Jambatan Teluk Jiaozhou

Jambatan Teluk Jiaozhou merupakan salah satu daripada jambatan yang terpanjang di dunia yang terletak di wilayah Shandong di timur China. Ia merentasi Teluk Jiaozhou, menghubungkan Daerah Huangdao, bandaraya Qingdao dan Pulau Hongdao (jambatan ini ada 3 titik keluar masuk, rujuk peta dalam petikan).[1] Dibuka pada 30 Jun 2011, ia mengurangkan jarak perjalanan antara Qingdao dan Huangdao.[2][3] Panjangnya 42.5 kilometer (26.4 bt)*, maka Guinness World Records mengiktirafnya sebagai jambatan terpanjang di atas perairan di dunia pada Julai 2011.[2][3][4][5] Jambatan ini dan Terowong Qing-Huang dirancang dan dibina bersama sebagai Projek Perhubungan Teluk Jiaozhou.[6]

Jambatan Teluk Jiaozhou
Koordinat36°10′12″N 120°17′54″E / 36.169913°N 120.298305°E / 36.169913; 120.298305Koordinat: 36°10′12″N 120°17′54″E / 36.169913°N 120.298305°E / 36.169913; 120.298305
MembawaKenderaan bermotor
MenyeberangiTeluk Jiaozhou
Lokasiantara Qingdao dan Daerah Huangdao, Wilayah Shandong, China
Ciri-ciri
Reka bentukJambatan tambatan kabel
BahanKonkrit prategasan
Panjang keseluruhan41.58 kilometer (25.84 bt)
Sejarah
Pereka bentukShandong Gaosu Group
Siap dibinaawal 2011
Dibuka30 Jun 2011
Perangkaan
Lalu lintas hariankira-kira 30,000
Lokasi
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Jambatan Teluk Jiaozhou
Cina Ringkas: 胶州湾跨海大桥
Cina Tradisional: 膠州灣跨海大橋
Maksud harfiah: Jambatan Teluk Jiaozhou

Sejarah sunting

Jambatan ini memakan masa empat tahun dan tenaga kerja 10,000 orang untuk dibina.[2] 450,000 tan keluli dan 2.3 juta meter padu konkrit digunakan dalam pembinaan jambatan ini yang direka bentuk oleh Shandong Gaosu Group.[2] Ia direka supaya mampu menahan bencana yang kuat seperti gempa bumi, ribut taufan dan pelanggaran kapal.[2] Jambatan ini disokong oleh lebih 5,000 batang tiang, berlebar 35 meter (115 ka)*, merangkumi enam lorong dan dua bahu jalan, dan menelan perbelanjaan 10 bilion yuan (AS$1.5 billion/RM 4.7 bilion).

Pada hari yang sama jambatan dibuka, Terowong Qing-Huang turut dibuka kepada awam.[1] Ia juga merentasi Teluk Jiaozhou, juga mengubungkan Daerah Huangdao dan bandaraya Qingdao, di antara muara yang sempit dalam teluk yang seluas 6.17 kilometer (3.83 bt)*. Terowong itu panjangnya 9.47 kilometer (5.88 bt)*.[1]

Kontroversi jambatan terpanjang sunting

Pada masa pembukaannya, timbulnya pertikaian di Amerika Syarikat terhadap gelaran "jambatan terpanjang di atas perairan".[7] Pemegang rekod asal, iaitu Tambak Tasik Pontchartrain di Louisiana selatan, tidak setuju dengan Guinness dan masih menganggap dirinya sebagai yang terpanjang.[7] Tuntutan ini dibuat dengan menakrifkan gelaran mengikut tafsiran sendiri, iaitu berapa panjang jambatan yang betul-betul berada di atas perairan, dengan hujah bahawa Jambatan Teluk Jiaozhou berada di atas air selama 25.5 kilometer (15.8 bt)* padahal Tambak Tasik Pontchartrain menyeberangi perairan selama 38 kilometer (24 bt)*.[7] Bagaimanapun, angka 25.5 kilometer (15.8 bt)* itu dibuat oleh seorang wakil Tambak Tasik Pontchartrain[7] dan kaedah yang digunakan untuk mendapat angka itu tidak dinyatakan;[7] misalnya, Jambatan Teluk Jiaozhou merupakan struktur kompleks dengan beberapa tanjakan yang menganjur secara bebas (sebagai jambatan berasingan) untuk jarak jauh di atas perairan terbuka, dan lengkung-lengkung jambatan yang menambahkan jaraknya - tidak diketahui sama ada ini diambil kira dalam angka 25.5km Pontchartrain itu.[7]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Qingdao bridge sets world record". China Economic Net. 1 July 2011. Dicapai pada 1 Julai 2011.
  2. ^ a b c d e David Eimer (8 Januari 2011). "China builds world's longest bridge". The Daily Telegraph. Dicapai pada 1 Julai 2011.
  3. ^ a b An (30 Jun 2011). "World's longest cross-sea bridge opens in east China". Xinhua. Dicapai pada 1 Julai 2011.
  4. ^ Uri Friedman (30 Jun 2011). "A Visual Tour of the World's Longest Sea Bridge". The Atlantic Wire. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-02. Dicapai pada 1 Julai 2011.
  5. ^ Staff writers (30 Jun 2011). "A marathon span: China opens world's longest bridge over water". MSNBC. Dicapai pada 1 Julai 2011.
  6. ^ Jiaozhou Bay Connection Project (Cina), includes maps and diagrams.
  7. ^ a b c d e f Bob Warren (30 Jun 2011). "Causeway refuses to relinquish 'world's longest bridge' title to China". The Times-Picayune. Dicapai pada 1 Julai 2011.