Ismail bin Haron merupakan penyanyi kelahiran Singapura yang sering menyanyi bersama Anita Sarawak.

Ismail Haron
Kulit album Ismail Haron
Latar belakang
Berasal dariSingapura Singapura
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktifakhir 1960-an - 1982

Pada 1967, dia bergabung dengan kumpulan The Vigilantes untuk merakamkan piring hitam pertama mereka dengan Panda Records bagi lagu "Ini-lah Tangisan Hati", "Impian Suchi", "Gadis Peladang" and "Mengusek Mambang". Pada tahun yang sama, dia mengeluarkan satu lagi piring hitam dengan kumpulan tersebut dibawah label Eagle, dengan beberapa siri lagu Melayu yang diubahsuai dari lagu hit Inggeris, antaranya "Senyuman Terakhir" ("Green Green Grass Of Home"), "Pulang Pada-Ku", "Mari Sayang" ("Hang On Sloopy") dan "Mari Menari" ("La Bamba"). Album 1968nya dengan kumpulan The Vigilantes yang berjudul "Jangan Marah Lili" mengandungi lagu popular "Enam Belas Lilin", yang kekal dalam carta Malaysia selama 15 minggu berturut-turut

Salah satu lagu beliau lagu Dendam Ku Kerana Maria yang dikeluarkan pada 1972 telah mencetuskan kontrovesi apabila ada pihak yang mencadangkan supaya lagu itu diharamkan penyiarannya. Lagu itu yang merupakan saduran daripada lagu I Did What I Did For Maria (1971) nyanyian penyanyi Tony Christie dari England. Senikata lagu Dendam Ku Kerana Maria ditulis sendiri oleh Ismail Haron berdasarkan senikata lagu asalnya.[1]

Radio Singapura ketika itu meluluskan penyiaran lagu Dendam Ku Kerana Maria yang menceritakan tentang pembunuhan dan balas dendam. Namun, ia dianggap sebagai sekadar fiksyen & hiburan, sama seperti pelbagai filem atau bahan bacaan yang mengisahkan perbuatan jenayah.[2]

Ismail Haron meninggal di rumah kakaknya di Jurung West, pada pukul 2 petang 9 April 2012.[3]

Lagu-lagunya sunting

  • Dendamku Kerana Maria
  • Ku Tiada Minta Lahir Di Dunia
  • La Au Be - Ismail Haron & Anita
  • Mustafa - Ismail Haron & Anita
  • Sandiwara Dunia

Rujukan sunting

Pautan luar sunting