John F. Stossel (lahir 6 Mac 1947) ialah pemberita pengguna Amerika, serta juga wartawan siasatan, penulis, penulis ruang pendukung kebebasan, dan bekas Penyampai berita bersama untuk pertunjukan ABC News, 20/20.[1] Beliau telah memenangi 19 Anugerah Emmy,[2] dan juga dianugerahkan ijazah kedoktoran kehormat Diarkibkan 2011-05-04 di Wayback Machine oleh Universidad Francisco Marroquín.

John Stossel
Kelahiran (1947-03-06) 6 Mac 1947 (umur 77)
PendidikanB.A. dalam psikologi, Princeton University (1969)
PekerjaanWartawan, penulis, penulis ruang, dan pemberita
PasanganEllen Abrams

Biografi ringkas sunting

Dilahirkan di Chicago Heights, Illinois, Amerika Syarikat, Stossel memulakan kerjaya kewartawanannya sebagai penyelidik untuk KGW-TV dan kemudian menjadi pemberita pengguna di WCBS-TV di Bandaraya New York sebelum menyertai ABC News sebagai penyunting pengguna untuk Good Morning America. Beliau kemudian menjadi wartawan berita di ABC News dan mengacara program majalah berita mingguan, 20/20. Dalam kerjaya pemberitanya selama berdekad-dekad, Stossel telah menerima banyak anugerah dan kurniaan. Beliau juga menulis dua buah buku yang berjudul Give Me a Break, dan Myths, Lies, and Downright Stupidity.

Stossel mengamalkan kewartawanan bela, dengan beliau seringnya mencabar "kebijaksanaan lazim".[3] Laporannya, satu campuran ulasan dan laporan, membayangkan falsafah politik pendukung kebebasan, dengan pandangan ekonominya menyokong pasaran bebas pada dasarnya.[4] ABC News dilaporkan mempercayai bahawa "pelaporan [Stossel] yang bertentangan dengan media utama menawarkan rangkaian [ABC] dengan sesuatu yang segar dan berbeza ... [tetapi] mengakibatkannya menjadi sasaran kepada kumpulan yang disinggungnya".[5] Pada September 2009, Stossel diumumkan akan meninggalkan ABC News untuk menyertai Fox News Channel dan Fox Business Network.[6]

Stossel tinggal di Bandaraya New York dengan isterinya, Ellen Abrams, bersama-sama dengan dua orang anak yang sudah besar.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ Stossel, John (2007-02-27). "Excerpt: John Stossel's 'Give Me a Break'". ABC News. Dicapai pada 2007-04-13.
  2. ^ Myths, Lies, and Downright Stupidity. Fraser Institute. Posted July 3, 2006. Retrieved July 21, 2009.
  3. ^ "Columns by John Stossel". Townhall.com. Dicapai pada 2007-09-24.
  4. ^ "Interview with John Stossel Diarkibkan 2020-05-31 di Wayback Machine" at Francisco Marroquin University. Guatemala, January 2008
  5. ^ "Apology Highlights ABC Reporter's Contrarian Image". NY Times. August 14, 2000. Dicapai pada 2007-12-12. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  6. ^ Ariens, Chris (2009-09-10) "John Stossel Leaving ABC For Fox" Diarkibkan 2010-09-08 di Wayback Machine, Mediabistro.com. Retrieved on 2009-09-10.
  7. ^ "John Stossel Biography". HarperCollins. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-30. Dicapai pada 2007-09-24.

Pautan luar sunting