Jenis media Internet

Jenis media Internet ialah pengenal pasti dengan dua bahagian untuk format fail di Internet. Pengenal-pengenal pasti ini pada mulanya ditakrifkan dalam RFC 2046 untuk diguna dalam e-mel yang dihantar melalui SMTP, namun kegunaannya telah berkembang kepada protokol-protokol lain seperti HTTP, RTP dan SIP. Jenis-jenis ini dipanggil jenis MIME, dan kadangkala dirujuk sebagai Content-type, sempena nama pengepala dalam beberapa protokol di mana nilainya adalah antara jenis ini. Nama asalnnya iaitu jenis MIME merujuk kepada kegunaannya untuk mengenal pasti bahagian bukan ASCII bagi sesebuah pesanan e-mel yang dikarang menggunakan tentuan MIME (Perluasan Mel Internet Serbaguna[1] atau bahasa Inggerisnya Multipurpose Internet Mail Extension). Tanpa jenis MIME, pelanggan e-mel tidak akan memahami sama ada fail lampiran ialah fail grafik atau fail hamparan dan sebagainya, lantas tidak dapat mengendalikan lampiran tersebut dengan betul.

Jenis media terdiri daripada dua atau lebih bahagian: jenis, subjenis, dan sifar atau lebih parameter tak wajib. Contohnya, subjenis bagi text mempunyai parameter tidak wajib charset yang boleh disertakan untuk memberitahu pengekodan aksara (misalnya text/html; charset=UTF-8), dan subjenis bagi jenis multipart sering mentakrifkan boundary antara bahagiannya. Nilai-nilai charset yang dibenarkan ditakrifkan dalam senarai set-set aksara IANA.

Senarai jenis media biasa sunting

IANA mengurus senarai rasmi bagi jenis-jenis media, yang antara isinya ialah jenis-jenis berikut:

Jenis application sunting

Untuk fail-fail serbaguna:

  • application/atom+xml: suapan Atom
  • application/ecmascript: ECMAScript/JavaScript; Ditakrifkan dalam RFC 4329 (bersamaan dengan application/javascript tetapi peraturan pemprosesannya lebih ketat)
  • application/EDI-X12: Data X12 EDI; Ditakrifkan dalam RFC 1767
  • application/EDIFACT: Data EDIFACT EDI; Ditakrifkan dalam RFC 1767
  • application/json: JavaScript Object Notation JSON; Ditakrifkan dalam RFC 4627
  • application/javascript: ECMAScript/JavaScript; Ditakrifkan dalam RFC 4329 (bersamaan dengan application/ecmascript tetapi peraturan pemprosesannya lebih longgar) Tidak diterima dalam IE 8 atau yang lebih awal - text/javascript diterima tetapi ia diisytihar lapuk dalam RFC 4329. Atribut "type" bagi tag <script> dalam HTML5 adalah tak wajib. Secara praktik, tidak meletakkan jenis media bagi atur-atur cara JavaScript adalah penyelesaian yang paling boleh saling kendali (interoperable), kerana semua pelayar sentiasa menanggap lalaian yang betul walaupun sebelum HTML5.
  • application/octet-stream: Data perduaan rawak.[2] Secara am, jenis ini mengenal pasti fail-fail yang tidak berkaitan dengan mana-mana aplikasi. Berlawanan dengan anggapan lepas oleh perisian pakej seperti Apache, jenis ini bukan yang patut dipakai untuk fail-fail yang tidak diketahui. Jenis kandungan bagi fail yang tidak diketahui sepatutnya jangan dinyatakan jenisnya kerana mungkin salah, sebaliknya, biarkan penerimanya meneka jenis fail berkenaan.[3]
  • application/ogg: Ogg, format bekas strim bit multimedia; Ditakrifkan dalam RFC 5334
  • application/pdf: Portable Document Format, PDF telah digunakan untuk bertukar-tukar dokumen di Internet sejak 1993; Ditakrifkan dalam RFC 3778
  • application/postscript: PostScript; Ditakrifkan dalam RFC 2046
  • application/rdf+xml: Resource Description Framework; Ditakrifkan oleh RFC 3870
  • application/rss+xml: Suapan RSS
  • application/soap+xml: SOAP; Ditakrifkan oleh RFC 3902
  • application/font-woff: Web Open Font Format; (baru cadangan calon; guna application/x-font-woff sebelum dipiawaikan secara rasmi)
  • application/xhtml+xml: XHTML; Ditakrifkan oleh RFC 3236
  • application/xml: Fail XML; Ditakrifkan oleh RFC 3023
  • application/xml-dtd: Fail DTD; Ditakrifkan oleh RFC 3023
  • application/xop+xml:XOP
  • application/zip: Fail ZIP; Berdaftar[4]
  • application/gzip: Gzip, Ditakrifkan dalam RFC 6713

Jenis audio sunting

Untuk Audio.

Jenis image sunting

Jenis message sunting

Jenis model sunting

Untuk model 3D.

Jenis multipart sunting

Untuk arkib dan objek-objek lain yang diperbuat daripada lebih daripada satu bahagian.

Jenis text sunting

Untuk teks dan kod sumber yang boleh dibaca orang.

  • text/cmd: suruhan; residen subjenis dalam pelayar-pelayar Gecko seperti Firefox 3.5
  • text/css: Cascading Style Sheets; Ditakrifkan dalam RFC 2318
  • text/csv: Comma-separated values; Ditakrifkan dalam RFC 4180
  • text/html: HTML; Ditakrifkan dalam RFC 2854
  • text/javascript (Lapuk): JavaScript; Ditakrifkan dalam serta dilapukkan oleh RFC 4329 untuk tidak menggalakkan penggunaannya, supaya diganti oleh application/javascript. Pun begitu, text/javascript dibenarkan dalam HTML 4 serta 5 dan, tidak seperti application/javascript, ada sokongan rentas pelayar. Atribut "type" bagi tag <script> dalam HTML5 tidak diwajibkan dan tidak perlu langsung diguna kerana semua pelayar web sentiasa menganggap lalaian yang betul (malah dalam HTML 4 yang dinyatakan dalam tentuan sebagai perlu).
  • text/plain: Data teks; Ditakrifkan dalam RFC 2046 dan RFC 3676
  • text/vcard: vCard (maklumat hubungan); Ditakrifkan dalam RFC 6350
  • text/xml: Extensible Markup Language; Ditakrifkan dalam RFC 3023

Jenis video sunting

Untuk video.

Rujukan sunting

  1. ^ Takrifan Multi Purpose Internet Mail Extension di Pusat Rujukan Persuratan Melayu, DBP. Diambil pada 5 Mac 2013.
  2. ^ RFC 2046 - Multipurpose Internet Mail Extensions (MIME) Part Two: Media types. Tools.ietf.org. Dicapai pada 2010-09-29.
  3. ^ W3C (1999). "RFC 2616: 7. Entity". Hypertext Transfer Protocol -- HTTP/1.1. The Internet Society. Dicapai pada 28 May 2012. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  4. ^ MIME SUBTYPE NAME: zip
  5. ^ "Supported Media Formats". RealPlayer Help. RealNetworks. 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-07. Dicapai pada 28 May 2012.
  6. ^ MIME SUBTYPE NAME: png
  7. ^ MIME subtype name : Vendor Tree - vnd.microsoft.icon
  8. ^ Quicktime

Pautan luar sunting