Jus soli (bahasa Latin bagi "hak untuk kawasan") atau kewarganegaraan hak lahir bermaksud hak kerakyatan sama rata iaitu taraf kerakyatan yang diberi berdasarkan tempat kelahiran tanpa mengira bangsa dan keturunan. [1] Menjelangnya abad kesembilan belas, negara telah mula terbahagi kepada mereka yang mempunyai kerakyatan terhadap tanahnya mengikut jus soli (Perancis, contohnya) dan memiliki tanahnya mengikut jus sanguinis (hak darah) (Jerman, contohnya). Walau bagaimanapun, kebanyakan negara Eropah menerima konsep Jerman sebagai "kenegaraan objektif", berdasarkan darah, bangsa atau bahasa (seperti takrifan klasik Fichte bagi sebuah negara), membuatkan mereka bertentangan dengan ahli republik Ernest Renan yang mencadangkan "kenegaraan subjektif", berdasarkan pungutan suara harian bagi perlengkapan tanah airnya. Konsep bagi kenegaraan yang tidak penting ini membolehkan pelaksaan jus soli, menentang kepada jus sanguinis. Walau bagaimanapun, dengan penambahan pelarian masa kini telah mengkaburkan beza antara keduanya.

Perundangan negara tertentu sunting

Jus soli adalah biasa digunakan di negara maju yang berhasrat untuk meningkatkan warganegara mereka, begitu juga negara di Hemisfera Barat yang menginginkan pertambahan penduduk melalui penempatan. Ia juga dipraktikkan di sesetengah negara membangun, terutamanya di Pakistan. Sesetengah negara yang menggunakan jus soli termasuklah:

Pengubahsuaian jus soli sunting

Dalam sesetengah negara, permohonan automatik jus soli telah diubah kepada sistem yang meletakkan beberapa keperluan bagi anak-anak yang ibu bapanya merupakan rakyat asing, seperti ibu bapa adalah mustautin atau tinggal di negara tersebut buat masa yang lama. Jus soli telah diubah di negara-negara berikut:

Undang-undang kewarganegaraan Jerman telah berubah pada 1 Januari 2000 untuk memperkenalkan konsep jus soli yang diubahsuai. Sebelum itu, undang-undang mereka berlandaskan jus sanguinis.

Pengubahsuaian jus soli telah dikritik kerana menyumbang masalah global tidak berwarganegara, termasuk mencipta kelas sosial yang tidak dapat diletakkan dalam kelas sedia ada serta banyak lagi cabaran seperti yang berlaku di Australia. Di sana, kanak-kanak harus berumur sepuluh tahun sebelum mereka dilayan setara di mata undang-undang.

Pada pihak yang lain pula, bagi tempat seperti di Amerika Syarikat, jus soli dikreditkan dengan kebolehan negara untuk mengintegrasikan pelbagai bangsa dan mengurangkan persengketaan sosial berbanding negara lain. Walaupun jus soli jelas dinyatakan dalam Pindaan Keempat Belas bagi Perlembagaan Amerika Syarikat, pihak kehakimam mengenalpasti bahawa falsafah itu telahpun bersepadu dalam perlembagaan negara mereka.

Kanak-kanak yang lahir di kalangan diplomat asing sering kali tidak diiktiraf kewarganegaraan negara kelahiran walaupun negara itu mengamalkan jus soli.

Pemansuhan jus soli sunting

Sesetengah negara yang pernah mengamalkan jus soli telah memansuhkannya dan hanya mengiktiraf kewarganegaraan kanak-kanak yang lahir di negara itu jika ibu bapa mereka merupakan warganegara itu. Negara tersebut ialah:

Percubaan jus soli dalam Malayan Union sunting

Prinsip ini digunakan juga pada tahun 1945 oleh pihak British dan dilaksanakan oleh gagasan Malayan Union pada tahun 1946. Menurut pandangan nasionalisme, prinsip jus soli ini menguntungkan golongan imigran (orang dagang) kerana mereka boleh memperoleh kerakyatan dengan mudah di sesuatu tempat. Prinsip jus soli diperkenalkan untuk menyelesaikan status kerakyatan kaum imigran dalam gagasan Malayan Union.

Rujukan sunting

  1. ^ Vincent, Andrew (2002). Nationalism and particularity. Cambridge; New York: Cambridge University Press. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)