Perkiraan jumlah orang Islam di Perancis sangat berbeza. Satu pungutan suara pada 2007 [1] meletakkanya pada 3% penduduk, sementara pada 2006 Jabatan Negeri A.S. meletakkannya pada lebih kurang 10% [2]. Pada 2000, Menteri Dalam Perancis mengirakan jumlah penduduk jiwa yang dilahirkan ke dalam Islam sebanyak 4.1 juta, dan mualaf kira-kira 40,000. Perkiraan bilangan Muslim, kononnya bahaya pada projek perumahan kawasan persekitaran bandar oleh Renseignements Généraux, agensi risikan, telah sering dikutuk. Kutukan adalah terutamanya pada Monde diplomatique dan Canard Enchaîné.

Sebuah kajian dilakuakan oleh Michèle Tribalat, sebuah pengkaji di INED, dan berdasarkan banci pada 1999, menujukkan bahawa dakwaan 5 ke 6 juta Muslim di Perancis telah diperbesar-besarkan. Mengikut banci tersebut, terdapat hanya 3.7 juta "kemungkinan Muslim" di Perancis (6.3% daripada jumlah penduduk Perancis Metropolitan pada 1999) [3] Diarkibkan 2007-10-01 di Wayback Machine. Jutaan Muslim ini ramai yang datang dari negara yang penduduknya majoriti Muslim tidak semestinya mematuhi Islam keseluruhannya.

Penduduk Muslim di Perancis sunting

Immigrasi sumber manusia 1960-70-an sunting

Immigrasi kebanyakannya lelaki, adalah tinggi mengikuti Perang Dunia II, kerana kuasa kerja Perancis tidak cukup untuk reconstruction efforts. Pendatang-pendatang datang asasnya dari Algeria dan koloni Afrika Utara lain; akan tetapi, Islam mempunyai sejarah lebih lama di Perancis, sejak Great Mosque of Paris dibinakan pada 1922, sebuah tanda pengenalan dari Republik Perancis pada keguguran tirailleur, in particular pada perang Verdun dan mengambil alih kota Douaumont.

Burqa diharamkan sunting

Pada Januari 2010, ahli parlimen meluluskan undang-undang bagi mengharamkan tudung menutup muka yang dipakai segelintir wanita Islam. Ironi, ramai wanita Kristian tinggal di Maghribi tetapi tidak ada orang memaksa mereka memakai tudung. Niqab atau burqa yang menutup muka tidak banyak dipakai wanita Islam Perancis yang mempunyai 5 juta penduduk Muslim. Agama Islam tidak mewajibkan niqab atau burqa.Penduduk bukan Islam pula menganggapnya sebagai simbol Islam radikal dan ancaman kepada kesamarataan jantina dan nilai Perancis. Presiden Perancis Nicolas Sarkozy menganggap pakaian itu "tidak ada tempat" di Perancis.

Parti UMP pimpinan Sarkozy, Jean-Francois Cope memfailkan draf undang-undang untuk mengharamkan pakaian itu di kawasan awam.

Pada 2004, undang-undang Perancis mengharamkan pemakaian tudung dan simbol agama di sekolah diluluskan. Tidak semua warga Perancis menyokong langkah itu. Raphael Liogier, seorang profesor sosiologi di Aix-en-Provence berpendapat langkah pengharaman itu sangat melucukan.[1]

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Hak Muslim terhakis di Perancis". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-20. Dicapai pada 2010-01-17.