Kad Oyster merupakan sejenis pembayaran elektronik yang digunakan dalam pembayaran tambang perkhidmatan awam di dalam kawasan London Raya. Penggunaannya dikuatkuasakan oleh Transport for London dalam perkhidmatan kereta api Underground dan Overground, Docklands Light Railway, bas-bas London, perkhidmatan kapal di Sungai Thames, Tramlink, dan beberapa perkhidmatan terhad di National Rail yang tertakluk dalam zon tambang London.[1]

Kad Oyster
Tempat kegunaanGreater London
Tahun pelancaran2003
TeknologiMIFARE
PengendaliTranSys
Mata wangGBP (maksimum £90)
Nilai tersimpanPay as you go
Tambah nilai automatikAuto-topup
Perkhidmatan sahLondon Underground
 DLR
 Bas-bas London
 London Overground
 National Rail
Jualan runcitDalam talian
 Telefon
 Wakil penjual akhbar
 Stesen
VarianFreedom Pass
 Diskaun
 Pelawat
Laman webhttps://oyster.tfl.gov.uk/

Suatu kad Oyster mempunyai saiz kad kredit biasa yang mampu menyimpan nilai. Kad ini yang merupakan kad pintar boleh memuatkan pelbagai jenis pas tambang seperti tiket perjalanan sehala, pas berkala dan permit perjalanan. Pengguna mestilah menyentuh kad pada pembacanya ketika keluar masuk stesen atau ketika memasuki mana-mana bas.

Ciri-ciri sunting

Pendaftaran dan perlindungan sunting

Kad Oyster wajib didaftarkan untuk pembelian permit perjalanan dalam jangka masa sebulan dan ke atas.[2] Namun begitu, kad Oyster tidak perlu didaftarkan sekiranya digunakan semata-mata sebagai perkhidmatan bayar sambil lalu, dan juga penggunaan permit bas dan trem sahaja untuk tempoh seminggu.[2] Kad Oyster ini boleh didaftarkan:

  • di mana-mana stesen London Underground, London Overground dan sesetengah stesen perkhidmatan National Rail
  • pusat jualan kad Oyster secara runcit
  • Pusat Maklumat Perjalanan

dengan mengisi borang pendaftaran kad Oyster[2] yang disediakan oleh Transport of London.

Apabila kad Oyster telah didaftarkan, sekiranya kad itu hilang atau dicuri, maka kad dapat diganti dan kredit atau permit perjalanan yang ada dapat dikembalikan.[2] Perlindungan terhadap kecurian dan kehilangan kad ini juga dapat dibuat menerusi Internet.[2]

Jualan kad sunting

Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan kad Oyster, antaranya;

  • kaunter tiket stesen London Underground, London Overground
  • mesin tambah nilai kad Oyster
  • mesin pendispens kad layan diri
  • beberapa stesen perkhidmatan National Rail[3]

Penggunaan yang disahkan sunting

Perkhidmatan Travelcard Kredit prabayar (PAYG) Pas Bas & Trem
London Underground      
Bas      
Trem      
London Overground      
National Rail      
Heathrow Connect      
Heathrow Express      
Southeastern High Speed      
Perkhidmatan Susur Sungai Thames      

  = Sah.

  = Tidak sah.

  = Heathrow Connect: Tidak sah untuk perjalanan antara Hayes and Harlington dan lapangan terbang Heathrow.[4]

  = Southeastern High Speed: Sekiranya Travelcard mempunyai permit Plus High Speed atau Any Permitted + HS.[4]

  = Perkhidmatan Susur Sungai: Kredit prabayar hanya sah bagi perkhidmatan Thames Clipper; Travelcards membolehkan pemberian diskaun, tidak sah untuk penggunaan perkhidmatan ini.[5]
! = mewajibkan perjalanan dalam Zon 3,4,5 or 6

Rujukan sunting

  1. ^ "Getting around with Oyster" (PDF). Transport for London. Dicapai pada 25 Januari 2011. |first= missing |last= (bantuan)CS1 maint: numeric names: authors list (link)
  2. ^ a b c d e Transport of London. "What is Oyster?". Dicapai pada 29 Julai 2011.
  3. ^ "Stations, trams and bus stops".
  4. ^ a b "National Rail Enquiries - Travelcards and Oyster". 2011. Dicapai pada 29 Julai 2011.
  5. ^ "Oyster pay as you go - Clippers". 2011. Dicapai pada 29 Julai 2011.[pautan mati kekal]

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting