Noor Irfan Khairi bin Noor Azmi (lahir 17 Disember 1976) ialah seorang usahawan, penulis buku dan pakar perniagaan dalam internet Malaysia.[1]

Irfan Khairi
Kelahiran
Noor Irfan Khairi bin Noor Azmi

(1976-12-17) 17 Disember 1976 (umur 47)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Multimedia Design (Staffordshire University)
PekerjaanAhli perniagaan, usahawan, penulis buku, pakar perniagaan
PasanganShazrina Yusof
Anak-anak4

Kehidupan peribadi sunting

Beliau dilahirkan di Perak pada 17 Disember 1976. Irfan mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Bukit Bintang sebelum melanjutkan pelajaran tinggi di Staffordshire University, United Kingdom dalam Fakulti Multimedia Design. Irfan keluar sebagai lulusan Ijazah Sarjana Muda Multimedia Design.[2]

Irfan Khairi dikurniakan 4 cahaya mata hasil perkahwinan beliau dengan Shazrina Yusof.[3]

Kerjaya sunting

Selepas mendapat ijazah Sarjana Muda, beliau telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, iaitu Netmedia, beliau bekerja sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet, beliau merupakan salah seorang daripada pasukan yang bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran dalam Internet untuk sekolah-sekolah yang berada di United Kingdom yang dinamakan sebagai Learning Grid. Pada ketika ini, lebih dari 5,000 sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut. Oleh kerana minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999. Selepas mendapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah lebih menguntungkan. Semenjak itu, Irfan Khairi hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet. Dalam masa 3 tahun beroperasi, salah satu perniagaannya memperolehi untung bersih sebanyak RM1,000,000 tanpa pekerja dan peralatan computer yang canggih. Hasil kejayaan tersebut menjadikan beliau jutawan di usia muda pada umur 25 tahun.[4]


Perniagaan Internet beliau di bawah nama IdeaBubble, sehingga kini telah berkhidmat untuk lebih dari 3,000 pelanggan dari serata dunia. Kebanyakannya dari Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah hingga ke negara Timur Tengah mahupun Asia, Jepun dan Australia. Beliau juga menulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar yang turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris iaitu Secret of Internet Millionaires Revealed untuk menunjukkan cara dirinya dan jutawan-jutawan Internet yang lain menggunakan Internet sebagai sumber pendapatan yang lumayan. Di atas inspirasi yang ditunjukkan, beliau telah menerima anugerah Young Innovation Award 2006 daripada Oxford Association of Management, United Kingdom. Ianya dianugerahkan atas usaha beliau dalam mendidik dan memberi inspirasi kepada generasi baru Malaysia dalam bidang Internet. Beliau juga merupakan penceramah dan konsultan media baru yang sering diundang oleh syarikat-syarikat ternama tempatan dan juga luar negara termasuk Maybank Singapore, Berita Harian, Universiti Islam Antarabangsa dan Oxford Center of Leadership serta badan-badan kerajaan dan banyak lagi.[5]


Pada Jun 2016 Irfan Khairi berhijrah ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu untuk memperkembangkan perniagaannya.[6] Beliau kini bergiat aktif dalam platform media sosial miliknya untuk berkongsi ilmu tentang perniagaan kepada generasi muda selain menceritakan tentang kehidupannya di Dubai. Irfan Khairi kini mempunyai pengikut seramai 2 juta di TikTok.

Rujukan sunting

  1. ^ "Biodata Irfan Khairi". UPND. 2017-04-04. Dicapai pada 2023-06-07.
  2. ^ "Pendidikan". LInkedin. 2022-08-03. Dicapai pada 2023-06-07.
  3. ^ ""Kahwin orang internet tapi..." Jutawan Irfan Khairi dedah isteri, anak tak ada akaun media sosial". Sinar Harian. 2021-11-01. Dicapai pada 2023-06-07.
  4. ^ "Bio Irfan Khairi". Dicapai pada 2023-06-07.
  5. ^ "Kenali Irfan Khairi". Dicapai pada 2023-06-07.
  6. ^ "Hijrah saya ke Dubai untuk perniagaan". Dicapai pada 6 Jun 2023.