Menurut Jabatan Negara AS, wujud sebuah masyarakat kecil Muslim di Moldova, yang mungkin bilangannya beberapa ribu orang sahaja. [1]

Keadaan terkini sunting

Permohonan pendaftaran satu komuniti Islam pada 11 Julai 2005 ditolak meski pun rayuan dibuat oleh Misi ke Moldova Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah, PKKE kepada Timbalan Perdana Menteri Moldova. Duta PKKE, William Hill, menghantar surat kepada Andrei Stratan pada 28 Jun, hari yang sama Pertubuhan Rohaniah Muslim di Moldova, diketuai oleh Talgat Masaev menyerahkan permohonan, jurucakap misi PKKE Claus Neukirch memberitahu Perkhidmatan Berita Forum 18 dari ibu negaranya Chişinău pada 26 Julai. Katanya misi PKKE tidak menerima sebarang jawapan. "Misi itu telah memantau beberapa percubaan oleh masyarakat-masyarakat Islam untuk mendapatkan pengistiharaan resmi bagi ugama Islam dan pendaftaran masyarakat mereka sejak 2002, dan kesemuanya gagal," Neukirch memberitahu Forum 18. "Moldova seharusnya mendaftar komuniti Muslim, seperti mana komuniti-komuniti ugama lain telah didaftarkan." [2]

Nota sunting

  1. ^ US department of state
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2007-03-31.

Templat:Moldova-stub