Jin (Arab: جن, rumi: jinn) merupakan sejenis makhluk halus.

Sebuah gua yang disebut Majlis al-Jin di Oman, secara harfiah "Tempat berkumpulnya para Jin".

Nama makhluk ini datang daripada akar Arab: جَنّ / جُنّ jann yang bermaksud "menutupi" atau "menyembunyikan"[1] - ada yang melanjutkan tafsiran ini kepada benda yang "tersembunyi daripada pancaindera [manusia]" (that are concealed from the senses).[2] Perkataan-perkataan lain yang seakar termasuk majnūn atau junun ("gila"),[3] jannah ("taman", "kebun" atau "syurga”)[4] serta juga janīn.[5]

Pandangan menurut ajaran Islam sunting

Makhluk ini dipercayai tercipta dari unsur atau lidah atau hujung api yang panasnya beradiasi / berangin / beracun (نَّارِ السَّمُومِ) berbanding dengan malaikat yang dicipta dari nur. Hasilnya, jin dipercayai mempunyai perwatakan yang jauh berbeza daripada malaikat: malaikat semuanya beriman, sedangkan jin ada yang beriman dan ada yang kafir dan seperti manusia. Sebahagian jin ada yang taat kepada Allah dan sebahagian yang ingkar dengan perintah Allah. Begitu juga dengan kewajipan jin seperti juga dengan manusia.

Jin dan manusia memiliki kewajipan menyembah Allah.
Rujukan :

  • Surah al-Dzariyat : ayat 56

"Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)"

  • Surah al-an'am : ayat 130

"Wahai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dan golongan mu sendiri, yang menyampaikan kepadamu tentang ayat-ayat Ku dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata : Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri, kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang kafir"

Di antara jin ada yang mendengar al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad s.a.w. kemudian mereka menyampaikan apa yang didengarkan kepada kaumnya. Sebahagian kamunya itu ada yang percaya dengan apa yang disampaikan oleh kawannya itu. Sedangkan sebahagian yang lain tidak mempercayainya. Mereka yang percaya akan memperoleh pahala, sedangkan yang tidak percaya dan menginkarinya akan diseksa di neraka kelak.
Rujukan :

"Dan sesungguhnya, telah kami ciptakan untuk isi neraka jahannam kebanyak dari jin dan manusia (mereka yang kafir)"

Hakikat jin sunting

Jin merupakan makhluk halus yang boleh berubah bentuk.
Rujukan:

  • Sebahagian ulama menyifatkan jin sebagai :

"Dan adapun jin, maka iaitu jisim-jisim halus, sebangsa hawa, yang boleh berubah-ubah bentuk yang berlainan dan dapat nyata daripadanya perbuatan-perbuatan yang aneh"

Perkataan disebut jin kerana ijtinan iaitu tertutup dari perlihatan manusia sepertimana keadaan perasaan hati (jinan) pada manusia. Makhluk ini tidak boleh dilihat oleh manusia kecuali kepada orang yang mempunyai ilmu kasyaf.
Rujukan

"Dan Allah menciptakan jin dari kobaran api"

"...sesungguhnya dia dan pengikutnya melihat kamu, dari sesuatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka..."

Mereka menjadi sebahagian penghuni di bumi bersama-sama dengan manusia.

  • Istilah:
    • Kata Tunggal : jinni
    • Jamak : jannun / jinnatun

Umat islam mengakui kewujudan jin dan menyakini bahawa Allah mengutus Nabi Muhammad kepada mereka. Menurut Imam al-Asy'ari dalam kitab Maqalat Ahlus Sunnah Wal-Jama'ah, jin mampu merasuk ke dalam manusia.
Rujukan

"Orang-orang yang makan (mengambil riba tidak dapat berdiri melainkan sperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila..."

Sungguhpun begitu, ada sesetengah orang sering sekali berkerjasama dengan jin dalam hal pembuatan azimat ataupun mantera-mantera walaupun bertentangan dengan keimanan dan menjurus kepada kemusyrikan.

Kewujudan jin sunting

Allah telah menciptakan jin terlebih dahulu sebelum menciptakan Adam dan merupakan penghuni pertama ke atas muka bumi.
Rujukan

"Dan telah Kami jadikan jin sebelum manusia..."

Namun begitu, mereka sering melakukan kerosakan dan kejahatan di muka bumi.

Jenis-jenis jin sunting

 
Jin Pendekar

Jin terbahagi kepada 2 bahagian :

  • Jin Rahmani :
    • Merupakan jin muslim
    • Terbahagi kepada beberapa bahagian, kelompok, mazhab dan golongan-golongan yang berbeza-beza.
  • Jin Syaitani :
    • Merupakan bangsa jin yang bersifat jahat atau fasiq
 
Jin Harimau Jadian

Selain itu kepelbagaian bentuk jin telah digambarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w
Rujukan

  • Riwayat al- Baihaqi daripada Tsa'labah al-Khasyani, sabda Rasulullah s.a.w :

"Jin itu terdiri atas tiga jenis bentuk; satu jenis (spertiga) yang mempunyai sayap. Mereka terbang di udara. Satu jenis lagi (sepertiga lainnya) berupa ular dan anjing. Sedang satu jenis lagi (atau sepertiga lainnya lagi) adalah jin yang menempati (suatu tempat) dan berjalan (seperti manusia)"

Terdapat bangsa jin yang mempunyai kekuatan serta kecerdikan yang dikenali sebagai ifrit. Ini sepertimana diterangkan dalam al-Quran:
Rujukan

  • Surah an-naml : ayat 39

"Berkata ifrit (yang cerdik) dari golongan jin : Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercaya"

Selain itu, jin yang bernama al-Ghilan mampu berubah berbagai rupa bentuk.
Rujukan

"Jika ada al-Ghilan yang menyamar kepada kalian (dalam bentuk apapun), maka dengungkanlah azan"

Mukhabbilat al-jin merupakan bangsa jin yang gila dan sering menyakiti serta mengggangu manusia dan mencelakanya. Manakala jin al-Hinnu adalah kalangan bangsa jin yang lemah.
Rujukan

  • Riwayat Ibnu Abbas r.a :

"Anjing-anjing itu dari bangsa jin al-Hinnu. Mereka adalah kelompok jin yang lemah. Apabila mereka mendatangi makanan kalian, mereka lemparkan (makanan) untuk mereka. Kerana mereka mendapatkan (makanan itu melalui matanya)"

Begitu juga, beberapa jenis jin yang lain iaitu berupakan haiwan lain seperti kucing dan ular.
Rujukan

  • Riwayat at-Tirmidzi dan an-Nasa'i dari Abu Sa'id al-khudri, sabda Rasulullah s.a.w :

" Sesungguhnya di Madinah itu banyak jin yang telah masuk Islam. Jika kamu sekalian melihat sebahagian haiwan (ular) itu, maka azanilah tiga kali. Dan jika tetap menampakkan diri, maka bunuhlah ia"

Jin yang menggangu anak kecil sunting

Terdapat jin yang sering menggangu anak kecil yang baru lahir iaitu dikenali sebagai Ummish Shibyan.
Rujukan

  • Riwayat Saidina Hussain r.a dari Ali Kamamallahu Wajhahu, sabda Nabi Muhammad s.a.w:

"Barangsiapa yang dilahirkan baginya anak, lalu diazani telinga kanannya, dan diiqamatkan pada telinga kirinya, nescaya Ummish Shibyan tidak mengganggunya".

  • Riwayat Abi Rafi':

"Aku pernah melihat Nabi s.a.w melakukan azan pada telinga Sayyidina Hasan dan Hussain r.a..."

Perihal jin sunting

Makanan jin sunting

Jin juga memerlukan makanan seperti juga manusia untuk memberi tenaga dan lain-lain lagi. Sesetengah berpendapat dan mengatakan , Makanan jin adalah terdiri sesuatu zat yang diuraikan samada melalui asap pembakaran atau pereputan tulang atau najis. Sebagai misal orang yang mengkadamkan jin sentiasa menyediakan pembakaran asap pembakaran seperti kemenyan untuk berhubung dengan jin. Walau bagaimanapun tidak dinyatakan didalam Al-Quran berkaitan makanan jin adalah dari asap atau wangian.
Rujukan

"Maka janganlah kamu beristinja dengan tulang dan tahi binatang. Sebab hal itu merupakan bekal (makanan) saudaramu dari kalangan jin"

Najis-najis binatang digunakan untuk dijadikan bahan makanan kepada ternakan mereka.


Rujukan

Makanan jin menurut orang melayu.

Sepertimana manusia yang dijadikan dari tanah maka sumber makanannya dari asal kejadiannya iaitu seperti binatang yang memakan rumput atau tumbuhan yang juga berasal dari tanah. Menurut kitab tulisan melayu lama Gangga malayu, Perak, menyatakan makanan jin juga berasal dari unsur-unsur haba seperti najis haiwan dan pereputan yang menghasil melepaskan unsur haba seperti tulang-tulang haiwan atau bangkai-bangkai haiwan.

Malahan kononnya, menurut dongeng melayu tersebut, jin / antu bota yang kafir dikatakan adakala ingin memakan bangkai / tulang / pereputan dari manusia. Maka untuk mendapatkan hasil bangkai yang sedap pada citarasa jin, manusia digoda / diperdaya untuk berkahwin dengan jin betina bota. Biasanya jika ada orang hilang masuk hutan dan takkan kembali lagi dan jin akan menipu kononnya mangsa tidak mahu balik dan sudah berkahwin di alam jin.

Upacara perkahwinan ditanda dengan memijak pasir putih dalam sebuah gua. Mangsa perlu bersetuju bagi memastikan kematian mangsa dalam keadaan rasa cinta, senang dan gembira. Jika tidak setuju, mangsa akan dilepaskan dalam keadaan lemah sangat lapar atau sangat dahaga kerana tak makan dan minum selama lebih kurang seminggu.

Mangsa akan diperdaya dengan hidup dan makan makanan yang mewah sambil berasmara bersama isteri jinnya. Sebenarnya, manusia itu tidak makan makanan sebenar tapi hanya memakan ulat pemakan daging untuk mempercepatkan proses penguraian semasa masih lagi bernyawa. Rasa cinta, senang dan gembira mangsa yang mati mereput akan menghasilkan unsur-unsur penguraian tulang temulang yang lebih sedap kepada jin.

Keadaan ini mungkin boleh disamakan cara mendapatkan daging lembu lebih sedap seperti daging wagyu (pendapat penulis)

Rujukan sunting

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 80. ISBN 967-65-7321-3.
  2. ^ Edward William Lane. "An Arabic-English Lexicon". Diarkibkan daripada yang asal pada 8 April 2015.. p. 462.
  3. ^ "'majnun'". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 9 Jun 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  4. ^ "'janin'". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 9 Jun 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  5. ^ Wehr, Hans (1994). Dictionary of Modern Written Arabic (ed. 4). Urbana, Illinois: Spoken Language Services. m/s. 164. ISBN 978-0-87950-003-0.

Nota kaki sunting

  1. Kategori Jin dan penyakit yang dibawa