Kemunculan orang Muslim di Latvia pertama kalinya direkodkan pada awal 1800-an. Orang Muslim kebanyakanya merupakan orang Turki dan Tatar. Kebanyakan Muslim sebenarnya dibawakan ke Latvia bukan dengan kemahuan mereka. Ini termasuk banduan perang Turki dari Perang Krimea dan Perang Rusia-Turki pada 1877. Hampir 100 banduan Turki dibawakan ke Everon dan Cesis di mana hampir 30 mati oleh sebab keadaan cuaca lampau, di bawah tempat yang tidak sesuai untuk kepanasan dan perlindungan dari kesejukan.

Orang Selatan sunting

Di Latvia, istilah orang selatan biasanya merujukkan puak asal Caucasus dan Tatar, kebanyakan mereka Muslim. Ada hampir 1000 Muslim Tatar di Riga pada 1890 dan pihak berkuasa Latvia membenarkan sebuah kubur Muslim di Riga, bersebelahan dengan Pletenberga iela.

Abad kedua puluh sunting

Pada 1902, sebuah jemaah Muslim ditubuhkan secara rasmi dan dikenali oleh kerajaan Latvia. Masyarakat ini memilih Ibrahim Davidof sebagai ketua mereka dan sebuah dewan solat juga didirikan. Ia berbaloi untuk menyatakan bahawa kebanyakan Muslim yang menetap pada bahagian awal abad kedua puluh telah dikerahkan ke dalam tentera Rusia. Setelah bebas dari perkhidmatan ini, kebanyakan mereka tinggal untuk Moscow. Banyak Muslim yang menetap di pangkalan tetap telah ditangkap oleh Rusia Tsar sewaktu Perang Dunia I. Rejim Tsar meberi alasan kawalan, mendakwa bahawa mereka asal-usul Turki dan boleh menjadi ugutan kawalan sebagaimana Uthmaniyyah Turki sedang berperang dengan Rusia. Kebanyakan mereka dibawa ke Moscow.

Sewaktu pembentukan Kesatuan Soviet dan ketika perang saudara, banyak pelarian memasuki Latvia. Mereka termasuk Muslim dari berbagai etnik. Akan tetapi mereka dikenali pada orang Latvia sebagai orang Turki. Pada 1928, Husnetdinov, seorang paderi Turki, telah dipilih ketua masyarakat Muslim Riga. Dia memegang jawatan itu hingga 1940.

Di bawah pemerintahan Soviet, semua aktiviti-aktiviti keagamaan telah dikekang dan Muslim sebagaimana juga Kristian telah mengalami keselisihan. Hari ini, kebanyakan Muslim Latvia menikmati kebebasan agama dan rancangan-rancangan sedang dijalankan untuk membina sebuah masjid di tengah-tengah bandar. Sebilangan besar pelajar-pelajar Muslim dari beberapa buah negara Muslim telah menambahkan minat asing pada masyarakat yang kecil tetapi berkembang ini.

Menurut jangkaan, ada hampir 5,000 Muslim di Latvia hari ini kebanyakan mereka berketurunan Tatar atau Turki, walaupun hanya kira-kira 10% sering mengamalkan agama mereka.

Pautan luar sunting