Jennifer Aniston

Pelakon dan penerbit Amerika Syarikat

Jennifer Joanna Aniston (lahir 11 Februari 1969) adalah seorang pelakon televisyen dan filem dari Amerika Syarikat. Dia terkenal pada pertengahan 1990-an dengan wataknya sebagai Rachel Green dalam sitkom popular Friends, watak yang memberinya Anugerah Emmy dan Anugerah Golden Globe.

Jennifer Aniston
Kelahiran
Jennifer Joanna Aniston[1][2]

(1969-02-11) 11 Februari 1969 (umur 55)
PekerjaanPelakon, Pengarah
Tahun aktif1989-kini
Ketinggian164 cm (5 ka 5 in)
PasanganBrad Pitt (2000-2005)

Jennifer telah berlakon dalam beberapa filem Hollywood, selalunya bersama salah seorang ahli Frat Pack. Walaupun kebanyakannya ialah dalam filem komedi seperti Bruce Almighty, Office Space, Rumor Has It, dan komedi romantik Along Came Polly dan The Break-Up, dia juga pernah belakon dalam filem bergenre lain, seperti cerita ngeri jenayah Derailed.

Rujukan sunting