Kacang parang atau kacang buncis besar[1] serta vicia faba, juga dikenali sebagai kacang fava, kacang faba, kacang loceng, or kacang tik, ialah satu spesies kacang (Fabaceae) berasal dari Afrika Utara, barat daya dan selatan Asia, dan ditanam meluas di tempat lain.

Kacang parang
Pokok kacang parang Vicia faba berbunga
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Tribus:
Genus:
Spesies:
V. faba
Nama binomial
Vicia faba
Sinonim

Faba sativa Moench.

Kacang parang yang digoreng dan ditabur dengan garam amat sedap rasanya, tetapi awas, ia mampu membahayakan kesihatan mereka yang mengidap penyakit kekurangan G6PD.[2], [3]

Komposisi sunting

 
Kacang parang di dalam pod

Ia adalah tumbuhan tegar yang mampu tumbuh sehingga 0.5-1.8 m tinggi, dengan keratan rentas batang persegi yang kuat. Daunnya lebar 10–25 cm panjang menyirip dengan 2–7 lebaran, dan berwarna kelabu-hijau sayu yang tersendiri; tidak seperti kebanyakan vec yang lain, daun tidak mempunyai sulur paut untuk memanjat tumbuhan lain.

Bunganya adalah 1–2.5 cm panjang, dengan lima kelopak, putih kelopak standard, kelopak sayap putih dengan tompok hitam (hitam benar, bukan ungu atau biru gelap seperti yang ada pada kebanyakan pewarna "hitam",[4]) dan kelopak lunas berwarna putih.

Penanaman sunting

 
Buah kacang matang
 
Bunga
 
Kadar hasil kacang parang di seluruh dunia

Kacang parang mempunyai tradisi penanaman yang panjang dalam pertanian Dunia Lama, menjadi antara tumbuhan yang paling kuno dalam penanaman dan juga di kalangan yang paling mudah untuk bertumbuh. Bersama-sama dengan lentil, kacang pea, dan kacang kuda, mereka dipercayai telah menjadi sebahagian daripada diet Mediterranean timur sekitar 6000 SM atau lebih awal. Mereka masih sering ditanam sebagai tanaman penutup untuk mengelakkan hakisan, kerana tumbuhan ini boleh bertahan dengan musim sejuk dan kerana sebagai kekacang, ia boleh mengikat nitrogen di dalam tanah.

Isu kesihatan sunting

Kacang parang kaya dengan bahan tyramine, dan dengan itu perlu dielakkan oleh mereka yang mengambil "monoamine oxidase (MAO) inhibitor".

Kacang parang yang mentah mengandungi bahan visina, isouramil dan konvisina, yang mampu menyebabkan "hemolytic anemia" pada pesakit dengan keadaan diwarisi yang dikenali sebagai "glucose-6-phosphate dehydrogenase deficiency" (G6PD). Keadaan yang mampu membawa maut ini dikenali sebagai "favism" sempena kacang parang ("fava bean").[5], [6][7]

Kacang parang kaya dengan L-dopa, bahan yang digunakan secara perubatan bagi rawatan penyakit Parkinson. L-dopa juga merupakan agen natriuretik, yang mungkin membantu mengawal hipertension.[8]

Kawasan asal kacang parang berkait dengan kawasan demam malaria. Terdapat kajian epidemiologikal dan vitro yang mencadangkan bahawa hemolysis terjadi akibat favism bertindak sebagai perlindungan dari malaria, kerana sesetengah spesies protozoa malarial seperti Plasmodium falcipacrum amat sensitif kepada kerosakan oksida akibat kekurangan enzim glucose 6-phosphate dehydrogenase, yang jika tidak melindungi dari kerosakan pengoksidaan melalui penghasilan glutathione reductase[9]

Kegunaan lain sunting

 
Lukisan menunjukkan kacang parang, oleh Thomé, Flora von Deutschland, Österreich und der Schweiz, 1885.
 
Kacang parang yang digoreng dan ditabur garam.

Nota sunting

  1. ^ terjemahan nama broad bean oleh DBP
  2. ^ Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase Deficiency.
  3. ^ Fava Beans, Levodopa, and Parkinson's Disease.
  4. ^ "Core Historical Literature of Agriculture". Chla.library.cornell.edu. Dicapai pada 2013-04-30.
  5. ^ Plants of Life, Plants of Death, By Frederick J. Simoons.
  6. ^ Kathrynne Holden. "Fava Beans, Levodopa, and Parkinson's Disease".
  7. ^ Russ Parsons. "The Long History of the Mysterious Fava Bean".
  8. ^ Vered Y, Grosskopf I, Palevitch D, Harsat A, Charach G, Weintraub MS, Graff E. The influence of Vicia faba (broad bean) seedlings on urinary sodium excretion. Planta Med 1997;63:237-40. PMID 9225606.
  9. ^ Nelson L. David, Cox M. Michael .2005. “Chapter 14- Glycolysis, Gluconeogenesis, and the Pentose Phosphate Pathway” In Principles of Biochemistry. Freeman, New York. pp. 551.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

 
Wikibooks
Buku resipi Wikibuku mempunyai resipi