Jason Jonathan Lo (lahir 27 April 1975) ialah seorang pemuzik, penyanyi, penerbit rakaman, juruhebah radio dan usahawan Malaysia. Kini beliau memegang jawatan ketua pegawai eksekutif Tune Talk, sebuah syarikat komunikasi yang berhubungan dengan AirAsia, sejak akhir tahun 2007.[1][2] Dia sering dikenali dengan gelaran "LO" dan "J Lo".

Jason Lo
Kelahiran
Jason Jonathan Lo

(1975-04-27) 27 April 1975 (umur 48)
WarganegaraMalaysia-Ireland
Nama lainLo, J Lo
Pusat pendidikanUniversiti Hull
PekerjaanPenyanyi, pemuzik, ahli perniagaan
PasanganAnn Ibrahim (berkahwin 2004)
Kerjaya muzik
GenreRock
InstrumenVokal, gitar
Syarikat rakaman
Fat Boys Records

Biografi sunting

Sejarah awal sunting

Lo lahir di Kuching, Sarawak. Beliau merupakan kacukan orang Cina (bapa) dan orang Ireland (ibu). Beliau menerima pendidikan di Singapura dan United Kingdom dan menerima ijazah Sarjana Muda Sains dalam Perakaunan di Universiti Hull, dan kemudian mengejar Sarjana Pentadbiran Perniagaan dalam Kewangan di London, sebelum kembali ke Malaysia untuk menceburi bidang muzik.

Kerjaya muzik sunting

Pada tahun 1996, ketika menghabiskan ijazah Sarjananya di London, Lo merakam sebuah demo sepuluh lagu di Malaysia dengan kumpulannya 'Sunday Man'. Pada tahun 1997, beliau menghasilkan album sepuluh lagu dengan kumpulan yang sama yang dinamakan semula sebagai 'Drop Circle'. Pada tahun 1998, kumpulan itu berpisah dan Lo kembali ke Malaysia sebagai artis solo. Album sulungnya yang berjudul Days Without Dawn, dikeluarkan di Malaysia pada akhir tahun 1999. Sejak itu beliau menghasilkan dua buah album lagi – Firefighter (2002) dan The Fall (2005).

Lo merupakan artis Asia Tenggara yang pertama untuk mencapai kedudukan tiga teratas di carta antarabangsa Pepsi Top 20. Lagu-lagu beliau iaitu Evening News dan So Julie mencapai kedudukan No. 1 di carta Malaysian Top 10 masing-masing selama 7 dan 5 minggu. Video muzik Lo turut dimainkan di saluran antarabangsa MTV Asia dan Channel V. Beliau juga pernah menjadi pemenang Asian People's Choice Award di Much Music Asia, dan di Malaysian MTV Music Video Awards. Beliau pernah dicalonkan di AIM dan MTV Viewers' Choice Awards. Beliau pernah membintangi acara live di Malaysia, serta menjadi artis pembuka bagi kumpulan antarabangsa seperti Deep Purple dan Big Country.

Personaliti media sunting

Lo juga ialah seorang bekas juruhebah terkenal di stesen berbahasa Inggeris tempatan , hitz.fm. Beliau pernah menjadi pengacara rancangan Latte@8 suatu ketika dahulu di saluran 8TV. Beliau juga bertugas sebagai ketua pegawai eksekutif bagi label rakaman dan syarikat promosi acara sendirinya, Fat Boys Records, di mana beliau menerbit album bagi pemuzik-pemuzik Malaysia termasuk kumpulan Disagree dan Singletrackmind, serta juga menganjur satu siri konsert yang berjaya bergelar 'Rock the World' yang mengetengahkan bakat muzik Malaysia.

Penglibatan dalam sukan sunting

Pada tahun 2006, Lo bergandingan dengan ahli politik Malaysia Khairy Jamaluddin (yang sama sekolah dengan Lo di United World College of South East Asia ketika dahulu) untuk melancarkan projek MyTeam yang mana pemain bola sepak yang tidak dikenali di Malaysia dipilih untuk membentuk satu pasukan yang kemudiannya mencabar pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia. Acara ini banyak menarik perhatian, dan MyTeam dikatakan telah melakukan persembahan yang terbaik sungguhpun kalah 2-1 kepada pasukan kebangsaan. MyTeam dijemput untuk bermain di Liga Perdana Malaysia pada tahun 2007.

Kewangan sunting

Pada Disember 2007, Lo dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, sebuah pengendali rangkaian maya mudah alih milik Tune Ventures Sdn Bhd, yang 40% pegangan sahamnya dalam tangan Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes. Beliau digantikan oleh Ameen Amaedran Abdullah pada 12 Januari 2018.[3]

Diskografi sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Goh, T.E., Jeeva A. (4 December 2007). "Tune Talk, Celcom team up". Business Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 February 2008. Dicapai pada 12 March 2008.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ "Local celebrity appointed Tune Talk CEO". The Edge Daily. 3 December 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 February 2008. Dicapai pada 11 March 2008.
  3. ^ "Tune Talk appoints new CEO after Jason Lo's scandal". 15 January 2018. Dicapai pada 9 June 2019.

Pautan luar sunting