John Lennon

Penyanyi dan penulis lagu Inggeris, ahli pengasas The Beatles

John Winston Ono Lennon, MBE (9 Oktober 1940 – 8 Disember 1980) ialah seorang penyanyi, penulis lagu dan aktivis keamanan Inggeris. Beliau paling dikenali sebagai pengasas The Beatles, sebuah kumpulan muzik yang bersama dengan Paul McCartney, merupakan perkongsian penulisan lagu Lennon-McCartney yang amat berjaya sepanjang 1960-an.

John Lennon

John Lennon pada tahun 1969.
Kelahiran
John Winston Lennon

(1940-10-09)9 Oktober 1940
Meninggal dunia8 Disember 1980(1980-12-08) (umur 40)
Sebab kematianPembunuhan oleh tembakan
DikebumikanAbu mayat dibuang di Central Park, New York
WarganegaraEngland
Nama lainJohn Winston Ono Lennon
Pekerjaan
Tahun aktif1956–1980
PasanganCynthia Powell (1962–1968)
Yoko Ono (1969–1980; kematiannya)
Anak-anakJulian Lennon
Sean Lennon
Ibu bapaAlfred Lennon
Julia Stanley
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
Syarikat rakaman
  • Apple
  • Capitol
  • Geffen
  • Parlophone
  • Polydor
Pengkarya berkait
Alat muzik terkenal
Tandatangan

Penulisan lagu Lennon penuh dengan kepedihan dan harapan, dengan melodinya kekadang indah dan kekadang muram. Lirik Lennon membayangkan peristiwa-peristiwa semasa serta tekanan peribadi dan kerjayanya, pandangan falsafah, dan ketakselesaannya dengan kemashyuran. Beliau dan McCartney mempopularkan penggunaan kesan-kesan eletronik dalam muzik rock, dan membuka jalan untuk berbagai-bagai bentuk rock yang lebih keras pada dekad 1970-an dan 1980-an.

Dalam rancangan-rancangan televisyen dan filem-filemnya seperti A Hard Day's Night (1964), serta melalui persidangan akhbar dan wawancara, Lennon sering mendedahkan sifat yang melawan, khususnya terhadap kepercayaan yang sudah mantap dan institusi yang sudah bertapak, serta kepintarannya yang bersifat tidak hormat. Beliau menyalurkan kemashyuran dan kecenderungan perbalahannya kepada kerjanya sebagai penindak cergas keamanan, pelukis, dan penulis.

Biografi sunting

1940–1957: Tahun terawal sunting

 
251 Menlove Avenue, di mana Lennon tinggal semasa zaman kanak-kanaknya.

John Winston Lennon dilahirkan pada 9 Oktober 1940 di Liverpool, dari pasangan Julia Stanley dan Alfred Lennon. Alfred seorang pelaut yang sering berlayar dan jarang kembali ke Liverpool. Bahkan ia tidak hadir pada saat John kecil lahir. Konon, pada malam Lennon lahir, sedang terjadi serangan Jerman atas England pada Perang Dunia II. Didorong oleh kejadian ini, dan juga kekaguman Julia pada Winston Churchill, bayi itu pun diberi nama tengah Winston, dari nama Perdana Menteri England.

Semasa kecil, Lennon tinggal di bawah jagaan ibunya. Julia kemudian bertemu dengan John Dykins, dan kemudian beliau dan Lennon pindah tinggal bersama lelaki itu di sebuah pangsapuri kecil. Tingkah laku ini menjadi kegerunan orang di Liverpool, kerana Julia masih berstatus sebagai isteri Alfred Lennon. Kakak sulung Julia, Mimi Smith, akhirnya memaksa untuk mendukung John kecil tinggal bersamanya. Pada tahun 1946, Alfred kembali ke Liverpool dan membawa Lennon untuk bercuti bersama ke Blackpool. Julia dan John mengetahui hal ini, lalu mengikuti mereka. Di Blackpool, Lennon diberikan 2 pilihan untuk mengikuti ayahnya atau ibunya. Lennon sempat dua kali memilih untuk mengikuti ayahnya, namun ketika ibunya berbalik dan akan pergi, beliau pun menangis dan mendekati ibunya.

Masa mudanya dihabiskan John bersama keluarga Smith; Mimi dan suaminya, George. Mimi adalah seorang ibu saudara yang sangat keras dan tegas dalam mendidik Lennon kecil. Julia masih sering mengunjungi John, dan begitu pula John yang sering melawat Julia di kediamannya bersama Dykins. Pertemuan inilah yang mengenalkan John pada banjo dan sedikit piano. Julia pula yang membelikan Lennon gitarnya yang pertama. Mimi dikenali begitu skeptikal terhadap kegemaran Lennon bermain gitar. "Gitar memang ok, John, tapi kamu tidak boleh hidup dari itu." Beberapa tahun kemudian, ketika Lennon telah berjaya, ia menghadiahkan Mimi sebuah plak emas bertuliskan kata-kata tersebut.

Kejadian menyedihkan dialami Lennon ketika ibunya meninggal dunia dirempuh kereta di dekat rumah Mimi, di depan mata Lennon yang pada masa itu masih berusia 17 tahun. Sifat anti pihak pemerintah mungkin bermula dari peristiwa ini. Ibunya meninggal dunia kerana kecuaian seorang polis memandu dalam keadaan mabuk, walaupun demikian polis tersebut lepas dari segala tuntutan. Lennon dikenali sebagai badut kelas di sekolah. Di kelas ia hanya melukis kartun guru-gurunya dan berjenaka. Lukisannya sangat buruk, dan akhirnya ia masuk ke Liverpool College of Art. Di sinilah ia bertemu dengan Cynthia Powell, yang kemudian menjadi isterinya yang pertama. Di kolej, ia tetap tidak serius dan akhirnya keluar sebelum menamatkan pelajrannya.

1957–1960 : The Quarrymen dan The Silver Beetles sunting

 
Lennon (kiri) mengadakan persembahan pada 1964 di puncak Beatlemania

John Lennon memulakan The Quarrymen pada tahun 1957. Quarrymen adalah sebuah band skiffle (band dengan menggunakan alat-alat rumah tangga, yang pada masa itu sedang trend di Liverpool) yang dianggotai oleh Lennon dan rakan-rakannya di Quarry Bank Grammar School. Pada 6 Julai 1957, Quarrymen tampil pada sebuah acara gereja di Gereja St. John, Woolton. Di majlis inilah Lennon pertama kali bertemu dengan Paul McCartney, yang ketika itu menonton penampilan Quarrymen. McCartney sangat kagum akan penampilan band tersebut, dan lalu menghampiri Quarrymen di belakang panggung, ditemani rakannya Ivan Vaughan yang juga rakan Lennon.

Tak lama kemudian, McCartney bergabung dengan Quarrymen. Lennon dan McCartney menjadi sangat dekat, dan sering kelihatan bersama. Kedua-duanya terlibat dalam rasa 'senasib' kerana kedua-duanya kehilangan ibu mereka pada masa mudanya. McCartney juga kehilangan ibunya kerana kanser, ketika usianya 15 tahun. Lennon dan McCartney mula menulis lagu bersama-sama mahupun sendiri. Salah satu lagu yang dihasilkan pada masa-masa ini adalah 'Hello Little Girl' yang kemudian menjadi hits oleh The Fourmost pada tahun 60an.

Kemudian, McCartney memperkenalkan rakannya, George Harrison, yang setahun lebih muda daripadanya kepada Lennon. Harrison yang bermain gitar pun berhasrat bergabung dengan Quarrymen. Lennon, yang pada awalnya keberatan kerana Harrison dinilai terlalu muda, akhirnya pun setuju setelah dipujuk McCartney. Bergabungnya Harrison disusul oleh Stuart Sutcliffe, sahabat Lennon di Sekolah Seni, yang menjadi pemain bes. Sutcliffe sebenarnya tidak boleh bermain bes, namun Lennon berkeras untuk mengajaknya ikut dengan Quarrymen.

Quarrymen pertama kali merakam suara mereka dalam lagu "That'll be the Day", lagu Buddy Holly, dan "In Spite of All The Danger", sebuah instrumental ciptaan McCartney dan Harrison. Kedua-dua lagu ini, bersama lagu-lagu yang belum dikeluarkan sebelum ini, kemudian dikeluarkan secara rasmi pada tahun 1994, melalui album Anthology.

1960–1970 : The Beatles sunting

Quarrymen dalam perjalanannya beberapa kali menukar nama, dan ahlinya datang dan pergi. Band itu kemudian bernama 'The Beatles', nama yang kononnya dijumpai oleh Lennon. Allan Williams menjadi pengurus mereka, dan pada tahun 1960 beliau berjaya memperoleh kontrak dengan sebuah kelab di Hamburg. Band ini pun kemudian pergi ke Hamburg, dianggotai oleh John Lennon, Paul McCartney, George Harrison, Stuart Sutcliffe, dan Pete Best. Best adalah pemain dram mereka pada masa itu. Di Hamburg, The Beatles membuat persembahan setiap malam di kelab malam yang kotor, dan tinggal bagai peminta di penginapan kecil di dekatnya. Namun kemudian mereka telah dihantar pulang dari Hamburg, kerana George Harrison masih di bawah umur untuk bekerja di sana.

Sekembalinya ke Liverpool, mereka tampil di Cavern Club. Di kelab inilah The Beatles menjadi terkenal di Liverpool, setiap persembahan mereka selalu ramai dan panjang barisannya. Namun tak lama kemudian, di separuh akhir tahun 1961, The Beatles kembali ke Hamburg dan merakam 'My Bonnie' bersama Tony Sheridan. Stuart Sutcliffe memilih untuk tinggal di Hamburg bersama teman lelakinya, Astrid Kircherr, ketika The Beatles pulang ke Liverpool. Maka McCartney mengambil alih bes. Beberapa bulan kemudian, Sutcliffe meninggal dunia di Hamburg kerana gangguan otak.

The Beatles kembali tampil secara rutin di Cavern Club. Di kelab ini, pada November 1961, untuk pertama kalinya Brian Epstein menyaksikan penampilan band ini. Epstein adalah pemilik kedai muzik Nems di Liverpool, yang mengenali The Beatles kerana seorang pelanggannya menanyakan rakaman 'My Bonnie' yang dirakam band ini bersama Tony Sheridan. Epstein terpesona melihat penampilan The Beatles, dan kemudian menjadi pengurus band ini. Epstein menawarkan pita demo The Beatles ke studio-studio rakaman, dan berulang kali ditolak, seperti di Decca Records.

Akhirnya The Beatles diterima di Parlophone Records, label yang ada di bawah pengawasan EMI, dengan penerbitnya George Martin. Syarat yang diberikan Martin adalah menukar pemain dram mereka, Best, yang dianggap kurang bersaing. Best kemudian diganti oleh Ringo Starr (nama asalnya Richard Starkey), pemain dram asal Liverpool yang sebelum ini bergabung dengan Rory Storm & The Hurricanes. The Beatles melancarkan single 'Love Me Do' yang mencapai nombor 17 di tangga lagu Inggeris. Single mereka yang kedua, 'Please Please Me', menjadi single pertama mereka yang mencapai kedudukan teratas di carta lagu.

Kejayaan ini terus berlanjutan. Hampir semua lagu single mereka mencapai kedudukan teratas di carta lagu Inggeris, namun 'I Wanna Hold Your Hand' pada tahun 1964 adalah single pertama yang berjaya menembusi industri muzik Amerika Syarikat, sekali gus memulakan apa yang disebut sebagai 'British Invasion'. Sejak saat inilah muzik The Beatles tersebar ke seluruh dunia, meraih kejayaan di mana-mana, terkenal di setiap penjuru. Konsert mereka sentiasa dipenuhi peminat yang sangat fanatik, yang mengejar-ngejar band ini ke mana pun mereka pergi. Jeritan peminat membuat The Beatles bahkan tidak dapat mendengar suara mereka sendiri di atas pentas.

Pada tahun 1966, akhirnya The Beatles memutuskan untuk berhenti mengadakan konsert. Selain kerana begitu ramai penonton sehingga muzik mereka menjadi tidak terdengar jelas, muzik The Beatles juga telah menjadi amat berkembang sehingga tidak dapat dimainkan secara langsung dengan teknologi persembahan secara langsung pada masa itu. Keputusan ini dibuat secara meluas di dunia, yang menaruh rasa sangsi kesinambungan band ini. Namun The Beatles menjawabnya dengan album Sgt. Pepper 's Lonely Hearts Club Band pada tahun 1967, yang hingga kini masih diakui banyak kalangan sebagai salah satu album terbaik sepanjang masa.

 
John Lennon pada kulit album White Album

Setelah kematian Epstein pada tahun 1967, Lennon adalah orang yang tidak senang akan tindakan McCartney yang mengambil alih kepimpinan band itu. Ia membenci projek-projek yang dipimpin McCartney, seperti filem Magical Mystery Tour dan Let It Be. Lennon juga menjadi orang yang pertama kali melanggar perjanjian awal The Beatles, iaitu untuk tidak membawa isteri dan teman wanita pada proses rakaman, dengan membawa Yoko Ono dalam proses rakaman album White Album pada tahun 1968. Lennon juga orang yang pertama menyatakan ingin keluar dari The Beatles.

Setelah band ini dibubarkan pada tahun 1970, perseteruan antara Lennon dan McCartney terus berlanjutan. Salah satunya adalah Lennon kesal kerana McCartney mendahuluinya dalam menyatakan bubarnya The Beatles. Lennon, Harrison dan Starr juga melawan McCartney di mahkamah dalam membubarkan band ini.

1970–1980 : Kerjaya solo sunting

 
John Lennon semasa raptai pada tahun 1969

Ketika masih bergabung dengan The Beatles, Lennon (bersama Yoko Ono, isterinya) merakamkan tiga album eksperimental, Unfinished Music No. 1: Two Virgins, Unfinished Music No. 2: Life with the Lions, dan Wedding Album. Album solo pertamanya, di luar projek ketiga tersebut adalah Live Peace in Toronto 1969, dengan Plastic Ono Band. Ia juga merakamkan tiga single, tema anti-perang "Give Peace a Chance", "Cold Turkey", dan "Instant Karma". Setelah bubarnya The Beatles pada 1970, Lennon melancarkan album John Lennon/Plastic Ono Band. Lagu "God" menuliskan orang-orang dan hal-hal yang tidak dipercayai Lennon - berakhir dengan "Beatles".

Album Imagine menyusul pada tahun 1971, dan lagu dengan judul yang sama menjadi lagu tema bagi gerakan anti-agama dan anti-perang. Videonya dirakam serba putih (pakaian putih, piano putih, bilik putih). Beliau menulis "How Do You Sleep?" sebagai serangan pada McCartney, dan menampilkan George Harrison pada gitar. Namun kemudian Lennon mendakwa lagu tersebut adalah mengenai dirinya sendiri.

Sometime in New York City (1972) lantang dan secara jelas berbaur politik, dengan lagu mengenai pemberontakan di penjara, diskriminasi perkauman, peranan Inggeris terhadap Ireland Utara, dan permasalahannya sendiri dalam memperoleh Green Card di Amerika Syarikat. Lennon telah tertarik pada politik sayap kiri sejak akhir tahun 1960.

Pada tarikh 30 Ogos 1972, Lennon dan band pendukungnya, Elephant 's Memory, tampil dalam dua konsert di Madison Square Garden di New York. Ini adalah penampilan konsert penuh Lennon yang terakhir.

Lennon dan Ono sempat berpisah untuk beberapa minggu. Lennon pindah ke California, dan memulakan tempoh yang disebutnya sebagai 'lost weekend' (walaupun sebenarnya ini berlangsung kira-kira 18 minggu). Lennon mengeluarkan Mind Games pada tahun 1973, yang dikreditkan pada "The Plastic U.F. Ono Band". Ini juga album solo pertama yang dihasilkan Lennon tanpa input daripada Yoko. Lennon menulis "I'm the Greatest" untuk album Ringo Starr, 'Ringo', dan merakam versinya sendiri daripada lagu itu (yang terdapat pada album 'John Lennon Anthology'). Perilaku Lennon pada masa ini sangat buruk, dengan banyak malam dihabiskan di tempat pemabuk. Lagu-lagu dalam tempoh ini terdapat pada Mind Games dan Walls and Bridges memuatkan nada meminta maaf yang sepertinya ditujukan pada Ono. Dari cadangan Ono, Lennon mengambil May Pang sebagai pembantu dan kekasihnya pada masa ini.

Lennon tampil sebagai tetamu kejutan pada konsert Elton John di Madison Square Garden di mana mereka menampilkan "Lucy in the Sky with Diamonds", "Whatever Gets You Thru The Night", dan "I Saw Her Standing There" bersama. Ini adalah penampilan konsert terakhirnya di hadapan penonton rock. Kebetulan, Yoko Ono hadir pada konsert itu, dan selepas pertemuan di belakang panggung, kedua-duanya kembali bersama. Selepas penampilan itu, Lennon pergi ke Florida dan menandatangani pembubaran The Beatles secara undang-undang. Kemudian Lennon kembali tinggal bersama Yoko Ono, dan Ono hamil dengan anak pertama mereka.

Pada tahun 1975, Lennon melancarkan album Rock 'n' Roll, yang mengandungi versi cover dari lagu-lagu artis lain. Album ini tidak diterima dengan baik oleh banyak pengkritik, namun memuatkan sebuah lagu yang banyak dipuji, "Stand By Me". David Bowie memperoleh kedudukan nombor satu di carta lagu Amerika Syarikatnya yang pertama (pada tahun 1975) dengan lagu "Fame", yang juga ditulis oleh Lennon (yang juga mengisi vokal dan gitar) dan Carlos Alomar.

Lennon tampil pada penampilan muzikal umumnya yang terakhir di ATV, 18 April 1975, menampilkan "Imagine" dan "Slippin 'and Slidin" dari LP Rock' n 'Roll. Dan pada 9 Oktober 1975 - ulang tahun Lennon yang ke-35 - anaknya Sean Taro Ono Lennon lahir, dan Lennon pun berhenti dari perniagaan muzik untuk merawatnya.

Masa rehat Lennon berakhir pada tahun 1980, tahun di mana ia menulis banyak lagu saat bercuti ke Bermuda, dan mula berfikir untuk merakamkan album baru. Lennon dan Ono pun akhirnya menghasilkan album Double Fantasy, album konsep yang fokus pada hubungan mereka. Nama album ini diinspirasikan daripada spesies yang dilihat Lennon di Bermuda Botanical Gardens; ia menyukai nama itu dan berfikir bahawa itu adalah keterangan yang sempurna bagi perkahwinannya dengan Ono.

Pasangan Lennon memulakan kembali wawancara dan rakaman video untuk mempromosikan album itu. Walaupun Lennon berkata pada wawancara bahawa ia tidak pernah menyentuh gitar selama 5 tahun, beberapa lagu seperti "I'm Losing You" dan "Watching the Wheels" disempurnakan di rumahnya. "(Just Like) Starting Over" pun mendaki carta lagu, dan Lennon mula berfikir tentang jelajah seluruh dunia.

8 Disember 1980: Kematian sunting

Lennon ditembak mati oleh Mark David Chapman di luar bangunan pangsapuri Manhattan milik Lennon di Bandar Raya New York pada 8 Disember 1980.

Pada 7 Ogos 2010, isterinya Yoko Ono (77 tahun) membantah parol diberi kepada pembunuh suaminya kerana percaya tertuduh masih menjadi potensi ancaman. Yoko Ono berbincang dengan Persatuan Pengkritik Televisyen. PBS akan mengeluarkan dokumentari tentang keluarga dan kehidupan Lennon di New York pada 1970-an.

Pada 28 Ogos 2012, Mahkamah New York sekali lagi menolak rayuan pembebasan daripada Mark David Chapman kali ke-7. Hakim dan para panel masih sangsi dengan rekod cacatan kelakuan baik Chapman di penjara, program yang disertai, prestasi pendidikan, rasa penyesalan, penilaian risiko dan surat sokongan yang dibuat .[1][2]

Kehidupan peribadi sunting

Cynthia dan Julian Lennon sunting

Lennon meninggal dunia kerana menghina Tuhan menerusi lagu Imagine adalah lagu freemanson John Lennon illuminati Cynthia Powell bertemu Lennon di Liverpool Art College pada tahun 1957. Setelah mendengar komen Lennon yang lebih menyukai gadis yang berpenampilan seperti Brigitte Bardot, Powell menukar warna rambutnya menjadi perang. Hubungan mereka bermula dari pesta kolej sebelum cuti musim panas ketika Lennon mengajak Cynthia pergi ke pub bersamanya. Pada masa itu, Cynthia telah terlibat dengan lelaki lain, fakta yang membuat ia menolak ketika Lennon mengajaknya menari. Lennon menjawab, "Aku tidak meminta kamu untuk menikahiku, kan?" Walaupun Lennon mengabaikan Cynthia selama sisa waktu pesta itu, Lennon mengajaknya berbicara ketika Cyn akan pulang, meraih tangannya dan membawanya ke bilik yang disewa Stuart Sutcliffe, di mana mereka menjalin hubungan seks.

Kecemburuan Lennon seringkali mengakibatkan munculnya sikap agresif dan kejamnya terhadap Cynthia, seperti ketika Lennon menghentakkan kepala Cyn ke dinding selepas melihat Cynthia menari dengan Stuart Sutcliffe. Cynthia putus dengan Lennon selama tiga bulan, namun hubungan mereka disambung semula selepas Lennon meminta maaf. Cyntiha melawat Lennon di Hamburg selama dua minggu pada tahun 1960, namun pada tahun 1961 Lennon meninggalkannya di rumah dan pergi bercuti ke Paris dengan McCartney.

Pada pertengahan tahun 1962, Cynthia menyedari bahawa ia hamil. Lennon melamarnya, namun ketika ia memberitahu ibu saudaranya Mimi Smith, ia menjerit pada Lennon untuk tidak melakukannya. Lennon dan Cynthia berkahwin pada tarikh 23 Ogos 1962 di Mount Pleasant Register Office di Liverpool. Mimi tidak menghadiri upacara itu.

Pada 8 April 1963, John Charles Julian Lennon lahir di Sefton General Hospital. John tidak melihat Julian hingga seminggu setelah ia lahir, kerana komitmennya bersama The Beatles. Kelahiran anak lelaki John dan perkahwinannya dengan Cynthia dirahsiakan dari umum, kerana pemikiran Brian Epstein bahawa kewujudan mereka dapat mengganggu imej John di depan peminat Beatles.

Menurut Cynthia, pada wawancara tahun 1995, ada masalah-masalah dalam perkahwinan mereka kerana tekanan akibat kemasyhuran The Beatles dan jelajah yang terus menerus, serta Lennon yang semakin sering menggunakan ubat-ubatan. Pernikahan mereka ada di hujung tanduk ketika Cynthia kembali dari percutian di Greece dengan teman-temannya, dan melihat John dan Yoko ada di tempat tidur bersama. John tidak mempersoalkan perkara itu, namun ketika Cynthia meninggalkan tempat itu, John menelefonnya dan berkata "Aku tidak mengerti kenapa kamu pergi". Akhir perkahwinan mereka adalah ketika John menolak pergi untuk percutian keluarga, dan kemudian tampil di akhbar, menerbitkan hubungannya dnegan Yoko.

Hubungan Lennon dengan Julian semakin berjauhan. Julian malahan lebih merasa dekat dengan McCartney berbanding dengan ayahnya sendiri. Lennon muda kemudian berkata, "Aku tidak pernah ingin tahu kenyataan tentang bagaimana ayahku bersamaku. Beberapa omongan buruk dikatakannya tentang aku .. seperti ketika dia berkata aku keluar dari botol whiskey di malam Ahad. Hal-hal tentang itu. Menurutmu, di manakah cinta pada kata-kata itu? Paul dan aku cukup sering pergi bersama-sama ... lebih sering daripada ayahku. Kami mempunyai persahabatan yang baik, dan sepertinya ada lebih banyak gambarku dan Paul bermain bersama pada masa itu daripada gambarku dan ayahku."

Ketika Lennon pindah ke New York pada tahun 1971, Julian tidak melihatnya hingga 1973. Dengan didorong May Pang, akhirnya Julian pergi melawat John dan May di Los Angeles. Sejak saat itu, Julian mula bertemu ayahnya secara rutin, dan bermain drum pada "Ya Ya" dari album Lennon, Walls and Bridges. Lennon juga membelikan Julian sebuah gitar pada ulang tahunnya yang ke-11 pada tahun 1974 dan menggalakkan minatnya dalam muzik.

Lennon pernah berkata, "Sean adalah anak yang direncanakan, dan hal itu membuat banyak perbezaan. Cintaku pada Julian sebagai seorang kanak-kanak tidak kurang daripada Sean. Ia tetap anakku, tak peduli apakah ia keluar dari botol whiskey atau kerana ketika itu tidak ada pil. Ia ada di sini, ia milikku, dan ia selalu begitu. "

Anak kedua Lennon melibatkan diri dalam kerjaya muzik selepas kematiannya.

Yoko Ono sunting

 
Lennon dan Yoko Ono pada 1980

Pada tanggal 9 November 1966, selepas jelajah The Beatles yang terakhir, dan selepas Lennon menyelesaikan rakaman filem How I Won the War, Lennon melawat pameran seni Yoko Ono di Indica Gallery, di Masons's Yard, London. Lennon memulakan hubungannya dengan Ono di bulan Mei 1968 setelah kembali dari India. Cynthia memfailkan cerai beberapa bulan kemudian, berdasarkan pada perselingkuhan Lennon dengan Ono. Lennon dan Ono menjadi tak dapat dipisahkan, bahkan ketika sesi-sesi rakaman The Beatles.

Media massa bersikap kurang baik pada Ono - menulis artikel-artikel yang memalukannya, dengan beberapa nada rasis - dan menyebut dia 'hodoh'. Lennon yang marah, berkata bahawa tidak ada John dan Yoko, namun mereka adalah satu orang; 'JohnandYoko'. Kehadiran Ono setiap hari di studio membuat suasana intern The Beatles pada masa rakaman album White Album pada tahun 1968 semakin panas.

Pada akhir tahun 1968, Lennon dan Ono tampil dengan nama 'Dirty mac' pada Roll and Roll Circus Rolling Stones. Selama dua tahun terakhir Lennon bersama The Beatles, ia menghabiskan sebahagian besar waktunya bersama Ono, mengikuti portes-protes awam menentang Perang Vietnam. Lennon menghantar kembali pingat MBEnya, yang diberikan Ratu Elizabeth pada tahun 1965, sebagai bentuk protes atas penglibatan Inggeris pada perang di Nigeria, serta sokongan negara tersebut pada Perang Vietnam.

Pada 20 Mac 1969, Lennon dan Ono berkahwin di Gibraltar, dan menghabiskan bulan madu mereka di Amsterdam pada acara yang dinamakan '"Bed-In" for peace'. Di belakang tempat tidur mereka terdapat poster-poster yang bertulis "Hair Peace. Bed Peace." Mereka menggelar aksi itu kembali di Montreal, di mana kedua-duanya, bersama pemuzik-pemuzik lain, merakam "Give Peace a Chance", lagu yang kemudian menjadi salah satu lagu tema pergerakan untuk perdamaian. Beberapa saat selepas perkahwinannya, Lennon menukar namanya menjadi John Winston Ono Lennon. Ia juga menulis lagu "[The Ballad of John and Yoko]", yang menceritakan tentang perkahwinan mereka. Lagu itu dirakam bersama McCartney.

May Pang sunting

 
May Pang

Pada tahun 1973, Yoko mendekati May Pang, pembantu peribadi mereka, meminta Pang untuk "bersama-sama dengan John, membantunya, dan memastikan ia mendapatkan apa yang ia inginkan". Yoko kemudian mengusir Lennon keluar dari rumah. Lennon dan Pang pindah ke Los Angeles - tempoh yang sering disebut sebagai "the lost weekend", walau masa ini berlangsung hingga awal tahun 1975. Selama masa ini, Pang mendorong Lennon untuk menghabiskan masa lebih banyak dengan anak lelakinya, Julian Lennon. Pang juga menjalin persahabatan yang baik dengan Cynthia Lennon.

Setelah tiba di Hollywood, Lennon bergabung kembali bersama penerbit Phil Spector dan mulai menggarap LP Rock 'n' Roll. Pada masa ini, Lennon juga sering mabuk dan berpesta bersama teman-temannya, di antaranya Harry Nilsson, Keith Moon, Ringo Starr, Alice Cooper, Micky Dolenz dan teman-teman mereka yang lain.

Lennon kembali ke pelukan Yoko Ono pada awal tahun 1975.

Sean Lennon sunting

Apabila Lennon dan Ono telah bersatu semula, beliau disahkan hamil, tetapi setelah sebelum ini mengalami tiga keguguran dalam usahanya untuk mempunyai anak bersama Lennon, beliau berkata, mahu pengguguran. Beliau bersetuju untuk membolehkan kehamilan untuk terus dengan syarat Lennon mengamalkan peranan surirumah; dia bersetuju untuk lakukan. Sean dilahirkan pada 9 Oktober 1975, hari lahir ke-35 Lennon, dihantar melalui pembedahan. Perehatan kerjaya Lennon seterusnya akan merangkumi lima tahun. Beliau mempunyai seorang jurugambar mengambil gambar Sean setiap hari tahun pertama, dan mencipta pelbagai lukisan untuknya, selepas kematian diterbitkan sebagai Real Love: The Dawings for Sean. Lennon kemudian dengan bangganya berkata: "Ia tidak keluar dari perut saya tetapi, demi Tuhan, saya membuat tulang-tulangnya, kerana saya pernah belajar untuk setiap hidangan, dan bagaimana dia tidur, dan hakikat bahawa dia berenang seperti ikan."

Kemasyhuran sunting

Pada tahun 2023, Lennon mendapat tempat kelapan dalam sebuah tinjauan pendapat untuk 100 Tokoh British Yang Teragung yang dijalankan oleh BBC di United Kingdom.

Diskografi sunting

  • Unfinished Music No. 1: Two Virgins (bersama Yoko Ono) (1968)
  • Unfinished Music No. 2: Life with the Lions (bersama Yoko Ono) (1969)
  • Wedding Album (with Yoko Ono) (1969)
  • John Lennon/Plastic Ono Band (1970)
  • Imagine (1971)
  • Some Time in New York City (bersama Yoko Ono) (1972)
  • Mind Games (1973)
  • Walls and Bridges (1974)
  • Rock 'n' Roll (1975)
  • Double Fantasy (bersama Yoko Ono) (1980)
  • Milk and Honey (bersama Yoko Ono) (1984)

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1964 A Hard Day's Night Dirinya sendiri
1965 Help! Dirinya sendiri
1967 How I Won the War Gripweed
1967 Magical Mystery Tour Dirinya sendiri / Jurujual Tiket / Ahli silap mata Juga pencerita suara latar, penulis dan pengarah
1968 Yellow Submarine Dirinya sendiri Cameo pada babak akhir
1968 Two Virgins Filem Pendek
1970 Apotheosis Filem Pendek
1970 Let It Be Dirinya sendiri Dokumentari (penerbit eksekutif - sebagai The Beatles)

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1965–1966 Not Only... But Also Tetamu Episode: "Episode #1.1 (1965) & Christmas Special (1966)"

Bibliografi sunting

Rujukan sunting

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting