Jata Aruba telah direka dalam tahun 1955 dan dibuat di Amsterdam, Belanda. Sejak dari tarikh tersebut, ia telah digunakan sebagai simbol untuk Aruba.

Maksud jata sunting

Di jata ini, terdapat tujuh elemen yang membawa maksud tersendiri. Di antaranya ialah:

Singa sunting

  • Berada di atas perisai, singa sebagai lambang kekuasaan, keutuhan dan pengaruh.

Salib putih sunting

  • Berada di tengah perisai, yang membahagikan perisai kepada empat bahagian. Di sini, salib melambangkan keimanan yang sepenuh hati.

Daun laurel sunting

  • Berada di bawah perisai, ada 2 daun laurel yang diikat. Melambangkan keamanan.

Perisai sunting

  • Di sebelah atas-kanan pembahagi perisai, Hooiberg merupakan bukit kedua tertinggi. Ia dipilih kerana ia mudah untuk dicam atau dikenali.
  • Di sebelah bawah-kanan pembahagi perisai, penggunaan roda sebagai melambang berusaha keras dan perdagangan.
  • Di sebelah atas-kiri pembahagi perisai, merupakan pokok lidah buaya, yang melambangkan hasil titik peluh dan pendapatan pulau ini, dan merupakan bahan utama keluaran eksport.
  • Di sebelah bawah-kiri pembahagi perisai, tangan yang berjabat, melambangkan ikatan perhubungan Aruba dengan dunia luar.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.