Julia ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia yang disiarkan di slot Akasia TV3 yang bermula 24 September 2012 menggantikan drama bersiri Kau Yang Terindah. [1]

Julia
GenreDrama
Cinta
Konflik
Ditulis olehSofia J Rhyland
PengarahJamal Khan
Dibintangi oleh
Nabila Huda
Fizo Omar
Izreen Azminda
Iqram Dinzly
Azlee Khairi
Fauziah Gous
Lagu pembukaanSudah Cukup Sudah oleh Nirwana Band
Lagu penutupSudah Cukup Sudah oleh Nirwana Band
Negara asal Malaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
PenerbitJalena Rejab
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Primeworks Studio
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal24 September 2012 – 8 November 2012
Kronologi
MengikutiKau Yang Terindah
Diikuti olehCinta Itu Milikku
Pautan luar
TV3 Laman sesawang

Sinopsis sunting

Templat:Spoiler Drama Julia mengisahkan cinta tragis di antara Julia dan Amir yag bermula semenjak di alam universiti. Kisah bermula apabila Amir (Fizo Omar) telah dikecewakan oleh gadis bernama Sofia (Izreen Azminda) dan suratan itu telah menemukan hati Amir kepada Julia (Nabila Huda).

Amir dan Julia bagaikan melengkapi antara satu sama lain. Selepas tamat pengajian, mereka berdua kembali ke Malaysia dan Amir mula bekerja di Kuala Lumpur manakala Julia bekerja di Teluk Intan. Walaupun masing-masing telah bekerjaya namun Amir masih tidak mahu mendirikan rumahtangga kerana mahu membalas jasa kedua orang tuanya dahulu dan memenuhi impiannya.

Hubungan jarak jauh memberi tekanan kepada Julia tambahan pula kini Sofia muncul kembali dalam hidup Amir sebagai rakan sekerja. Setiap kali Julia mengajukan soalan perkahwinan kepada Amir pasti kekasihnya itu akan memberi pelbagai alasan. Bagi Julia, Sofia merupakan punca Amir menangguh perkahwinan mereka. Julia menganggap hubungannya dengan Amir tiada jodoh lantas dia mengkhianati hubungan 8 tahun bersama Amir dengan menerima Azwan (Azlee Khairi) sebagai suaminya.

Amir sangat kecewa dengan keputusan Julia dan semenjak dari itu dia semakin menumpu kepada kerjayanya sahaja. Dalam pada yang sama, Sofia memulakan langkah untuk menawan semula hati Amir. Kehidupan Amir mula berubah. Dia sering menghabiskan masa di kelab eksekutif dan mula membayar cinta seorang demi seorang untuk menjadi temannya.

Amir sering mendapat nota yang mempunyai kata-kata semangat dari seorang yang tidak dikenali. Tetapi lama-kelamaan Amir mendapati bahawa Nurain (Fouziah Gous) seorang pembekal bunga di syarikatnya yang menghantar nota-nota itu. Amir mula berkawan dengan Nurain. Sementara itu, Julia telah bercerai dengan Azwan. Mengapa Julia diceraikan? Adakah selepas bercerai, Julia akan kembali semula kepada Amir? Di antara Sofia, Julia dan Nurain, siapakah yang bakal menjadi penyeri hidup Amir?

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Budiey (27 September 2012) Sinopsis Drama Bersiri Julia TV3 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 16 September 2021.
TV3: Slot Akasia, Isnin–Khamis, 7.00 petang
Sebelumnya Julia Berikutnya
Kau Yang Terindah Cinta Itu Milikku