Kad tebuk (atau kad Hollerith atau kad IBM) ialah kadbod yang mengandungi maklumat digital yang diwakili oleh kewujudan atau ketiadaan lubang pada kedudukan pratertakrif. Ia ialah suatu bahantara perakaman yang hampir usang.

Mesin banci CTR yang menggunakan sistem kad tebuk.
Kad tebuk IBM piawai yang kosong, digunakan untuk menyimpan data.

Kad tebuk digunakan secara meluas pada sepanjang abad ke-19 untuk mengawal mesin tenun tekstil dan pada sepanjang abad ke-20 untuk input, pemprosesan, dan storan data dalam mesin rakaman unit.

Komputer digital yang awal menggunakan kad tebuk sebagai bahantara utama untuk memasukkan kedua-dua atur cara dan data melalui mesin kekunci tebuk secara luar talian. Sesetengah mesin undi pernah menggunakan kad tebuk.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting


Rencana ini pada asalnya berdasarkan bahan daripada Free On-line Dictionary of Computing yang dilesenkan di bawah GFDL.