Johor fc, merupakan salah sebuah kelab bola sepak yang berada di selatan tanah air semenanjung Malaysia. Kelab ini kini berada dalam Liga Super, iaitu liga tahap pertama dalam Liga Malaysia. Bermula musim 2013, pasukan ini dikenali sebagai Johor Darul Takzim FC selepas pasukan ini diambilalih oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Johor FC
Fail:Kelantan FC.jpg
Nama penuhKelab Bola Sepak Johor FC
GelaranSang Lebah Orange
Diasaskan1972 sebagai PKENJ F.C.
StadiumStadium JCorp Pasir Gudang,
Johor Bahru,Johor
(Kapasiti: 15,000)
PengerusiAhmad Mohamad
PengurusMalaysia Wan Mohd Nizam Wan Omar
JurulatihMalaysia Devan A/L Kuppusamy / Sazali Saoidon
LigaLiga Super Malaysia
2012Ke-4
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan

Sejarah sunting

Kelab Bola sepak Johor (dahulunya PKENJ FC) telah ditubuhkan pada tahun 1972 di bawah Biro Sukan Persatuan Rekreasi Anggota pekerja PKENJ. Mula menyertai pertandingan bolasepak dalam Liga PBJB dan memenanganinya hampir setiap tahun.

Pada tahun 1988 pasukan PKENJ telah layak bertanding dalam Piala FAM. Seterusnya menjadi Juara Piala FAM tahun 1994 dan 1995, Naib Juara pada tahun 1996. Dinaikkan pangkat untuk bermain dalam Liga Perdana 2 pada tahun 1997 hingga 2001. Menjadi Juara Liga Perdana 2 pada tahun 2001 dan seterusnya layak bermain dalam Liga Perdana 1 pada tahun 2002 dan 2003. Johor FC menjadi antara pasukan kelab terhebat di Malaysia yang menduduki tempat ke-4 dalam Liga Super musim 2007-2008 dan melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2008.

Di antara pemain utama yang bermain untuk Johor FC ialah bekas pemain kebangsaan, Wan Rohaimi Wan Ismail, Eddy Helmi Abd Manan, Hamzani Omar dan Sumardi Hajalan (Kesemua mereka merupakan bekas pemain bawah 23 tahun kebangsaan).

Antara pemain import yang menyerlah bersama mereka antaranya:

  1. Jonathan Ben Angelucci (  Australia)
  2. Walter Andrian Silva (  Argentina)
  3. Gustavo Fuentes (  Argentina)
  4. Moses Mondororou (  Cameroon)
  5. Ante Juric (  Australia)
  6. Aytek Genc (  Australia)

Sementara itu, Raul Carizzo jurulatih yang berasal dari Australia merupakan arkitek utama kebangkitan Johor FC ketika dizaman Piala FAM dimana beliau dapat membentuk skuad yang dianggap pelapis kepada skuad utama negeri Johor (Johor FA).

Rekod Kelab sunting

  1. 1988 - Menjuarai Piala Sultan Johor dan layak bertanding dalam Piala FAM
  2. 1994 - Juara Piala FAM
  3. 1995 - Juara Piala FAM
  4. 1996 - Naib Juara Piala FAM
  5. 1997 - Juara Liga Perdana 2, Kelab pertama yang bermain dalam Liga Perdana
  6. 1998 - Tempat ke 5 dalam Liga Perdana 2 , Layak ke pusingan kedua Piala FA
  7. 1999 - Tempat ke 3 Liga Perdana 2 , Pusingan pertama Piala FA
  8. 2000 - Tempat ke 3 dalam Liga Perdana 2, Pusingan pertama Piala FA, Pasukan kelab pertama layak ke suku akhir Piala Malaysia
  9. 2001 - Juara Perdana 2 dan dinaikkan ke Liga Perdana 1, Layak ke suku akhir Piala FA
  10. 2002 - Menduduki tempat ke 6 dalam Liga Perdana 1, Layak ke pusingan kedua Piala FA
  11. 2003 - Menduduki tempat ke 7 dalam Liga Perdana 1, Layak ke suku akhir Piala FA dan Piala Malaysia
  12. 2004 - Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kump A, Menduduki tempat ke 4 Kumpulan D Piala Malaysia, Layak ke suku akhir Piala FA
  13. 2005 - Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kumpulan B, Pusingan pertama Piala FA dan menduduki tempat ke 4 kumpulan C Piala Malaysia
  14. 2005/06 - Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kumpulan B, Pusingan pertama Piala FA dan menduduki tempat ke 4 kumpulan B Piala Malaysia.
  15. Layak ke Liga Super 2006/07.
  16. 2008 - Menduduki tempat ke 4 dalam Liga Super dan layak ke separuh akhir Piala Malaysia.
    [perlu rujukan] dari tahun 2009 hingga 2012.

Pengurus sunting

Tahun Pengurus
2012-   Wan Nizam Wan Omar
2006-2011   Mohd Faizal Abdullah
1999-2005   Haji Mohd Tamyes Abdul Rahim

Jurulatih sunting

Tahun Jurulatih
2012   Sazali Saidon
Jan - April 2012   K.Devan
2011   Azuan Zain
2005-2010   Ramlan Rashid
2005   Raul Carrizo
2000-2001   Bruce Stowell
1999   Ron Smith

Rujukan sunting

Pautan luar sunting