Penduduk Islam Bulgaria terdiri dari Turki, Islam Bulgaria, Pomak, Roma, dan Tatar Crimea tertumpu di kawasan timur laut Bulgaria dan di Pergunungan Rhodope. Menurut bancian pada 2001, jumlah orang Islam adalah 966,978 orang dan ini mewakili 12.2% daripada populasinya. Berdasarkan kumpulan etnik, orang Islam Bulgaria boleh dipecahkan seperti berikut:

Masjid Banya Bashi yang dibina pada 1576 oleh arkitek terkenal kerajaan Ottoman iaitu Sinan, merupakan satu-satunya masjid yang masih berfungsi setelah 500 tahun penguasaan Ottoman di Sofia, ibu negara Bulgaria.

Latar belakang sunting

Kebanyakan orang Islam di Bulgaria mengikuti ajaran Sunnah Waljamaah. Sunnah Waljamaah telah diperkenalkan oleh empayar Ottaman Turki sewaktu pemerintahan selama lima abad di Bulgaria. Mazhab-mazhab Syiah seperti Alians, Kizilbashi dan Bektashi juga terdapat di sini. Kira-kira 80,000 penduduk Islam yang bermazhab Syiah tinggal di kawasan-kawasan seperti Razgrad, Sliven dan Tutrakan. Mereka terdiri dari penduduk asal Bulgaria yang telah memeluk Islam semasa pemerintahan empayar Ottoman, akan tetapi telah memilih mazhab Syiah kerana toleransinya terhadap kepelbagaian kewarganegaraan dan agama. Sebagai contoh, Kuzulbashi Bulgaria boleh mengekalkan adat-adat komunikasi, pengakuan, dan memuja orang alim cara Ortodoks. Penggabungan adat-adat Ortodoks ke dalam Islam telah mencipta satu asimilasi yang hanya boleh didapati di Bulgaria.

Setakat 1987, Bulgaria memiliki 1,267 buah masjid yang diuruskan oleh seramai 533 orang pemimpin komuniti agama. Masyarakat Islam diketuai oleh seorang Ketua Mufti dan lapan mufti kawasan dan pengamal undang-undang Islam. Kesemua mereka akan berkhidmat selama lima tahun. Masjid terbesar di Bulgaria adalah Masjid Tumbul yang terletak di Shumen. Masjid ini telah dibina pada 1744.

Orang Islam di Bulgaria telah mengalami penindasan agama semasa tahun-tahun pemerintahan rejim Todor Zhivkov. Ia kerana secara tradisi gereja Ortodoks masih mengangap mereka sebagai orang asing, meskipun mereka sebenarnya adalah etnik Bulgaria. Rejim komunis Bulgaria telah mengumumkan kepercayaan Islam adalah berlawanan dengan kepercayaan komunis dan rakyat Bulgaria. Perkara ini telah mewajarkan penindasan terhadap kepercayaan Islam.

Seperti penganut agama-agama lain, penduduk Islam di Bulgaria telah menikmati kebebasan beragama setelah kejatuhan rejim Zhivkov pada 1989. Masjid-masjid baru telah dibina di banyak bandar dan kampung. Beberapa kampung telah mengatur kursus pengajian Al-Qur'an untuk penduduk muda (pengajian Al-Qur'an dilarang sama sekali semasa pemerintahan rejim Zhivkov). Orang Islam juga mula menerbitkan surat khabar sendiri iaitu Musulmani dalam kedua bahasa Bulgaria dan Turki.

Orang Islam di Bulgaria menurut kumpulan etnik sunting

  • Turki (557,000)
  • Bulgaria(234,000)
  • Gipsi Bulgaria (102,600)
  • Millet (71,200)
  • Pomak (66,000)
  • Gipsi Balkan (23,500)
  • Crimean Tatar (1,300)
  • Arab (10,500)
  • Gipsi Bulgaria Timur (2,456)
  • Gipsi Vlach (4670)
  • Macedonian (1,020)
  • Albania (650)
  • Circassia (512)
  • Kurdis (200)
  • Moldovian (40)
  • Yoruk (1,000)

Lihat pula sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Laman joshuaproject.net