Jabatan Alam Sekitar

jabatan di Malaysia

Jabatan Alam Sekitar (Jawi: جابتن عالم سكيتر) merupakan agensi kerajaan Malaysia yang ditugaskan untuk mentadbir isu-isu berkaitan dengan alam sekitar dan memantau penguatkuasaan aktiviti berkaitan flora dan fauna. Alam sekitar menjadi mangsa kepada pembangunan industri, perumahan, infrastruktur dan lain-lain.[1]

Jabatan Alam Sekitar
جابتن عالم سكيتر
Intisari agensi
Dibentuk1 September 1983; 40 tahun yang lalu (1983-09-01)
JenisKerajaan
Ibu pejabatAras 1 - 4, Podium 2 & 3, Wisma Sumber Asli No.25, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62574 Putrajaya
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Kerajaan
  • Dato' Wan Abdul Latiff bin Wan Jaffar, Ketua Pengarah Alam Sekitar
Agensi induk
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia
Dokumen penting
  • Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
Laman sesawang
www.doe.gov.my

Latar belakang sunting

Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada awalnya diwujudkan sebagai Bahagian Alam Sekitar di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar pada 15 April 1975. Bahagian Alam Sekitar kemudiannya ditempatkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar  pada Mac 1976. Berdasarkan kepada kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, tanggal 1 September 1983, Bahagian Alam Sekitar telah dinaikkan taraf ke sebuah Jabatan sepenuhnya dan dikenali  sebagai Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Pada Mac 2004 JAS dipindahkan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Penubuhan Jabatan ini adalah berasaskan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang diwartakan pada Mac 1974 dan dikuatkuasakan pada 15 April 1975.

Fungsi sunting

Fungsi utama JAS adalah untuk mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan memperbaiki alam sekeliling, selaras dengan maksud Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.  JAS juga bertanggungjawab untuk melaksanakan resolusi yang diputuskan melalui konvensyen-konvensyen mengenai alam sekitar peringkat antarabangsa seperti Vienna Convention for the protection of the Ozone Layer1985, Protocol Montreal on Substances that Deplete the Ozone Layer 1987, Basel Convention on the Transboundary Movement of Hazardous Waste and their Disposal 1989 dan lain-lain di samping menjayakan program-program kerjasama dua hala dan pelbagai hala di antara Indonesia, Singapura dan Negara-negara ASEAN lain mengenai pengurusan alam sekitar. Perkhidmatan teras Jabatan dilaksanakan oleh bahagian-bahagian di Ibu Pejabat dan pejabat-pejabat JAS Negeri dan Cawangan.

Dasar Alam Sekitar Negara sunting

Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah diwujudkan untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari. Tujuan DASN adalah untuk mencapai; (1) Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan masa hadapan, (2) Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semulajadi yang unik dan pelbagai dengan penyertaan berkesan semua sektor masyarakat, dan (3) Cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang lestari.

Terdapat lapan prinsip di bawah DASN untuk mengharmonikan matlamat pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar iaitu:

  1. Pengawasan Alam Sekitar
  2. Pemuliharaan Ketahanan dan kepelbagaian Alam
  3. Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar
  4. Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Asli
  5. Membuat Keputusan Bersepadu
  6. Peranan Sektor Swasta
  7. Komitment dan Kebertanggungjawaban
  8. Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa

DASN bertujuan mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke dalam aktiviti pembangunan dan proses membuat keputusan yang berkaitan, memupuk pertumbuhan ekonomi serta kemajuan manusia jangka panjang, dan untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar. Ia melengkapi dan menambah dimensi alam sekitar yang terkandung dalam dasar kebangsaan yang lain, seperti dasar perhutanan dan perindustrian, dan juga mengambil perhatian akan konvensyen antarabangsa mengenai kepentingan sejagat.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting