Jemaah Haji Malaysia 2009

Jemaah Haji Malaysia 2009 merujuk kepada rombongan jemaah haji rakyat Malaysia ke Arab Saudi . Jemaah haji diuruskan oleh Tabung Haji dan dipantau oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom. Langkah pertama untuk mengerjakan haji , mestilah mendaftarkan nama di Tabung Haji.

Seramai 26,000 rakyat Malaysia berangkat ke Mekah. Kuota haji setiap negara masih tidak berubah iaitu setiap sejuta, 1000 orang dibenarkan mengerjakan haji. Hampir 3 juta jemaah haji dari seluruh dunia memenuhi kota Mekah , menjelang kemuncak ibadah haji iaitu hari wukuf di Arafah. Kiranya terleat, jemaah terpaksa sembahyang di luar masjid seperti di atas jalan raya, di kaki lima kedai, di laluan sa'ie dan lorong-lorong di sekitar Masjidil Haram.[1]

Pada 20 Oktober 2009, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertemu dengan rombingan pertama jemaah haji Malaysia di Kompleks Haji Kelana Jaya, Kelana Jaya,Selangor.

Tabung Haji sunting

Lembaga Tabung Haji (TH) ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia bagi menguruskan jemaah haji Malaysia pergi ke Mekah dan balik. Jumlah deposit TH mencecah RM23 bilion pada 2009. Semasa ditubuhkan pada 1963, deposit TH hanya RM152,000 sahaja dan mengendalikan 5000 jemaah sahaja. Seramai 5.09 juta umat Islam di Malaysia menjadi penyimpan atau pendeposit.[2]

Kos menulaikan haji tahun 2009 ialah RM9,980 seorang, berbanding RM8,973 tahun 2008. Tahun 2002 RM8,585 . Tahun 2003 dinaikkan kepada RM9,445 seorang. Tahun 2004 hanya RM8,973 sahaja.[3]

Kos mengerjakan akan dinaikkan kepada RM11,000 pada tahun akan datang. Ini kerana sumber pelaburan Tabung Haji berkurangan akibat kemelesetan ekonomi dunia. Harga komiditi kelapa sawit merudum. Pada 2008, Tabung Haji memberikan subsidi sebanyak RM2,600 bagi setiap jemaah untuk mengurangkan kos penerbangan, penginapan, kesihatan dan pengangkutan di tanah suci Mekah dan Madinah pada setiap musim haji. Jemaah haji yang mengikuti pakej anjuran anak syarikat Tabung Haji turut diberi subsidi kira-kira RM1,000. Seramai 380,000 umat Islam di Malaysia mendaftar untuk menunaikan ibadah haji tetapi hanya 26,000 sahaja kuota yang diberikan.[4]

Pengangkutan sunting

Jemaah haji diterbangkan ke Arab Saudi dengan Malaysia Airlines (MAS) mulai 20 Oktober 2009, jam 7.00 pagi. Penolong pengurus besar (perkhidmatan haji dan sewa khas) Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain mengendalikan urusan jemaah haji ke Arab Saudi.

Syarikat penerbangan kebangsaan itu memulakan operasi penerbangan haji dari Kuala Lumpur ke Jeddah pada 1 April, 1974. Bagaimanapun, operasi itu dihentikan pada 1997 dan kerana diuruskan oleh AirAsia dan Transmile Air . Penerbangan sewa khas haji antara MAS dan Tabung Haji diadakan sejak 2003.

Musim haji 2008, MAS mengendalikan 54 penerbangan haji membabitkan 13,000 bakal haji, menggunakan dua pesawat B747-400 dan A B777-200. Penerbangan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Pulai Pinang, Johor Baharu, Kuching, Kota Kinabalu dan Kuala Terengganu.[5]

Suntikan virus Influenza A (H1N1) sunting

Semua jemaah haji diwajibkan mengambil suntikan virus Influenza A (H1N1) .Klinik atau hospital perlu membuat pemeriksaan kesihatan dan mengesahkan telah memberikan suntikan H1N1. Doktor akan mencatat pengesahan kesihatan dalam buku kecil kesihatan. Mereka tidak dibenarkan mengerjakan haji tanpa suntikan anti virus itu. Tabung Haji memperuntukan RM1.5 juta untuk suntikan H1N1.Suntikan percuma turut diberikan kepada jemaah haji.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi Dr Khaled Marghlani menekankan aspek kesihatan kerana jemaah haji datang dari pelbagai negara dan latar belakang kesihatan yang berbeza.Mesyuarat tergempar Menteri-Menteri Kesihatan Arab di Kaherah,Mesir pada Julai 2009 mencadangkan jemaah haji lebih 65 tahun dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun disekatkan menulaikan haji.[6]

Pasport antarabangsa sunting

Mulai 2009,pasport perjalanan haji dibatalkan. Kerajaan Arab Saudi mahu semua jemaah haji memiliki pasport antarabangsa. Oleh semua jemaah haji dikehendaki memiliki pasport antarabangsa dan bukannya pasport terhad haji seperti dulu. Pasport antarabangsa kini hanya RM100 sahaja untuk dua tahun, tidak lagi RM300.

Pihak keselamatan Arab Saudi mencegah rakyatnya dan juga rakyat asing yang tidak mempunyai kebenaran menunaikan haji secara haram. Kouta haji dikenakan bagi mengelakkan rempuhan jemaah yang terlalu ramai. Ramai jemaah haji mati terpijak di Mina pada tahun 2005. Mulai 2006, Jambatan Jamrah di Mina dibina dan dibahagi kepada 3 zon (tingkat) bagi melancarkan ibadat melontar.[7] Kesesakan berlaku kerana jemaah melakukan ibadat melontar pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.


Botol air wuduk sunting

Pengarah Urusan MTD Group Azmil Khalid menyatakan syarikatnya membekalkan 36,000 botol spray khas kepada setiap jemaah haji.Botol kecil itu boleh dimasukkan ke dalam beg kantung jemaah haji .Ia boleh digunakan jika wudhu terbatal tanpa perlu pergi ke bilik wuduk. air tidak tumpah , jimat air, jimat tenaga dan jimat masa. Jemaah juga boleh menggunakan botol air itu untuk spray muka ketika cuaca panas.[8]

Bagasi Haji sunting

Pos Malaysia diberi tanggungjawab sejak 1999 untuk mengurus pelepasan di lapangan terbang, gudang di Malaysia, khidmat pelanggan dan pengedaran, dan pada masa yang sama menggunakan sistem e-barangan untuk lebih lebih cekap dan memudahkan. Pos Malaysia menyediakan perkhidmatan untuk jemaah haji di Mekah dan Madinah bagi menghantar pulang barangan menerusi khidmat Bagasi Haji.[9]


Direct Steps International mengurus fret udara dari Arab Saudi ke Kuala Lumpur selain menyelaras logistik, gudang serta penginapan kakitangan.

Syarikat korporat sunting

34 syarikat korporat menyertai program Sahabat Korporat Lembaga Tabung Haji.

Tabung Haji menggunakan teknologi jalur lebar di Mekah, Madinah dan beberapa lokasi lain sepanjang musim haji kali ini. Teknoloji jalur lebar ini sebagai projek perintis untuk melihat keberkesanannya. Dengan adanya jalur lebar, jemaah haji tidak lagi sukar mengeluarkan wang dan menyimpan wang.Pengarah Operasi Teknologi Maklumat (IT) Tabung Haji di Mekah ialah Roslan Saad. Pelayan utama (server) ditempatkan di Hospital Syi- sha, klinik, maktab penginapan jemaah serta kaunter penyimpanan dan pengeluaran wang.<re>Tabung Haji guna jalur lebar di Mekah</ref>

Maktab Tabung Haji sunting

Terdapat 9 maktab Tabung Haji berdekatan Masjidil Haram. Antaranya ialah Janadriyah dan Burj Abbas - 750 meter dan 800 meter dari Masjidil Haram. Van sapu disediakan bagi mengangkut jemaah yang tidak larat berjalan kaki. Tambangnya RM2 sahaja. Sedangkan tambang teksi Rm5.00. Ada hadis menyebut berjalan kaki ke masjid lebih banyak mendapat pahala. Sembahyang di Masjidil Haram mendapat 100,000 kelebihan berbanding sembahyang di masjid-masjid lain.[10]

Haiwan korban sunting

Setiap kali haji, ibadah korban turut dijalankn bagi mereka yang berkemampuan. Bagi melancarkan urusan ini, Tabung Haji bekerjasama dengan Bank Pembangunan Islam (IDB) yang berpangkalan di Jeddah . Setiap penyertaan korban ialah Rm400 (430 riyal) bagi seekor kambing. Binatang disembelih pada hari-hari Tasyrik iaitu dari 10 hingga 13 Zulhijjah atau 27 hingga 30 November 2009. Berjnuta-juta ekor kambing, unta , lembu dan lain-lain dikumpulkan di Kakiah, 5 km dari Mekah. [11]

Jemaah haji hilang sunting

10 tahun lalu, ada warga emas yang hilang di Arafah,Muzdalifah dan Mina dan tidak ditemui langsung. Ada juga yang hilang sehing 45 hari. Warga emas berusia 85 tahun ke atas, tidak berupaya menjaga diri dan mengerjakan haji tanpa waris. Mereka akan dibantu oleh seorang mutawif, ditempatkan di khemah khusus, dijaga makan minum dan bantuan lain sehingga ke bilik air.[12]

Kontroversi sunting

Kos haji swasta RM100,000 sunting

Terdapat 28 syarikat swasta diberi lesen oleh Tabung Haji. Purata bayaran ialah RM18,000 hingga RM25,000. Mereka yang membayar RM100,000 dijanjikan menginap di Zam Zam tower dan khemah dekat dengan Jamratul Aqabah .[13]

Upah haji sunting

Tabung Haji menangguhkan khidmat uoah haji (Badar Haji) bagi mereka yang uzur (sakit tenat) dan telah meninggal dunia.Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd. Salleh Abdul Mubin menyatakan kerajaan Arab Saudi menetapkan setiap upah haji mesti mendapatkan permit khas dan berdaftar. Kadar sebelum ini ialah RM2500 setiap orang. Biasanya orang Melayu, Indonesia atau orang Pattani yang sudah lama menetap di Mekah dilantik bagi melaksanakan Badar Haji. Sekalunya mereka menunggu di hadapan hotel. [14]

Nik Abdul Aziz membatalkan urusan haji sunting

Tahun 2009 , Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengaku beliau mendapat tajaan menunaikan haji dengan kos RM65,000 dan mendapat layanan bertaraf ‘VVIP’.Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)memulakan siasatan kewajaran tajaan itu. Lantas Nik Abdul Aziz membatalkan niatnya mengerjakan haji. Kelaziman orang Kelantan membiayai tokoh tertentu mengerjakan haji.

Beberapa mufti memberi pendapat berhubung kontroversi ini. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyatakan tajaan mengerjakan haji kiranya tidak ada unsur rasuah. Tajaan haji sepatutnya diutamakan kepada mereka yang miskin dan belum pernah mengerjakan haji. Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut menyatakan tajaan haji sepatutnya tidak dibuat kerana mereka memegang tampuk kuasa.[15]

Ulama terkenal kontemporari iaitu Prof. Dr. Yusof Qaradawi tidak menggalakkan umat Islam menunaikan haji lebih daripada sekali. Apatah lagi jika ia menimbulkan fitnah dan kemusykilan di kalangan masyarakat. Nabi Muhamad sendiri hanya mengerjakan haji sekali sahaja dalam hidupnya. Ikutilah sunnah Nabi.[16]

Tajaan haji sunting

Pada 2 oktober 2009, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengurniakan 32 pegawai serta kakitangan kerajaan negeri menunaikan fardu haji . Mereka menerima tajaan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) - 11 orang, Lembaga Zakat Selangor (LZS) - 5 orang, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) - 7 orang dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) - 2 orang, Tabung Dato'-Dato' dan Kerabat Diraja Negeri Selangor - 3 orang. Sultan Selangor turut menaja 4 orang . Majlis itu diadakan di Istana Alam Shah. Turut hadir ialah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ,Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pengerusi MAIS, Datuk Seri Mohamad Adzib Mohd. Isa dan Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid.[17]

Rujukan sunting