Jirim

ialah sebarang benda yang mempunyai jisim dan menuhi ruang

Jirim (Jawi: جيريم serapan Arab: جِرْم, rumi: jirm "badan yang mempunyai bentuk dan ruang...; badan; tubuh"[1]) ialah sebarang benda yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.Semua bahan sama ada pepejal, cecair ataupun gas yang terdapat di bumi ini merupakan jirim. Teori zarah jirim menyatakan bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah halus yang diskrit.

Zarah-zarah yang membina jirim mungkin ialah:

Jirim juga boleh dikelaskan kepada tiga bahagian iaitu:

Jirim yang sangat halus itu dianggarkan berdiameter kurang daripada 10-9m. Oleh itu, kita tidak dapat melihat zarah-zarah jirim itu mahupun menggunakan mikroskop cahaya.

Jirim wujud dalam beberapa keadaan fizik. 4 daripada keadaan fizik ialah:

Jirim boleh bertukar bentuk dari satu keadaan fizik ke satu keadaan fizik yang lain apabila sesuatu benda itu dipanaskan atau disejukkan iaitu berkaitan dengan perubahan suhu. Semasa perubahan keadaan jirim, pemindahan tenaga akan berlaku iaitu sama ada tenaga haba diserap atau dibebaskan.

Antara proses perubahan keadaan jirim adalah seperti:

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 69. ISBN 967-65-7321-3.