Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak

agensi kerajaan persekutuan Malaysia

Alamat surat menyurat sunting

Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak
Alamat : Tingkat 17, Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga
93300 Kuching, Sarawak
Telefon : 082-417733
Faks : 082-419452

OBJEKTIF DAN FUNGSI sunting

Objektif sunting

Objektif Jabatan Setiausaha Persekutuan Sarawak adalah :

  1. Menggalakkan perhubungan yang erat di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi mengekalkan perpaduan kaum dan integrasi Nasional
  2. Memastikan penyertaan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak/Sabah di dalam setiap program dan aktiviti Kerajaan Negeri
  3. Menyediakan maklumat penting mengenai pelbagai isu-isu yang berlaku di Sarawak/Sabah
  4. Mempertingkatkan program pengurusan Kualiti dan Produktiviti di Jabatan-Jabatan Persekutuan di Sarawak/Sabah untuk mewujudkan satu pentadbiran dan perkhidmatan yang cemerlang, cekap dan profesional.

Fungsi sunting

Fungsi Jabatan Setiausaha Persekutuan Sarawak adalah :

  1. Menentukan tugas, peranan dan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan terhadap Negeri Sarawak melalui Jabatan-Jabatan/Badan-Badan Berkanun dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan
  2. Penghubung (Liason) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri :
  3. Menyediakan laporan semasa kepada Kerajaan Negeri dan sebaliknya
  4. Menyediakan laporan, menyampaikan maklumat dan mengambil tindakan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan hubungan Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
  5. Menyediakan dan menyampaikan maklumat dan mengambil tindakan melalui Mesyuarat Menteri-Menteri Besar/Ketua Menteri, Perhubungan antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta Ketua Setiausaha Negara dan Ketua-Ketua Setiausaha/Ketua Perkhidmatan
  6. Mediator secara langsung antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
  7. Mengenalpasti dan menganalisis isu-isu/masalah-masalah yang menjadi pertimbangan utama dalam hubungan anatara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
  8. Menyediakan dan membuat laporan terus kepada pengetahuan Kerajaan Persekutuan
  9. Pegawai Perhubungan Awam kepada Kerajaan Persekutuan
  10. Mengadakan dan mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan bagi Jabatan-Jabatan dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan Sarawak
  11. Menganjurkan dan menyelaraskan Program Intergrasi Nasional yang melibatkan kakitangan Jabatan-Jabatan/Badan-Badan Berkanun Persekutuan yang baru bertukar di Sarawak
  12. Menyelaraskan program yang berbentuk integrasi nasional di Peringkat Negeri/Daerah yang melibatkan Jabatan-Jabatan Persekutuan di Sarawak
  13. Menganjurkan dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti integrasi nasional yang melibatkan Jabatan-Jabatan Persekutuan di negeri-negeri lain di Semenanjung
  14. Menganjur dan menyelaraskan aktiviti seperti ceramah, bengkel, forum yang melibatkan penyertaan daripada pihak Persekutuan dan Negeri
  15. Mengajur dan menyelaraskan aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan kebudayaan yang melibatkan penyertaan kedua-kedua belah pihak melalui Badan Kebajikan dan Rekreasi Anak-Anak Semenanjung
  16. Menganjur dan menyelaraskan aktiviti PPTD Cawangan Sarawak
  17. Pemudahcara Pelaksanaan Projek Pembangunan Persekutuan
  18. Mempengerusikan Jawatankuasa pemandu Projek Pusat Pentadbiran Persekutuan Rambongan
  19. Menganggotai Majlis Pembangunan Negeri yang dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak
  20. Menganggotai Jawatankuasa Kerja Pembangunan Negeri yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajan Negeri
  21. Memantau projek-projek pembangunan Persekutuan dengan mengesan tahap kemajuan pelaksanaan
  22. Mengemukakan laporan kepada Kerajaan Persekutuan di mana perlu
  23. Penyelaras Program Peningkatan Kualiti dan Produktiviti di Jabatan-Jabatan Persekutuan
  24. Pengerusi Jawatankuasa Peningkatan Kualiti Jabatan-Jabatan/Badan-Badan Berkanun Persekutuan
  25. Pengerusi dan penganjur Program Kualiti Jabatan/Agensi Jabatan Perdana Menteri di Sarawak
  26. Mengetuai Jawatankuasa Pemeriksaan Kualiti dan Produktiviti Jabatan-Jabatan/Badan-Badan Berkanun Persekutuan
  27. Menyelaras dan mengajurkan (bersama agensi-agensi lain) seperti kursus, bengkel, ceramah, taklimat dan lain-lain berhubung pelaksanaan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam bagi pegawai-pegawai Persekutuan dan Negeri
  28. Menguruskan Unit Pembangunan Dan Penyelenggaraan Harta
  29. Merancang keperluan Bangunan Gunasama Persekutuan
  30. Mengawalselia Syarikat Ambang Wira Sendirian Berhad (AWSB) yang diberikan konsessi untuk menyelenggara Bangunan Gunasama Persekutuan
  31. Menyelaraskan kerja-kerja menaik taraf dan pembaikan di luar skop kerja AWSB

Merancang keperluan Kuarters Persekutuan

  1. Membuat kerja-kerja menyelenggara Kuarters dan Bangunan Persekutuan di seluruh Sarawak