Bandar Indera Mahkota ialah bandar baru di Kuantan, Pahang, Malaysia. Bandar ini dibuka pada 1983. Dahulunya tempat ini lebih dikenali sebagai Atabara (sebelum dibangunkan). Bandar ini merangkumi lebih 10 taman perumahan dan beberapa tapak perindustrian. Bandar Indera Mahkota menggunakan poskod 25200.

Bandar Indera Mahkota

Lokasi sunting

Bandar Indera Mahkota terletak kira-kira 4 km dari Bandar Kuantan. Ia juga menjadi laluan utama bagi pengguna jalan raya dari Kuantan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) melalui persimpangan Kuantan. Bandar Indera Mahkota juga boleh dihubungkan antara Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah dan Gambang melalui Lebuhraya Pintasan Kuantan.ia juga mempunyai sebuah kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang padat iaitu di kawasan Kampung Padang atau dikenali Taman Impian yang menjadi bandar baru di kawasan Kuantan. Kampung Padang ini mempunyai beberapa buah pasaraya iaitu jaya gading, eng hong, terus maju , ten ten serta banyak lagi.Kemudahan yang lain juga lengkap seperti kawasan medan makan yang cukup besar, terminal, klinik,sekolah dan lain lain.

Pilihan raya sunting

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 , wakil PKR Azan Ismail berjaya mengalahkan calon dari Barisan Nasional-UMNO, Salamon Ali Rizal Abdul Rahman dengan majoriti sebanyak 1,027 undi. Azan Ismail memperolehi 19,823 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 18,796 undi.


Bank sunting


Rujukan sunting

https://en.wikipedia.org/wiki/Bandar_Indera_Mahkota#References