Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPG KSAH) merupakan salah sebuah institut pengajian tinggi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang menjalankan kursus-kursus perguruan peringkat sijil, diploma dan ijazah.

IPG Kampus Sultan Abdul Halim
Institute of Teacher Education, Sultan Abdul Halim Campus
Lokasi
Sungai Petani, Kedah
Maklumat
MotoProfesional; Produktif; Berkualiti
DitubuhkanOktober 1980
Jumlah penuntutProgram Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) & Program Diploma Perguruan Pascasiswazah (PDPP)
PengarahDr. Haji Ridzuan bin Ahmad
Timbalan PengarahDr. Aris Fazil Bin Hj Ujang
Ketua Jabatan Hal Ehwal PelajarDatin Dr. Hjh. Wan Roslina Binti Wan Ismail
Ketua Unit Khidmat PengurusanEn. Mohd Zainuri bin Embi
Laman sesawang

Ditubuhkan sejak 1976, institut ini adalah antara empat buah Institut Pendidikan Guru dalam Rancangan Malaysia Ketiga yang dibiayai pinjamannya oleh Bank Dunia.

Sejarah ringkas sunting

Rancangan pembinaan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, sebelum ini dikenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim Sungai Petani, bermula sejak tahun 1976. Institut ini merupakan institusi perguruan yang pertama di Negeri Kedah Darul Aman.

Serentak dengan rancangan pembinaannya di Sungai Petani, Institut ini mula berfungsi di Pulau Pinang dengan menggunakan nama Maktab Perguruan Jalan Northam.

Sekitar tahun 1978 dan 1979, antara bangunan yang siap dibina ialah sebuah blok pentadbiran dan bilik-bilik kuliah, 8 buah blok asrama yang tiap-tiap satu boleh menampung 90 orang pelajar, dewan syarahan, sebuah bangunan perpustakaan, sebuah gimnasium, sebuah dapur dan dewan makan, 4 unit flat untuk pensyarah, 24 unit rumah pekerja, dan rumah Pengetua.

Perpindahan dari Jalan Northam, Pulau Pinang ke Sungai Petani, Kedah bermula pada pertengahan tahun 1979. Pada mulanya, institut ini dikenali sebagai Maktab Perguruan Sungai Petani kemudian ditukar kepada Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim setelah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman ketika itu.

Dalam bulan Oktober, Majlis Penyampaian Sijil yang pertama telah diadakan. Seramai 319 orang guru pelatih yang menerima latihan di Maktab Perguruan Jalan Northam dan di Sungai Petani telah menerima Sijil Perguruan mereka daripada Yang Berbahagia, Tan Sri Dato' Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dalam majlis tersebut.


Lirik Lagu Rasmi IPGKSAH sunting

Berguru kita bersama

Menjadi guru yang berjasa

Kepada nusa dan bangsa

Berpandukan rukun negara

Untuk menjaga nama

Bersama kita berusaha

Menjalankan pekerjaan

Tanpa memandang ganjaran


Di kampus Sultan Abdul Halim

Bersama kita belajar

Bersama kita bermain

Menyuburkan muhibbah

Bersama kita berjuang

Bersama kita berbakti

Sedia memikul beban

Mendidik anak negara

Rujukan sunting