Jiaolong (Cina ringkas: 蛟龙Cina tradisional: 蛟龍pinyin: jiāolóngWade-Giles: chiao-lung) atau jiao ialah seekor naga air yang berbilang makna dalam mitos Cina. Edward H. Schafer menghuraikan makhluk jiao seperti berikut:

Secara batin seakan-akan buaya, dan mungkin pada pokoknya haiwan reptilia yang sama, seekor makhluk misteri yang mampu bertukar kepada beraneka bentuk iaitu chiao (kău). Selalunya dianggap sebagai sejenis lung – "naga" dalam bahasa kita, tetapi kadang-kadang seakan manusia, dan kadang-kadang sekadar ikan. (1967:217-8)


Nama sunting

Aksara "jiao" sunting

Dalam pengelasan aksara Cina tradsonal, jiao merupakan aksara "radikal-fonetik" atau "fono-semantik" yang menggabungkan "radikal serangga" dengan fonetik jiao "silang; campur; bergaul; mengawan; bertukar". Radikal 虫 sering digunakan dalam aksara-aksara yang memaksudkan serangga, ulat dan reptilia, dan sekali-sekala naga (cth., shen 蜃 dan hong 虹).

Dalam tulisan Jepun, aksara kanji 蛟 boleh disebut mizuchi "naga sungai Jepun" secara kun'yomi, atau secara on'yomi (cth., kōryō 蛟竜 "naga banjir: bakat terpendam" dari jiaolong).

 
Lukisan Jiao 蛟 dari Gujin Tushu Jicheng (1725)

Rujukan sunting


Pautan luar sunting