Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur

Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2), Laluan Persekutuan adalah sebuah lebuhraya lingkaran yang dibina oleh Jabatan Kerja Raya bagi menghubungkan kawasan-kawasan kejiranan di sekitar sempadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur-Selangor. Keseluruhan sistem lebuh raya lingkaran ini merangkumi Laluan Persekutuan , Lebuhraya Damansara-Puchong E11 (dari Sri Damansara ke Persimpangan Sunway) dan Lebuhraya Shah Alam E5 (dari Persimpangan Sunway ke Sri Petaling). Walau bagaimanapun, istilah Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur merujuk kepada Laluan Persekutuan memandangkan ia membentuk lebih kurang dua pertiga daripada keseluruhan sistem.

Laluan Persekutuan 28
Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2)
Maklumat laluan
Panjang35.0 km (21.7 mi)
Wujud1992–kini
SejarahSiap pada tahun 2002
Simpang utama
DariBandar Sri Damansara
Persimpangan utama Jalan Sungai Buloh
E11 Lebuhraya Damansara-Puchong
Laluan Persekutuan 54
B21 Lebuhraya Kepong-Selayang
Lebuhraya Kuala Lumpur-Rawang
B22 Jalan Batu Caves
B125 Jalan Pinggiran Batu Caves
E33 Lebuhraya DUKE
E8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak
E27 Lebuhraya EKVE
E39 Lebuhraya Setiawangsa-Pantai
E19 Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang
E12 Lebuhraya AKLEH
B36 Jalan Kerja Ayer Lama
B31 Jalan Ampang
Jalan Cheras
E37 Lebuhraya Hubungan Timur-Barat KL
E9 Lebuhraya Sungai Besi
E5 Lebuhraya Shah Alam
KeSri Petaling
Lokasi
Destinasi
utama
Kepong
Batu Caves
Gombak
Klang Gates
Taman Melawati
Ulu Klang
Ampang
Pandan Indah
Cheras
Bandar Tun Razak
Bandar Tasik Selatan
Sungai Besi
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Sejarah sunting

Kerja-kerja pembinaan lebuh raya lingkaran ini terbahagi kepada 3 fasa, iaitu Sri Damansara-Kepong-Gombak, Gombak-Ulu Klang-Ampang dan Ampang-Cheras-Sri Petaling.

Kerja-kerja Fasa 1 dimulakan pada tahun 1996 oleh Jabatan Kerja Raya dengan Bumi Hiway Sdn. Bhd. sebagai kontraktor utama. Fasa 2 pula bermula pada 1998 dengan Sukmin Sdn Bhd. sebagai kontroktor utama.

Laluan perintis sunting

Pembinaan MRR2 turut melibatkan pengambil alihan serta kerja naik taraf beberapa laluan perintis berikut:-

Kontroversi sunting

Isu rekahan pada jejambat MRR2 di Kepong sunting

Pada tahun 2004, penduduk di Kepong menyuarakan keresahan mereka berikutan terdapat rekahan pada 31 daripada 33 tiang Jejambat Kepong. Jumlah rekahan tersebut dilaporkan dikesan sehingga melebihi 7000 rekahan pada beberapa buah tiang. Kerisauan timbul memandangkan jejambat tersebut digunakan oleh lebih 4,300 kenderaan pada satu-satu masa. 4 daripada 6 lorong jejambat tersebut ditutup sementara tiang-tiang tersebut diperbaiki.

 
Kesesakan di jalan susur Jejambat Kepong apabila jejambat tersebut ditutup kepada lalu lintas.

Pada 4 Februari 2006, Jejambat Kepong ditutup terus kepada lalu lintas apabila kerosakan serius didapati pada jejambat itu sendiri, mengakibatkan kesesakan jalan raya yang sangat teruk sepanjang laluan jalan susur Jejambat Kepong (lihat gambar). Jejambat itu akhirnya dibuka semula kepada lalu lintas pada 8 Disember 2006.

Pada pagi 3 Ogos 2008, Jejambat Kepong ditutup buat kali ketiga kepada semua lalu lintas selepas rekahan dijumpai di Tiang 28. 4 lorong tengah bagaimanapun dibuka semula pada petang hari yang sama[1].

Rujukan sunting

  1. ^ "Jejambat MRR2 Dekat Kepong Dibuka Semula". Bernama.com. 3 Ogos 2008. Dicapai pada 5 Ogos 2008.

Lihat juga sunting