Tribus:
Pirana
Genus

Catoprion
Pristobrycon
Pygocentrus
Pygopristis
Serrasalmus
MegaPirana

Ikan ini mempunyai banyak gigi yang sangat tajam yang digunakan untuk memakan mangsa. Ikan ini mempunyai deria bau yang sangat kuat seperti ikan jerung. Ikan ini juga mengemari darah. Ikan Pirana memburu bersama dan memakan hasil buruan mereka bersama. Walaupun mereka kecil, mereka sangat ganas. Mereka cuma mengambil kurang daripada satu minit untuk menghabiskan seekor anak bangau yang baru hendak belajar terbang. Ikan Pirana disebut sebagai,Ikan Pirana. Bunyi huruf 'H' itu tidak kedengaran. Ikan Pirana mempunyai warna seperti ikan kembung iaitu warna hitam-kelabu.

Serrasalmidae merupakan antara jenis ikan pirana yang dikatakan amat agresif,dan ikan ini berwarna merah di bahagian perut dan berwarna perak di bahagian badan. Ikan ini mempunyai gigi yang tajam dan juga rahang yang kuat. Ikan ini boleh membesar maksimum sehingga 60 sentimeter dan mencari makanan secara berkumpulan.