|- ! colspan="3" scope="col" style="text-align: center; background:

  1. B0C4DE;" | Senarai runut Siti Nurhaliza

|- | colspan="3" |

"Jerat Percintaan"
Single oleh Siti Nurhaliza
daripada album Siti Nurhaliza
Dilancarkan pada1 Mac 1996
Dirakamkan pada1995
FormatKeluaran siaran radio
GenreBalada
Panjang4:57
SyarikatSuria Records
PenulisAdnan Abu Hassan, Othman Zainuddin, Hani M.J.
PenerbitAdnan Abu Hassan
Kronologi single Siti Nurhaliza
""Jawapan di Persimpangan"
(1996)"
"Jerat Percintaan" ""Cari-Cari"
(1996)"
Sampel audio
noicon
Info (help·info)
Siti Nurhaliza - Jerat Percintaan (muzik video) di YouTube
“Mahligai Asmara”
(Trek 2)
"Jerat Percintaan"
(Trek 3)
“Antara Waktu dan Usia”
(Trek 4)

sunting · sunting di Wikidata

Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Jerat Percintaan"[1] ialah lagu yang dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Siti Nurhaliza sebagai single kedua beliau dari album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album. Lagu ini meraih anugerah Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-4 pada tahun 1997, dan juga menggondol gelaran Persembahan Terbaik, Juara Kategori Balada dan Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu 1996. Lagu ini menjadi lagu Siti yang pertama menjuarai Carta Radio Muzik pada tarikh 7 dan 14 Julai 1996 [2].

Komposisi sunting

Berdurasi selama 4 minit dan 55 saat, Jerat Percintaan ialah sebuah lagu yang bersederhana perlahan dicipta oleh Adnan Abu Hassan dan lirik ditulis oleh Othman Zainuddin dan Hani MJ. Jerat Percintaan berkisarkan tentang cabaran yang dihadapi oleh dua insan apabila terperangkap dalam alam percintaan. Lagu ini distrukturkan dalam key B minor dan julat vokal Siti merangkumi daripada not rendah A3 sehingga not D5.

Muzik video sunting

Muzik video lagu ini dimulakan dengan Siti Nurhaliza dan Adnan Abu Hassan berada di dalam studio rakaman. Kemudian, diikuti oleh Siti merakamkan suaranya di dalam studio. Dari awal hingga akhir muzik video ini, ia memaparkan Siti mengenangkan memori lamanya. Pada penghujung muzik video, Siti mengalirkan airmatanya dan diakhiri dengan Siti merenung di dinding.

Persembahan secara langsung sunting

Pada 30 Oktober 1999, Siti menyanyikan Jerat Percintaan secara langsung di konsert solo pertama beliau, Konsert Live Siti Nurhaliza di Stadium Negara, Bukit Jalil dan memukau penonton yang hadir ke konsertnya. Semasa persembahannya di konsert SATU Konsert Eksklusif Dato' Siti Nurhaliza di Istana Budaya pada 26 hingga 28 Jun 2009,[3] Siti menyampaikan Jerat Percintaan sebagai sebahagian daripada persembahan ketiga beliau menerusi segmen Medley 2: Lagu Hit.[3]

Untuk persembahan beliau di konsert Siti Nurhaliza in Symphony di Dewan Filharmonik Petronas pada 5 hingga 7 Julai 2013,[4] Siti menyanyikan Jerat Percintaan yang diberikan gubahan baru oleh Ahmad Muriz Che Ros sebagai sebahagian daripada medley pertama konsert.[4] Beliau turut menyanyikan lagu sama dalam medley ketujuh di konsert Dato' Siti Nurhaliza Unplugged 2015 pada 7 April 2015, dengan iringan piano oleh Adnan Abu Hassan.[5]

Siti turut menyanyikan Jerat Percintaan dalam versi orkestra di konsert Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert di Stadium Negara, Bukit Jalil pada 2 April 2016,[6] sempena ulang tahun ke-21 penglibatan beliau dalam industri muzik Malaysia dan juga ulang tahun ke-20 album pertamanya dan lagu Jerat Percintaan.[6]

Format runut sunting

No.TajukMasa
1."Jerat Percintaan"4:57


Kedudukan carta sunting

Carta (1996) Kedudukan
carta
Radio Muzik 1
Muzik Muzik 1

Anugerah sunting

Anugerah Juara Lagu sunting

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
1996[7] "Jerat Percintaan" Lagu Balada Terbaik[8][9] Menang
Persembahan Terbaik[1][8][9] Menang
Pemenang Keseluruhan[1][8][9] Menang

Anugerah Industri Muzik sunting

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
1997 "Jerat Percintaan" Lagu Terbaik Menang

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Sentuhan Adnan akhiri kemarau kategori Balada". Berita Harian. Digital Collections DC5: Text Archive. 30 Disember 2003. Dicapai pada 2010-09-16.
  2. ^ https://www.klik.com.my/item/story/577171/-carta-popular-
  3. ^ a b Konsert eksklusif 'SATU' Siti Nurhaliza di IB! Diarkibkan 2016-11-04 di Wayback Machine Siti Azira Abdul Aziz. mStar (20 Mei 2009).
  4. ^ a b Sultan Muzaffar (16 Julai 2012). "Siti Nurhaliza Ke Dewan Filharmonik Petronas?". Gua.com.my. Dicapai pada 1 November 2013.
  5. ^ Budiey (20 Mac 2015). "Konsert Unplugged Dato' Siti Nurhaliza di Istana Budaya". Budiey.com. Dicapai pada 2015-04-16.
  6. ^ a b Budiey Isma (2 Mac 2016). "Konsert Dato' Siti Nurhaliza & Friends di Stadium Negara". Budiey.com. Dicapai pada 2016-03-18.
  7. ^ "Cabaran Buat Siti Nurhaliza". Utusan Malaysia. Simply Siti Nurhaliza Zone. Dicapai pada 2010-06-17.
  8. ^ a b c "Catatan penting Juara Lagu". Utusan Malaysia Online. 1 Januari 2008. Dicapai pada 2010-09-16.
  9. ^ a b c "Fakta menarik sejarah Juara Lagu". Utusan Malaysia Online. 16 Januari 2009. Dicapai pada 2010-09-16.

Pautan luar sunting