Jabatan Keselamatan Tanah Air Amerika Syarikat

jabatan kabinet kerajaan persekutuan Amerika Syarikat

Jabatan Keselamatan Tanah Air Amerika Syarikat (bahasa Inggeris: United States Department of Homeland Security, DHS) ialah sebuah jabatan kabinet kerajaan persekutuan Amerika Syarikat yang diwujudkan sebagai gerak balas terhadap serangan 11 September 2001, dengan bertanggungjawab utama mengawal pelbagai aspek kehidupan Amerika Syarikat serta mencegah dan menghalang segala jenis suversi oleh rakyatnya.

Jabatan Keselamatan Tanah Air Amerika Syarikat
United States Department of Homeland Security
Intisari agensi
Dibentuk25 November 2002
Bidang kuasa
Amerika Syarikat
Ibu pejabatNebraska Avenue Complex, Washington DC
38°56′17″N 77°4′56″W / 38.93806°N 77.08222°W / 38.93806; -77.08222
Kakitangan216,000 (2010)[1]
Eksekutif Agensi
Agensi-agensi anak
Laman sesawang
dhs.gov

Sementara Jabatan Pertahanan bertanggungjawab atas tindakan ketenteraan di seberang laut, Jabatan Keselamatan Tanah Air berfungsi dalam lingkungan orang awam untuk melindungi Amerika Syarikat dalam lingkungan, di atas, dan di luar sempadannya. Matlamatnya adalah bersedia untuk, mencegah, dan bertindak balas terhadap kecemasan dalam negeri, terutamanya pengganasan.[4] Pada 1 Mac 2003, DHS menyerap Perkhidmatan Imigresen dan Naturalisasi (Immigration and Naturalization Services) dan mengambil alih tugas-tugasnya. Dengan itu, ia membahagikan fungsi-fungsi penguatkuasaan dan perkhidmatannya kepada dua agensi baru yang berasingan, iaitu Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam dan Perkhidmatan Kewarganegaraan dan Imigresen. Selain itu, fungsi-fungsi penguatkuasaan sempadan INS, iaitu Perkhidmatan Kastam, serta Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan Haiwan dan Tumbuhan digabungkan menjadi sebuah agensi baru di bawah DHS: Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat. Perkhidmatan Perlindungan Persekutuan pula jatuh di bawah Pejabat Pengaran Perlindungan dan Program Negara.

Dengan seramai lebih 200,000 kakitangan, DHS ialah jabatan Kabinet yang ketiga terbesar, di belakang Jabatan-Jabatan Pertahanan dan Hal Ehwal Veteran.[5] Dasar keselamatan tanah air diselaraskan di Rumah Putih oleh Majlis Keselamatan Tanah Air (Homeland Security Council). Agensi-agensi lain yang turut memikul tanggungjawab besar dalam keselamatan tanah air termasuk Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Insan, Jabatan Keadilan, dan Jabatan Tenaga.

Menurut seorang ahli teori sempadan, Peter Andreas, pembentukan DHS merupakan penyusunan semula kerajaan yang paling penting sejak Perang Dingin,[6] dan penyusunan semula agensi persekutuan yang terbesar sejak Akta Keselamatan Negara 1947 yang meletakkan pelbagai jabatan tentera di bawah satu setiausaha pertahanan serta menubuhkan Majlis Keselamatan Negara dan Agensi Perisikan Pusat. DHS juga merupakan pergabungan fungsi-fungsi dan tanggungjawab persekutuan yang paling pelbagai dengan menerapkan 22 agensi kerajaan ke dalam sebuah pertubuhan.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ [1], Dicapai pada 2009-05-03.
  2. ^ Secretary Janet Napolitano, Dicapai pada 2009-04-22.
  3. ^ Deputy Secretary: Jane Holl Lute, Accessed 2009-04-22.
  4. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-02-21. Dicapai pada 2011-08-12.
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-10. Dicapai pada 2011-08-12.
  6. ^ [Peter Andreas: Redrawing the line 2003:92], additional text.
  7. ^ Perl, Raphael (2004)."The Department of Homeland Security: Background and Challenges", Terrorism—reducing Vulnerabilities and Improving Responses, Committee on Counterterrorism Challenges for Russia and the United States, Office for Central Europe and Eurasia Development, Security, and Cooperation Policy and Global Affairs, in Cooperation with the Russian Academy of Sciences, page 176. National Academies Press. ISBN 0-309-08971-9.


Pautan luar sunting