Jayakatwang (mati 1293) adalah seorang raja dari Kerajaan Kediri di Jawa, selepas menggulingkan Kertanegara, raja terakhir Singhasari. Beliau akhirnya dikalahkan oleh Raden Wijaya, menantu Kertanegara dengan menggunakan pasukan Mongol yang menyerang Jawa. Raden Wijaya kemudian menentang Mongol dan mengasaskan Majapahit, empayar terbesar di Jawa.

Background sunting

Sejak 1271, Jayakatwang merupakan seorang wizurai (atau gabenor) di Kediri[1] , sebuah negeri naungan Singhasari.[2][3] Kediri dahulunya adalah sebuah kerajaan yang berpengaruh di Jawa sehingga ia digulingkan pada tahun 1222 oleh Ken Arok, raja pertama Singhasari. Jayakatwang mungkin berketurunan raja Kediri,[4] dan oleh itu mempunyai cita-cita bagi mengembalikan semula kuasa dan pemerintahan keturunan beliau di Jawa.

Nama beliau berasal dari perkataan Sanskrit Jaya (kemenangan) dan Jawa ketawang, (naik, atau muncul).

Kediri terletak di kawasan pengeluaran padi yang subur di tebing Sungai Brantas, kira-kira 80 km ke barat Singhasari, tetapi dipisahkan dengan gunung berapi Arjuno-Welirang dan Gunung Kawi.

Rujukan sunting

  1. ^ Spuler, Bertold. The Muslim world : a historical survey, Part 4. Brill Archive. m/s. 244. ISBN 9004061967, 9789004061965 Check |isbn= value: invalid character (bantuan). Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ Coedès, George (1968). The Indianized states of Southeast Asia. University of Hawaii Press. ISBN 082480368X, 9780824803681 Check |isbn= value: invalid character (bantuan).
  3. ^ Kipfer, Barbara Ann (2000). Encyclopedic dictionary of archaeology. Springer. m/s. 329. ISBN 0306461587, 9780306461583 Check |isbn= value: invalid character (bantuan). Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  4. ^ Poesponegoro, Marwati Djoened (1992). Sejarah nasional Indonesia: Jaman kuna. Balai Pustaka. m/s. 443. ISBN 979407408X, 9789794074084 Check |isbn= value: invalid character (bantuan). Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
Didahului oleh
Kertanegara
Pemerintah Jawa
1292–1293
Diikuti oleh:
Raden Wijaya