KRI Nala (363) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia jenis kapal friget ringan kelas Fatahilah yang sentiasa bersedia mempertahankan negara Indonesia.

KRI Nala

Kapal KRI Nala milik Indonesia merupakan kapal jenerasi moden kelas Fatahilah milik tentera laut Indonesia. Kapal peronda KRI Nala memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan sebagai kapal friget ringan.

Kapal kelas Fatahilah ini dibina oleh Wilton-Fijenoord, Schiedam, Belanda. Ia siap dibina pada tahun 1979. Kapal yang dalam kelas yang sama termasuk KRI Fatahilah, KRI Malahayati, dan KRI Nala.

KRI Nala bersaiz sepanjang 83.85[meter] X 11.1meter X 3.3meter (375.1 kaki X 36.4kaki X 10.8kaki. Ia mempunyai sesaran pada 1,450 tan apabila penuh. Ia mempunyai 82 orang anak kapal, dan dilengkapi dengan peluru berpandu bagi keupayaan pertempuran dipermukaan laut "anti-surface warfare".

Torpedo sunting

KRI Nala dilengkapi dengan tiga tiub pelancar torpedo berkembar 12.75 inci.

Peluru berpandu sunting

Sistem pertahanan udaranya adalah pelancar peluru berpandu Mistral bagi peluru berpandu darat-ke-udara. Mistral menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar dan terhadap peluru berpandu anti-kapal yang datang. Jarak sasaran adalah dari 0.5 kepada 5 km. Mistral mempunyai pencari infra, kelajuan 2.6 Mach dan dilengkapi dengan 3 kg kepala peledak.

Selain itu KRI Nala juga dilengkapi dengan 4 MM38 Exocet permukaan-ke-permukaan bagi keupayaan pertempuran dipermukaan laut "anti-surface warfare".

Bagi keupayaan pertempuran bawah permukaan air, ia juga dilengkapi dengan 2 peluru berpandu 375 mm anti-kapal selam (ASW RL).

Meriam sunting

Meriam utama kapal perang KRI Nala yang dipasang pada dek hadapan, adalah meriam 120mm/46caliber DP. KRI Nala juga dilengkapi dengan dua laras mesingan 40 mm dan 2 laras mesingan 20 mm. pelbagai guna.

Penangkis countermeasures sunting

KRI Nala membawa 2 pelancar umpan RL sebagai tambahan kepada sistem pemintas SUSIE-I. Ia dikawal oleh sistem persenjataan WM-28.

Bagi pertempuran bawah air, KRI Nala mempunyai sistem sonar PHS-32 yang dilekatkan pada bahagian bawah badan kapal (MF).

Pengesan sunting

KRI Nala memiliki radar pengesan permukaan dan udara DA-05. Radar tersebut memberikan pengesanan pencari sasaran di udara dan permukaan bersepadu dan beroperasi dalam trek ketika mod pengawas "scan mode" dan dalam pengesan percikan "splash spotting" ketika meninjau "scanning".

Penerbangan sunting

KRI Nala dilengkapi dengan dek penerbangan dan kemudahan hanger bagi pendaratan sebuah helikopter NBO-105.

Tujahan sunting

Kapal peronda ini mempunyai dwi-enjin disel yang disambung kepada dua gandar yang memberikan tujahan 8,000 bhp, dengan kelajuan beroperasi 21 batu nautikal. Selain itu ia mempunyai satu turbin gas yang mampu membekalkan kuasa 22,360 shp bagi menghasilkan kelajuan semasa bertempur pada 30 batu nautikal.

Secara keseluruhan KRI Nala mempunyai kelengkapan senjata yang baik dan kukuh dibina.

Pautan luar sunting