Jabatan Neurosains


Jabatan Neurosains Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 17 Ogos 2000 (selepas dinaiktaraf daripada Unit Neurosains). Ilham serta inspirasi untuk menubuhan Jabatan Neurosains datangnya daripada Dekan pertama Pusat Pengajian Sains Perubatan,Datuk Professor Dr Mohd Roslani Abdul Majid pada tahun 1982 di mana beberapa pensyarah pelatih dihantar keluar negara untuk mengikuti bidang neurosains.Seterusnya filosofi ini dimajukan dibawah pentadbiran dua Dekan seterusnya iaitu Datuk Prof Mustapha Embong dan Datuk Mafauzy Mohammed.Akhirnya,Penubuhan Jabatan diluluskan oleh Naib Cansellor,Tan Sri Datuk Prof Dzulkifli Razak semasa mesyuarat Exco Jawatankuasa Naib Canselor yang diadakan di Kota Bharu pada tahun 2004 tatkala Prof Dr Zabidi Azhar Hussin membentangkan cadangan penubuhannya semasa menjadi Dekan keempat Pusat Pengajian ini.Logo Jabatan ini dirasmikan bersama-sama Unit Rawatan Rapi Neurosains,Hospital Universiti Sains Malaysia oleh Pengerusi Lembaga Pengurusan Universiti Sains Malaysia,Tan Sri Datuk Dr Hj Ani Arope pada 3hb Ogos 2003.Status Jabatan Neurosains berkuat kuasa pada 1 Mei 2004 dan tanggungjawab meneruskan aktivit akademik diletakan di bawah pimpinan Pakar Surgeri Neuro dan saintis neuro, Profesor Dr Jafri Malin Abdullah. Sehingga ini Jabatan Neurosains merupakan antara jabatan yang aktif di Pusat Pengajian Sains Perubatan dalam menjalankan penyelidikan asas dan gunaan, pembedahan neuro,perkidmatan neurologi,psikologi di samping menyediakan perkhidmatan klinikal dan pengajaran kepada masyarakat. Sehingga kini, seramai 17 orang pensyarah tetap ( 7 orang pakar surgeri neuro, 6 saintis senior, 3 pakar neurologi, dan seorang ahli psikologi). Mereka merupakan pasukan yang memacu halatuju Jabatan Neurosains ke arah merealisasikan agenda untuk menjadikan jabatan ini lebih cekap dan diiktiraf selaras dengan kualiti pertubuhan peringkat antarabangsa dan tempatan.

Jabatan Neurosains

Universiti Sains Malaysia

Motto Memantapkan Sains Neuro
Motto in English To strengthen Neuroscience
Diwartakan August 17, 2000
Ketua Jabatan Professor Dr. Jafri Malin Abdullah
Tempat Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia

Penghasilan lebih kurang 250 kertas kerja sepanjang penubuhan Jabatan Neurosains sehingga kini menjadikan jabatan berada di landasan yang betul, tepat dalam mencapai visi dan misi. Penerbitan kertas kerja di jurnal-jurnal tempatan dan antarabangsa dengan purata faktor impak yang memuaskan memangkinkan lagi usaha menerbitkan kertas kerja berkualiti di samping menyumbang sesuatu dalam perkongsian ilmu. Selain itu, jabatan neurosains turut menyumbang dalam inovasi penghasilan produk perubatan untuk meningkatkan lagi rawatan kepada pesakit,iaitu penghasilan endoskop surgeri invasif tempatan yang digunakan dalam pembedahan sugeri neuro, Sistem Pengaliran Ventrikular Eksternal dan rawatan alternatif menggunakan Perikardium lembu untuk kes duraplasti. Di samping itu, sebanyak 4 anugerah utama yang diterima oleh Jabatan Neurosains sehingga kini,iaitu Anugerah Saintis Muda Negara 1999, Anugerah Sanggar Sanjung, 2 Pingat Emas ITEX Geneva yang berasaskan penyelidikan. Penglibatan aktif dan serius Jabatan Neurosains dalam penyelidikan dapat dilihat dengan adanya kerjasama dan kolaborasi saintis dari segi pemindahan teknologi dari Institut Max Planck (Jerman),European Neuroscience Institute,Universiti Vienna (Austria), Institut Penyelidikan Cuba (Cuba).

Penyelidikan di Jabatan Neurosains bertumpukan kajian sains asas dan klinikal menjanjikan peluang dan kualiti rawatan kepada pesakit neuro di Malaysia. Dalam pada itu, penubuhan “Jaringan Penyelidikan Kluster Neuro’ atau “BRAINetwork Research Cluster’ amat kena pada waktunya apabila mulai 29hb Oktober 2009 kumpulan ini di besarkan kuasan akademikya ke suatu entiti bernama Brain Mind Nexus yang mengabungkan 3 kampus.Ianya diketuai oleh Prof Zalina Ismail dan beliau berharap dengan kerjasama semua pihak sebuah pusat Brain Mind dapat ditubuhkan menjelang Rancangan Malaysia 10.Pusat ini akan menyahut seruan APEX USM dan Dasar Inovasi Negara. Jaringan penyelidikan ini diilhamkan sebagai pelantar untuk memantau, memberi nasihat, mengumpulkan saintis neuro untuk bersepadu berkongsi idea, menyelesaikan masalah dan meningkatkan lagi kualiti penyelidikan neuro di Malaysia. Jaringan ini juga mempunyai rangkaian penyelidikan seantero dunia dengan Institut Penyelidikan Sains Neuro (RIKEN) Jepun, Pusat Penyelidikan W.M Keck dan Institut Sains Neuro McKnight (Amerika Syarikat).

Penubuhan Makmal Pengajaran dan Penyelidikan Neurosains pada 12 Februari 2006 secara rasminya meningkatkan lagi aktiviti penyelidikan asas dan gunaan di Universiti Sains Malaysia. Penyelidikan yang dijalankan melibatkan kajian fisiologi memori dan ingatan, kanser otak, kecederaan otak, perubatan neuro regenerasi, psikologi, biokimia strok, epilepsi dan pemakanan dan apoptosis. Pelbagai sub-bidang penyelidikan ini merupakan kerjasama yang dijalankan di antara Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu (KUSTEM), Majlis Kanser Nasional(MAKNA), dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kebajikan pesakit-pesakit neuro diambil perhatian sewajarnya dengan tertubuhnya Persatuan Keluarga Neurosains. Fungsi persatuan ini antara lain memberi peluang kepada pesakit, ahli keluarga pesakit, pengamal perubatan neuro, jururawat, individu perseorangan untuk berinteraksi sihat dalam mewujudkan persekitaran mesra di samping mengurangkan bebanan penyakit yang ditanggung oleh pesakit. Banyak aktiviti dirangka sepanjang tahun selaras dengan objektif penubuhan Persatuan Keluarga Neurosains.

Lokasi sunting

Jabatan Neurosains merupakan jabatan yang bernaung di bawah Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan. Penempatan Jabatan Neurosains di HUSM adalah strategik berdasarkan lokasi yang tidak sibuk dan lebih kurang 7 km dari bandar Kota Bharu. Jabatan Neurosains menjadi pusat rujukan kes-kes neurologi dan neurosurgeri di kawasan Pantai Timur Semenanjung. Mengambil masa selama 20 minit dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ke Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan.

Program akademik sunting

Jabatan Neurosains yang diketuai oleh Professor Jafri Malin Abdullah FASc dengan kerjasama 25 pensyarah,pensyarah bersekutu dan pensyarah penyandang daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan 3 buah Universiti di Malaysia menyelaras dan menyediakan latihan klinikal neurosains di peringkat Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Perubatan di samping mengendalikan program penyelidikan asas pada peringkat Sarjana Sains dan Ijazah Tinggi. Sebanyak 3 program akademik yang ditawarkan,iaitu Kursus Lanjutan Sarjana Perubatan-Neurosurgeri (M.S.Neurosurgeri), Kursus Lanjutan Sarjana Perubatan-Neurologi (A.M.Med.Neurology) dan Sarjana Sains dan Ijazah Tinggi (Neurosains).

Program latihan kepakaran Sarjana Neurosurgeri telah dimulakan sejak tahun 2001. Calon-calon yang dipilih berdasarkan kepada kelayakan akademik dan pengalaman dalam bidang surgeri am dan neurosurgeri. Pelajar-pelajar yang dipilih akan menjalani tempoh minimum kursus selama 4 tahun. Tempoh maksimum jangka masa kursus adalah 7 tahun dan semua calon perlu menduduki peperiksaan Fasa 1 dan Fasa 2 disamping menyediakan disertasi sebagai syarat untuk bergraduasi.

Program Sarjana Lanjutan Perubatan-Neurologi telah bermula pada 2007 untuk residen perubatan yang mempunyai minat yang tinggi. Matlamat utama program ini adalah untuk melatih pengamal perubatan sebagai pakar neurologi yang cekap dan dapat memberi penjagaan yang mahir kepada masyarakat. Jangka masa minimum kursus adalah 3 tahun dan maksimum adalah 5 tahun. Program Sarjana Sains dan Ijazah Tinggi ditawarkan dalam mod penyelidikan. Program ini menawarkan kursus sepenuh masa untuk siswazah dalam bidang sains biologi, sains kimia, sains fizik, bioperubatan, bioteknologi, kejuruteraan, doktor veterinar dan sains komputer. Jangka masa maksimum kursus untuk Sarjana Sains adalah 3 tahun dan Ijazah Tinggi selama 8 tahun. Penghasilan kertas kerja adalah diutamakan untuk program ini sama ada perlu diterbitkan dalam penerbitan jurnal tempatan mahupun jurnal antarabangsa. Penyelidikan utama yang dijalankan di jabatan ini termasuklah penyelidikan epilepsi, perubatan regenerasi selepas kecederaan trauma, model haiwan untuk kecederaan otak, sains psikologi dan genetik, genetik dan kanser otak, vaksin dan kanser, memori dan psikoaktif dan pengkulturan sel-sel otak.

Selain mengendalikan program akademik yang dinamik dan mencabar, Jabatan Neurosains juga terlibat dalam menyediakan program yang bertema tidak formal tetapi infomatif sekaligus merapatkan hubungan dengan masyarakat. Pelbagai aktiviti yang dijalankan saban tahun ini merangkumi institusi-institusi tempatan, masyarakat luar dan setempat, orang perseorangan dan berkumpulan. Antara projek-projek yang dijalankan termasuklah Kursus Pengenalan Sains Neuro pada 2002 hingga 2010 yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah seluruh negeri Kelantan. Selain itu, Kursus ‘Bulan Kesedaran Sains Neuro’ atau lebih dikenali ‘Brain Awareness Month’ yang bermatlamatkan memberi pengetahuan tentang penyakit-penyakit neuro seperti penyakit Parkinson, Azheimer, Epilepsi dan penyakit berkaitan. Dalam pada itu, kursus-kursus klinikal neurologi, neurosurgeri, neuroanaesthesiologi, neuroradiologi,neuroparamedik turut diadakan sepanjang tahun antara lain meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tentang perkembangan terkini dalam perubatan sains neuro.

Petikan daripada Bernama,myMetro dan Sinar Harian sunting

17 Mac, 2010 19:14 PM

HUSM Jadi Pusat Rujukan Perubatan Kesan Penyakit Otak

KOTA BAHARU, 17 Mac (Bernama) -- Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, sekali lagi melakar sejarah apabila ia menggunakan teknologi moden untuk mengesan penyakit berkaitan saraf otak.

Naib Cancelor Universiti Sains Malaysia (USM), Tan Sri Prof Dzulkifli Abd Razak, berkata alat pengesanan penyakit yang dinamakan Magnateoecephalography (MEG) berharga RM11.8 juta itu ditempatkan di Makmal Klinik MEG/ERP Neuo Sains hospital itu, dekat sini.

Menurutnya, alat itu merupakan yang pertama digunakan di negara ini dan mula beroperasi di makmal tersebut sejak Julai lalu dan setakat ini pihaknya telah merawat 100 pesakit berkaitan saraf otak.

"Dengan penggunaan alat ini, HUSM akan muncul sebagai pusat rujukan perubatan pertama menggunakan MEG itu di Asia Tenggara dalam pengesanan penyakit berkaitan saraf otak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Makmal Klinikal MEG & ERP Neurosains, di hospital itu, dekat sini Rabu.

Hadir sama, Pengarah Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, Prof Datuk Dr Mafauzy Mohamed dan Ketua Jabatan Nuerosains HUSM, Prof Dr Jafri Malin Datuk Abdullah.

Dr Dzulkifli berkata mengikut kajian dengan menggunakan alat itu ia mampu mengesan 80 peratus kes-kes berkaitan otak lebih awal dan tepat sebelum mengubati sesuatu penyakit berkaitan saraf otak.

"Magneteoencephalography ini merupakan salah satu modaliti pengimejan otak dan saraf yang tidak menyakitkan dan selamat kerana ia tidak melibatkan sebarang unsur radiasi dan pembedahan dengan keupayaan menghasilkan imej beresolusi tinggi," katanya.

Beliau berkata, teknologi terkini dan canggih ini mampu mendiagnosakan masalah angin ahmar, trauma otak, masalah sakit jiwa dan kemurungan serta membantu dalam bidang kognitif yang melibatkan terapi rehabiliti dan rawatan psikologi.

Menurutnya, peralatan itu diluluskan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun ini dan memberi perkhidmatan kepada pesakit dari seluruh negara dan Asia Tenggara.

Katanya sebuah lagi alat seumpama itu yang diimport dari Sweden akan ditempatkan di kampus induk di bawah peruntukan Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK-10) pada tahun depan.

Sementara itu, Prof Dr Jafri Malin berkata tujuh doktor pakar mengendalikan Makmal Klinikal MEG dan ERP itu termasuk melibatkan pakar sawan, bedah otak, ahli farmasi dan neurofisiologis.

"Kesemua mereka yang terlibat merupakan pakar yang berpengalaman dalam mengendalikan apa jua kes yang perlu dikendalikan mereka," katanya.


Bedah lebih tepat

Oleh Ismail Muhamad am@hmetro.com.my 2010/03/18

KOTA BHARU: Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian menjadi hospital pertama di Asia Tenggara yang berjaya membangunkan makmal dikenali sebagai Magnetoencephalography (MEG) iaitu mesin yang mempunyai keupayaan untuk menentukan pemetaan otak supaya dapat membuat rawatan pembedahan dengan lebih teliti tanpa memudaratkan pesakit. Mesin yang berharga RM11.5 juta yang dibeli di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) itu mula dibangunkan di HUSM sejak Julai tahun lalu sekali gus menjadikan hospital itu sebagai pusat rujukan dalam bidang sains otak.


Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, berkata pihaknya bangga dengan kejayaan HUSM yang membangunkan makmal dikenali sebagai MEG kerana ia mampu menaikkan imej hospital itu dalam kemajuan bidang sains otak.


“Saya dimaklumkan ini adalah mesin yang pertama di Asia Tenggara dan ia menjadikan HUSM sebagai salah daripada pusat perintis untuk menjalankan pengajian, penyelidikan dan latihan dalam bidang seumpama ini.


“Kami mengharapkan ini akan menjadikan hospital ini sebagai satu pusat rujukan dalam sains otak dan kita jangkakan dalam masa 10 tahun lagi bidang sains otak akan menjadi bidang terulung setanding dengan bidang bio teknologi,” katanya selepas merasmikan Makmal Klinikal MEG HUSM di Auditorium Perubatan Neklear HUSM, Kubang Kerian, di sini, semalam.


Hadir sama, Pengarah Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, Prof Datuk Mafauzy Mohamed dan Ketua Jabatan Neurosains HUSM, Prof Dr Jafri Malin Abdullah.
HUSM jadi pusat kajian otak Asia Tenggara,Sinar Harian 17hb Mac 2010.

KOTA BHARU - Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) menyediakan makmal klinikal pertama yang menawarkan perkhidmatan menggunakan peralatan Magnetoencephalography (MEG) di Asia Tenggara.

Naib Canselor USM, Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, setakat ini MEG hanya digunakan di Jepun, Korea, China dan Asia Utara, namun ia tidak terdapat di Asia Selatan dan mahukan ia digunakan sebaik-baiknya di negara ini.

“Mesin MEG ini juga mempunyai keistimewaan tersendiri dengan memberi jaminan 80 peratus mampu mengesan kes-kes berkaitan otak lebih awal dan tepat sebelum mengubati sesuatu penyakit berkaitan saraf otak.

“Alat ini yang pertama digunakan di negara ini dan mula beroperasi di makmal di sini sejak Julai lalu, malahan berjaya merawat 100 pesakit berkaitan saraf otak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Makmal Klinikal MEG dan ERP Neurosains HUSM serta Minggu Penghayatan Otak di sini, kelmarin.

Menurutnya, dengan penggunaan alat MEG juga, HUSM akan muncul sebagai pusat rujukan perubatan pertama menggunakan MEG di Asia Tenggara dalam pengesanan penyakit berkaitan saraf otak.

Hadir sama, Pengarah Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, Prof Datuk Dr Mafauzy Mohamed dan Ketua Jabatan Nuerosains HUSM, Prof Dr Jafri Malin Datuk Abdullah.

Dzulkifli berkata, teknologi terkini dan canggih itu juga mampu mendiagnosakan masalah angin ahmar, trauma otak, masalah sakit jiwa dan kemurungan serta membantu dalam bidang kognitif yang melibatkan terapi rehabiliti dan rawatan psikologi.

Sementara itu, Jafri Malin berkata, Makmal Klinikal MEG dan ERP dikendalikan tujuh doktor pakar sawan, bedah otak, ahli farmasi dan neurofisiologis.

Rancangan jangka panjang sunting

Jabatan Neurosains meletakkan sasaran mencapai sepenuhnya objektif penubuhan menjelang tahun 2020. Secara kolektifnya, dengan tertubuhnya Institut Sains Neuro di bawah Universiti Sains Malaysia dapat memacu aktiviti dan projek penyelidikan dalam pelbagai disiplin Neurosains sekaligus meletakkan institusi ini sebagai institusi rujukan di rantau Asia dan dunia. Sehubungan dengan itu, kolaborasi dan kerjasama dengan institusi Sains Neuro terkemuka dunia dapat meningkatkan kualiti penyelidikan sekaligus mencari alternatif baru dalam menyediakan rawatan kepada pesakit.

Jabatan ini mengikut 7 Prinsip Universiti APEX USM iaitu:

1. MENEROKA MASA HADAPAN.

2. MENCARI KELAINAN.

3. KELESTARIAN.

4. KEMANUSIAAN.

5. KESEJAGATAN.

6. PERUBAHAN.

7. PENGORBANAN.

Motto sunting

“USM berhasrat untuk menerajui dan memupuk aktiviti sedia ada yang berkaitan dengan pembangunan lestari melalui penyelidikan, sumbangan pelajar dan kerjasama dengan masyarakat luar menerusi beberapa fasa dan berkonsepkan ‘membawa dalaman ke luar’, iaitu membawa dan mempelajari bersama berdasarkan kepakaran dalaman dan masyarakat untuk kebaikan sejagat"

Rujukan sunting

  • Badrisyah Idris, Sani Sayuti and Jafri Malin Abdullah. (2007). History of neurosciences at the School of Medical Sciences, Universiti Sains Malaysia. Journal of Clinical Neurosciences. 14(2).pp 148-152.
  • Jafri Malin Abdullah, (2005) Neurosciences in University Sains Malaysia: the Way to Go Forward in Malaysia with Vision 2020. Malaysian Journal of Medical Sciences, 12 (2). pp. 1-3.
  • http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=483208. HUSM Jadi Pusat Rujukan Perubatan Kesan Penyakit Otak.Bernama.com.17hb Mac 2010.19;14 PM

Pautan luar sunting