Joule per mol, J·mol-1, ialah satu unit terbitan SI bagi tenaga per jumlah bahan. Tenaga diukur dalam unit joule, dan jumlah bahan dikira dalam mol.

Jumlah fizikal yang diukur dalam unit J·mol-1 biasanya menggambarkan jumlah tenaga yang dipindahkan sewaktu peralihan fasa atau tindak balas kimia. Pembahagian dengan jumlah mol membolehkan perbadingan antara proses-proses yang melibatkan jumlah bahan yang berbeza, dan antara proses sama yang melibatkan bahan-bahan berbeza. Maksud kuantiti sebegini biasanya mengikut konteks dan, terutamanya bagi tindak balas kimia, bergantung kepada takrifan 'mol' dalam satu proses tertentu.

Bagi kemudahan dan kerana julat magnitud yang terlibat, kuantiti-kuantiti ini biasanya dinyatakan dalam kJ·mol-1 dan bukannya J·mol-1. Misalnya, haba pelakuran dan pengewapan adalah sekitar 10 kJ·mol-1, tenaga pengikatan pula adalah di tahap 100 kJ·mol-1, dan tenaga pengionan adalah di tahap 1,000 kJ·mol-1.

1 kJ·mol-1 bersamaan dengan 0.239 kcal·mol-1 ataupun 1.04 × 10-2 eV setiap zarah. Pada suhu bilik (25 °C, 77 °F, or 298.15 K), 1 kJ·mol-1 bersamaan dengan 0.4034 kBT.

Lihat juga sunting