Irene Fernandez (lahir di Kedah, 18 April 1946 – meninggal di Sepang, 31 Mac 2014 pada umur 67 tahun) ialah seorang ahli politik berkawarnegaraan Malaysia

Irene Fernandez
Kelahiran(1946-04-18)18 April 1946
Meninggal dunia31 Mac 2014(2014-03-31) (umur 67)
Pekerjaan
  • Ahli Politik
  • Aktivis
Tahun aktif1995-2014
Anak-anak7

Latar belakang sunting

PKR dan aktivis hal pekerja asing dari Malaysia. Irene juga pengasas dan pengarah eksekutif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Tenaganita Sdn. Bhd. Beliau dikenali kerana keberanian beliau mempertahankan hak asasi manusia seperti hak pekerja asing di Malaysia.

Kehidupan pribadi sunting

Mempunyai memiliki anak pertama dibesarkan abang dan kakak dari 16 bersaudara dari orangtua bersal Kerala, India. Merupakan seorang putri dari bapa keturunan India-Malaysia dan ibu keturunan Portugis-Malaysia

Layanan buruk di pusat tahanan Imigresen sunting

Pada 1995, beliau mendedahkan kepada umum keadaan buruk yang wujud di pusat-pusat tahanan Imigresen dalam satu memorandum bertajuk Abuse, Torture and Dehumanised Conditions of Migrant Workers in Detention Centres (Penyalahgunaan, Penderaan dan Layanan Tidak Berperikemanusiaan Terhadap Pekerja Asing di Pusat-pusat Tahanan). Berikutan kesalahan menerbitkan dengan niat jahat satu berita palsu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun penjara mengikut Seksyen 8A (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Walaubagaimanapun, pada 24 November 2008, Hakim Datuk Mohamed Apandi Ali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membebaskan Irene Fernandez setelah mengenepikan sabitannya atas kesalahan menerbitkan berita itu.

Peguamnya, M. Puravelan menegaskan alasan rekod rayuan tidak boleh difahami dan sebahagian daripada nota keterangan yang ditulis oleh hakim perbicaraan, tidak jelas.[1] Timbalan Pendakwa Raya ialah Shamsul Sulaiman. Beberapa keterangan oleh tiga saksi penting pendakwa dan satu dokumen berhubung kes itu, telah hilang.

Pilihan raya umum 1999 sunting

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 Irene mewakili PKR telah bertanding di kawasan parlimen P97 - Subang, Selangor yang mempunyai 93,177 pengundi.[2] Beliau menentang Tan Sri Dr.K.S. Nijhar -(BN/MIC).

Utusan bayar gantirugi RM200,000 sunting

Irene Fernandez menyaman Utusan Melayu (M) Berhad dan wartawan, Johardy Ibrahim (kini Penolong Pengarang Berita) berhubung artikel bertajuk 'Sikap Irene Lengahkan Siasatan' dalam ruangan Fokus yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia pada 20 September 1995. Pada 27 Oktober 2007,Hakim Datuk Tee Ah Sing di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Utusan Melayu (M) Berhad membayar gantirugi RM200,000 kepada Irene Fernandez berhubung satu artikel yang didakwa memfitnah beliau.[3] Gantirugi am itu hendaklah dibayar bersama faedah empat peratus dari tarikh writ saman tersebut difailkan pada tahun 1996 sehingga tarikh penghakiman dan faedah lapan peratus setahun dari tarikh penghakiman sehingga bayaran dilunaskan. Beliau turut memerintahkan injunksi menghalang defendan-defendan melalui diri mereka sendiri, ejen-ejen, pekerja-pekerja atau kakitangan-kakitangan mereka menerbit atau menyebabkan penerbitan fitnah yang sama atau serupa berhubung perkara tersebut.

Isu PDRM sunting

Irene mendakwa PDRM tidak ada kuasa untuk menembak tiga rakyat Indonesia iaitu Herman, 34, Abdul Kadir Jaelani, 25, serta Mad Nur, 28, yang disyaki penjenayah samun dan pecah rumah ketika menyerang polis dalam satu kejadian di Port Dickson pada 24 Mac 2012. Anggota polis terbabit terpaksa melepaskan tembakan ke atas ketiga-tiga suspek bagi mempertahankan diri. Kesemua suspek mati ditembak di dalam kawasan sebuah rumah di Port Dickson.[4] Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa menegaskan bahawa pihak berkuasa Malaysia tidak mencuri organ ketiga-tiga rakyat negara itu yang ditembak mati.[5]

Irene mendakwa majikan di Malaysia melanggar undang-undang dan terbabit dalam rasuah selain anggota Rela sering menggugut pekerja asing.[6] Irene menempelak majikan yang bebas memperlakukan apa sahaja kepada amah mereka hanya kerana diberikan kebenaran memegang pasport pekerja masing-masing. Malaysia tidak selamat dijadikan tempat mencari rezeki ialah kerana Malaysia tidak memiliki rangka kerja atau sebarang undang-undang khusus untuk mempertahankan pekerja. Pembantu rumah dan buruh ladang adalah dua sektor yang dikecualikan daripada pengenalan upah gaji minimum. Majikan di Malaysia melanggar undang-undang dengan memberi rasuah kepada polis dan mahkamah. Irene secara sinis menyatakan Program 6P adalah akronim '6 Penipuan'.[7]

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah memaklumkan polis sudah membuka kertas siasatan bagi menyiasat kenyataan yang dibuat oleh Irene. Irene mungkin disiasat di bawah Akta Hasutan. [8] Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa telah dua kali berhadapan dengan kes rompakan dan pembunuhan oleh warga asing. Beliau sendiri trauma apabila sering terjaga pada pukul 4.30 pagi kerana mengingatkan peristiwa dirompak penjenayah warga Indonesia pada pagi 15 Januari 2000. Pada 2006, rumahnya di Taman Melawati hampir dipecah masuk oleh warga asing.

Kematian sunting

Beliau meninggal dunia pada 31 Mac 2014 akibat kegagalan jantung.[9]

Rujukan sunting

  1. ^ Irene mohon ketepikan sabit kesalahan, Utusan
  2. ^ Pilihan Raya '99, Utusan
  3. ^ Utusan diperintah bayar RM200,000 kepada Pengarah Tenaganita, Utusan
  4. ^ Kenyataan Irene Fernandez kejam terhadap PDRM
  5. ^ "Indonesia berdemo". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-02. Dicapai pada 2012-05-19.
  6. ^ Siasatan ke atas Irene Fernandez dibuka
  7. ^ Burukkan Malaysia di Indonesia
  8. ^ Polis akan panggil Irene
  9. ^ "Activist Irene Fernandez dies". TheStar Online. Dicapai pada 2014-04-01.

Pautan luar sunting