Iklim Afrika Selatan

Afrika Selatan mempunyai beberapa iklim yang berlainan. Ia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti aras ketinggian dan arus laut. Di barat-daya negara ini, iklimnya adalah Mediterranean, di kawasan pendalaman ia beriklim sederhana, dan di timur-laut iklimnya adalah separa tropikal atau "subtropical". Sebahagian kecil kawasan di barat-laut Afrika Selatan bergurun dan beriklim kering. Sebahagian besar negara ini bercuaca sederhana panas dengan hari yang cerah dan malam yang sejuk.

Iklim dan suhu sunting

Dari segi suhu, suhu yang biasa disini ialah antara 17°C hingga 30°C. Misalnya, purata suhu tahunan di Cape Town is 17°C, dan di Pretoria, 17.5°C. Suhu maksimum biasanya melebihi 32°C pada musim panas, dan di beberapa tempat di utara ia boleh mencecah 38°C. Suhu paling tinggi yang penah dicatitkan ialah lebihkurang 48°C, telah berlaku di Northern Cape dan Mpumalanga (sebelum ini dikenali sebagai Eastern Transvaal). Suhu paling rendah telah dicatit 250 km timur-laut bandar Cape Town, dimana purata suhu minimumnya adalah serendah -6.1°C. Rekod salji (hampir 50 cm) berlaku pada Julai 1994 di kawasan pergunungan yang bersempadan dengan Lesotho.

Musim Hujan sunting

Musim hujan biasanya berlaku pada musim panas (November hingga Mac), tetapi di barat-daya, disekeliling Tanjung Harapan, musim hujannya adalah pada musim sejuk (Jun hingga Ogos).

Di barat-laut, hujan tahunannya adalah di bawah paras 200 mm. Manakala di timur Highveld, tempat ini menerima 500 mm hingga 900 mm hujan setiap tahun; kadangkala hujannya melebihi 2,000 mm. Sebahagian besar zon pertengahannya menerima purata lebihkurang 400 mm hujan.