Biologi sunting

Dalam bidang biologi, khususnya genetik, kacukan atau hibrid membawa beberapa erti, semuanya mengenai anak hasil pembiakan seks.[1]

  1. Secara amnya, kacukan sinonim dengan heterozigot: mana-mana anak yang lahir dari hasil pengawanan dua induk homozigot yang berbeza.
  2. kacukan genetik membawa dua alel berbeza yang sama gennya.
  3. kacukan struktur terhasil dari pelakuran gamet yang berlainan strukturnya pada sekurang-kuranya satu kromosom, kesan keadaan struktur yang luar biasa.
  4. kacukan berangka terhasil dari pelakuran gamet yang berbeza bilangan haploid kromosomnya.
  5. kacukan kekal adalah yang mana hanya genotip heterozigot sahaja wujud, kerana semua gabungan homozigot adalah berbahaya.

Taksonomi sunting

Dari perspektif taksonomi, kacukan ialah anak yang terlahir dari pembiakan antara dua haiwan atau tumbuhan yang berlainan taksonnya[2].

  1. Kacukan antara subspesies berlainan dalam spesies yang sama (seperti harimau Benggala dan harimau Siberia) dikenali sebagai kacukan intraspesies. Kacukan antara spesies berbeza dalam genus yang sama (seperti singa dan harimau) dikenali sebagai kacukan interspesies atau campuran. Kacukan antara genus berlainan (seperti biri-biri dan kambing) pula dipanggil kacukan intergenus. Juga terdapat kacukan interfamili yang jarang sekali berlaku (misalnya kacukan ayam piru).[3], tetapi tiadanya kacukan haiwan interorder (antara order berbeza) yang diketahui setakat ini.
  2. Jenis kacukan kedua terdiri daripada campuran sesama populasi, baka atau kultivar dalam satu spesies yang sama. Pengertian ini sering diguna dalam pembiakbakaan tumbuhan dan haiwan. Kacukan sedemikian sering dihasilkan dan dipilih kerana mengikut ciri-ciri dikehendaki yang tiada atau tidak selalu terdapat dalam individu atau populasi induknya. Pengaliran bahan genetik antara populasi atau kaum sebegini sering dinamakan pengacukan (penghibridan).

Jenis kacukan sunting

Bergantung kepada induk, terdapat beberapa jenis kacukan:

  • Kacukan silang tunggal - hasil dari kacukan antara dua organisma tulen dan menghasilkan generasi F1 digelar kacukan F1 (F1 ialah singkatan untuk Filial 1, bermaksud "anak pertama"). Persilangan dua garisan homozigot berlainan menghasilkan kacukan F1 yang heterozigot; mempunyai dua alel, setiap satu dari induk, satu dominan dan satu lagi resesif. Generasi F1 ini adalah fenotip homogen iaitu menghasilkan anak yang sama.
  • Kacukan silang berganda - hasil dari persilangan antara dua kacukan F1.
  • Kacukan silang tiga arah - hasil dari persilangan antara satu induk kacukan F1 dan satu lagi dari biak baka dalam.
  • Kacukan silang tiga serangkai - hasil dari persilangan dua kacukan silang tiga arah.
  • Kacukan populasi - hasil dari persilangan tumbuhan atau haiwan dalam satu populasi dengan populasi lain. Ini termasuklah persilangan antara organisma seperti kacukan antara spesis.
  • Kacukan spesis - hasil dari populasi kacukan berevolusi halangan pembiakan terhadap spesis induk melalui kacukan penspisieasan.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Rieger, R., A. Michaelis, and M.M. Green (1991). Glossary of Genetics, Fifth Edition. Springer-Verlag. ISBN 0-387-52054-6 page 256
  2. ^ Keeton, William T. 1980. Biological science. New York: Norton. ISBN 0-393-95021-2 page A9.
  3. ^ Ghigi A. 1936. "Galline di faraone e tacchini" Milano (Ulrico Hoepli)

Pautan luar sunting