Jambatan Gereja Kecil

Jambatan Gereja Kecil (جمبتن ڬريجا كچيل) (Jerman: Kapellbrücke) merupakan sebuah jambatan pejalan kaki yang dibina daripada kayu ini merentang secara pepenjuru merentasi Sungai Reuss di bandar raya Lucerne di tengah-tengah Switzerland. Dinamakan sempena nama Gereja Kecil Santo Peter, jambatan yang unik ini mengandungi beberapa lukisan daripada abad ke-17 walaupun kebanyakkan daripadanya musnah kerana peristiwa kebakaran pada tahun 1993 bersama-sama jambatan lama yang lain.[1]

Jambatan Gereja Kecil
جمبتن ڬريجا كچيل
Pemandangan jambatan dengan menara air di tengah
Koordinat47°03′06″N 8°18′27″E / 47.051633°N 8.307533°E / 47.051633; 8.307533Koordinat: 47°03′06″N 8°18′27″E / 47.051633°N 8.307533°E / 47.051633; 8.307533
MembawaPejalan kaki
MenyeberangiSungai Reuss
LokasiLucerne,   Switzerland
Nama rasmiKapellbrücke
Ciri-ciri
BahanKayu
Panjang keseluruhan170 m (558 ft)
Sejarah
Mula dibina1333
Lokasi
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Setelah itu, jambatan ini dibina semula pada 14 April 1994. Jambatan ini merupakan jambatan kayu tertua di Eropah dan jambatan kekuda (Truss bridge)[2] yang yang paling lama bertahan di dunia. Selain menjadi simbol kepada bandar raya Lucerne, ia juga antara tarikan pelancongan utama di Switzerland.[3][4]

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Chapel Bridge". Official Website of Lucerne Tourism. Luzern Tourismus AG. Dicapai pada 8 July 2011.
  2. ^ truss
  3. ^ Reinle, Adolf (1953). Die Stadt Luzern, Teil 1 (dalam bahasa German). Basel: Birkhäuser Verlag. m/s. 75.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Chapel Bridge (Kapellbrucke)". Viator.com. Dicapai pada 8 July 2011.

Pautan luar sunting

  Media berkenaan Jambatan Gereja Kecil di Wikimedia Commons