Jingga

warna campuran merah dan kuning

Warna jingga [jing-ga] (Jawi: جيڠݢ), oren [o-rén] (Jawi: اورين) atau kuning bata (Jawi: كونيڠ بات) merupakan spektrum cahaya yang terlihat antara merah dan kuning. Panjang gelombangnya disekitar 585–620 nanometer. Warna jingga ialah warna bernama yang tunggal dalam CSS yang tidak ditakrif oleh HTML 4.01.

Jingga
جيڠݢHow to read this color infobox
Tentang koordinat ini     Koordinat warna
Hex triplet#FF6600
sRGBB  (rgb)(255, 102, 0)
CMYKH   (c, m, y, k)(0, 60, 100, 0)
HSV       (h, s, v)(24°, 100%, 100%)
Sumber[Unsourced]en:Category:WikiProject Color articles needing infobox sources
B: Dinormalkan kepada [0–255] (bit)
H: Dinormalkan kepada [0–100] (ratus)
Warna jingga

Warna jingga ialah warna yang sama dengan warna buah oren, dan dinamakan sempena buah ini. Berbeza dengan warna biru atau merah, warna ini dapat dipastikan dengan lebih tepat, kerana kita dapat tengok buah-buah oren. Sebelum buah oren diperkenalkan kepada dunia penutur bahasa Inggeris, warna ini digelarkan dalam bahasa Inggeris lama sebagai geoluhread, yang boleh ditransliterasikan sebagai "kuning-merah" dalam bahasa Inggeris moden.

Dengan bahan-bahan pewarna yang semula jadi, seperti cat atau krayon, warna jingga ialah warna sekunder yang boleh dihasilkan daripada warna-warna dasar melalui pencampuran warna merah (lebih tepat, warna magenta) dengan warna kuning.

Penggunaan dan perlambangan sunting

Warna parti politik sunting

Warna jingga telah dipergunakan sebagai warna politik oleh parti-parti politik yang berikut:

Warna korporat sunting

Warna jingga ialah warna korporat untuk:

Warna sukan sunting

Warna jingga ialah warna pilihan untuk banyak pasukan sukan negara dan penyokong-penyokongnya.

Kelainan warna jingga sunting

Warna jingga sering digunakan untuk meneguhkan ketampakan. Sebahagian besar daripada pigmen-pigmen jingga tergolong dalam keluarga hartal, atau kadmium. Sebenarnya, warna perang merupakan sebahagian warna jingga, iaitu campuran jingga dengan kelabu, dalam spektrum warna.

Jingga bakar sunting

Jingga bakar 
      Koordinat warna
Hex triplet#CC5500
sRGBB  (rgb)(204, 85, 0)
CMYKH   (c, m, y, k)(0, 58, 100, 20)
HSV       (h, s, v)(25°, 100%, 80%)
Sumber[Unsourced]en:Category:WikiProject Color articles needing infobox sources
B: Dinormalkan kepada [0–255] (bit)
H: Dinormalkan kepada [0–100] (ratus)

Jingga bakar ialah satu kelainan yang telah dipergunakan oleh Olahraga Longhorn, Universiti Texas di Austin sebagai warna sekolah. Sampel untuk warna jingga bakar yang dipergunakan boleh didapati daripada laman web universiti itu. Jingga bakar boleh dihasilkan dengan penggunaan kod perenambelasan #CC5500.

Kelainan-kelainan jingga bakar juga digunakan sebagai warna sekolah oleh Universiti Auburn, Universiti Clemson, Virginia Tech, antara lain.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting


  hitam perak kelabu putih merah merah manggis ungu fuksia hijau hijau pucuk pisang hijau buah zaitun kuning jingga biru biru kelasi biru belibis akua-marin
Warna Web