Juno (kapal angkasa)

Juno (Jawi: جونو) adalah misi Perbatasan Baru NASA ke Musytari. Ia pada awalnya dicadangkan untuk pelancaran pada Jun 2009, dengan kos sebanyak AS$700 juta. Kekangan belanjawan bagaimanapun menunda misi ini ke Ogos 2011, dengan kos dijangka mencecah $1.1 bilion keseluruhannya.[3] Juno akhirnya dilancarkan daripada Pusat Angkasa Kennedy pada 5 Ogos 2011.[4]

Juno
Juno di Musytari
Konsep artis Juno di Musytari
PengendaliNASA
Kontraktor utamaLockheed Martin Corporation
Jenis misiPengorbit
Lintas terbangBumi
Satelit kepadaMusytari
Tarikh Masuk OrbitOgos 2016[1]
Orbit33
Tarikh Berlepas05 Ogos 2011 (2011-08-05)[1]
Kenderaan PelancarAtlas V 551 (AV-029)
Kawasan PelancaranSLC-41, Cape Canaveral, Florida
Tempoh misi6 tahun Bumi (perjalanan: 5 tahun, sains: 1 tahun)
ID COSPARJUNO
Laman webSWRI, NASA
Jisim3,625 kilogram (7,992 lb)[1]
BateriDua 55 amp/jam Li-ion[2]
Unsur orbital
KeadaanKutub
Periapsis4,300 kilometer (2,700 bt)
Peralatan
Peralatan utamaMWR, JIRAM, FGM, ASC, JADE, JEDI, WAVES, UVS, JunoCam
Peleraian pengimejan(JunoCam) 15 kilometer / piksel

Kapal angkasa itu akan diletakkan di orbit kutub untuk mengkajikan komposisi, medan graviti, medan magnet dan magnetosfera kutub Musytari. Juno akan juga mengkaji angin Musytari dan mencari untuk petunjuk bagaimana Musytari terbentuk. Soalan-soalan khusus yang berkaitan dengan asal planet dalam Sistem Suria termasuklah sama ada Musytari mempunyai teras batu-bata, kehadiran air dalam atmosfera, dan bagaimana jisim planet itu teragih.

Juno menjadi misi Musytari pertama yang menggunakan panel suria berbanding penjana termoelektrik radioisotop (RTG) yang digunakan Pioneer 10, Pioneer 11, program Voyager, Cassini–Huygens dan Galileo. Walaupun ketika dalam orbit Musytari Juno akan cuma mendapat 4% cahaya matahari berbanding di Bumi,[2] kemajuan teknologi dan kecekapan sel suria dekad-dekad kebelakangan ini menjadikan panel suria dengan saiz praktikal sesuatu yang mungkin sebagai sumber kuasa di jarak sejauh 5 AU daripada Matahari.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Juno Mission to Jupiter" (PDF). NASA. 04/09. m/s. 2. Dicapai pada 5 April 2011. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ a b "Juno Spacecraft Information – Power Distribution". Spaceflight 101. 2011. Dicapai pada 6 Ogos 2011.
  3. ^ Cureton, Emily Jo (June 9, 2011). "Scientist with area ties to study Jupiter up close and personal". Big Bend Now. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-25. Dicapai pada July 17, 2011.
  4. ^ Marcia Dunn. "NASA probe blasts off for Jupiter after launch-pad snags". MSN.

Pautan luar sunting