Johor Lama ialah sebuah kampung yang terletaknya di tebing Sungai Johor di Daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Sejak kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511, ia menjadi ibu kota diraja sultan-sultan Johor sehingga dimusnahkan oleh pihak Portugis pada tahun 1587.

Johor Lama
Masjid Jamek Johor Lama

Latar belakang sunting

Kampung Johor Lama kini merupakan sebuah perkampungan yang mengandungi sebuah sekolah rendah, sebuah masjid, sebuah muzium yang dinamakan Muzium Johor Lama dan di sini juga terdapat rumah-rumah inap desa yang diusahakan oleh penduduk kampung. Kampung Johor Lama ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas. Aktiviti utama penduduk di sini ialah menangkap ikan yang dapat dilihat dengan keberadaan 3 buah jeti nelayan yang dilihat di tebing sungai Johor sepanjang kampung ini.

Cara jalan pergi ke Johor Lama sunting

Pelancong yang datang dari Johor Bahru boleh menggunakan Lebuhraya Tebrau dan jaraknya ialah 42km untuk sampai ke Kota Tinggi. Dari Kota Tinggi, ikut arah jalan ke Desaru, lebih kurang 20 minit perjalanan, akan dapat dilihat papan tanda Telok Sengat. Ikut arah ke Telok Sengat. Setelah 10 minit meneruskan perjalanan, akan dijumpa papan tanda Kg Johor Lama. Ikut arah ini. Dalam 5 minit, pelawat akan sampai ke Kampung Johor Lama dan pelawat akan berada di tebing Sungai Johor.