Jordan Romero (lahir 12 Julai 1996 di Big Bear, California) ialah seorang pendaki gunung A.S. yang menjadi pendaki termuda (13 tahun 10 bulan) Gunung Everest, Banjaran Himalaya pada 22 Mei 2010.[1]

Puncak Everest setinggi 8,850 meter di atas paras laut. Temba Tsheri dari Nepal pernah mendaki gunung ini pada usia 16 tahun pada tahun 2001 dan kehilangan lima jari tangan akibat fros yang terlalu sejuk. Ming Kipa gadis berumur 15 tahun dari Nepal mendaki gunung itu pada 2003.

Sebelum ini, pada usia 10 tahun Jordan Romero mendaki Gunung Kilimanjaro, Tanzania benua Afrika. Selain itu mendaki Gunung Elbrus di Rusia, Gunung Aconcagua di Argentina, Gunung McKinley di Alaska, Amerika Syarikat, dan Puncak Jaya di Indonesia.

Beliau mendapat inspirasi daripada lukisan 7 puncak gunung di sekolahnya. Pasukan Jordan termasuklah bapanya, ibu tiri Paul Romero, Karen Lundgren dan tiga pemandu sherpa Ang, Dawa and Kharma. Jordan mendaki Everest dari laluan Tibet, China menggunakan pengesan GPS secara dalam talian.[2]

Bantahan sunting

Beberapa pihak mempertikaikan kekuatan fizikal dan mental remaja ini menggadai nyawa untuk untuk menggapai puncak Everest. Bantahan diterima dari British Mountaineering Council dan Hugh Montgomery, Profesor di Intensive Care Medicine di UCL. Pendaki berhadapan defisit neurologi dan amnesia akibat altitud tinggi. Imbasan MRI mendapati otak kecut selepas mendaki Everest.[3]

Seramai 4000 pendaki telah berjaya menjejakkan kaki di 'bumbung dunia' itu.

Rujukan sunting

  1. ^ "Jordan Romero, 13, 'becomes youngest to scale Everest'". BBC. 22 Mei 2010.
  2. ^ Remaja AS pendaki termuda tawan Everest Diarkibkan 2010-05-26 di Wayback Machine Berita Harian
  3. ^ Should a teenager be climbing Mount Everest? Guardian