Sebatian kimia kalium klorida (KCl) ialah suatu garam logam halida yang terdiri daripada kalium dan klorin. Dalam keadaan tulennya, sebatian ini tidak berbau dan mempunyai penampilan hablur kaca tanpa warna, dengan struktur hablur yang mudah membelah dalam tiga arah. Hablur kalium klorida bersifat kubus berpusat muka.

Kalium klorida
Nama
Nama lain
Silvit
Muriat potasy
Pengecam
Imej model 3D Jmol
ChEBI
ChEMBL
ChemSpider
DrugBank
ECHA InfoCard 100.028.374
Nombor E E508 (pengawal keasidan pH & agen antikerakan)
KEGG
Nombor RTECS
  • TS8050000
UNII
  • InChI=1S/ClH.K/h1H;/q;+1/p-1 ☑Y
    Key: WCUXLLCKKVVCTQ-UHFFFAOYSA-M ☑Y
  • InChI=1/ClH.K/h1H;/q;+1/p-1
    Key: WCUXLLCKKVVCTQ-REWHXWOFAZ
  • [Cl-].[K+]
Sifat
KCl
Jisim molar 74.5513 g·mol−1
Rupa bentuk pepejal hablur putih
Bau tidak berbau
Ketumpatan 1.984 g/cm3
Takat lebur 770 °C
Takat didih 1420 °C
281 g/L (0°C)
344 g/L (20°C)
567 g/L (100°C)
Keterlarutan larut di dalam gliserol, alkali
agak larut di dalam alkohol, tidak larut di dalam eter[1]
Keasidan (pKa) ~7
1.4902 (589 nm)
Struktur
Struktur kristal kubus berpusat muka
Termokimia
Entropi molar
piawai
So298
83 J·mol−1·K−1[2]
−436 kJ·mol−1[2]
Bahaya
NFPA 704 (berlian api)
NFPA 704 berlian 4 warnaKemudahbakaran kod 0: Tidak terbakar. Cth, airKesihatan kod 1: Pendedahan akan menyebabkan kerengsaan tetapi hanya kecederaan sisa kecil. Cth, turpentinKereaktifan kod 0: Biasanya stabil, walaupun di bawah keadaan pendedahan api, dan tidak reaktif dengan air. Cth, nitrogen cecairBahaya khas (putih): tiada kod
0
1
0
Takat kilat Tidak mudah bakar
Dos maut (LD) atau kepekatan dos maut (LC)
LD50 (median dos)
2.6 g/kg (mulut/rat), 0.142 g/kg (intravena/rat)[3]
Sebatian berkaitan
Anion lain
Kalium fluorida
Kalium bromida
Kalium iodida
Kation lain
Litium klorida
Natrium chlorida
Rubidium klorida
Sesium klorida
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
 ☑Y pengesahan (apa yang perlu☑Y/N?)
Rujukan kotak info

Kalium klorida dahulu dikenali sebagai "muriat potasy". Nama ini kadang-kadang masih dikemukakan dalam hubungan dengan kegunaannya sebagai baja. Warna potasy berubah-ubah daripada merah jambu atau merah hingga putih bergantung pada proses pelombongan dan pemulihan yang digunakan. Analisis potasy putih, kadang-kadang dirujuk sebagai potasy terlarut, biasanya lebih tinggi dan potasy putih digunakan terutamanya untuk pembuatan baja pemula cecair.

KCl digunakan dalam perubatan, penggunaan sains, dan pemprosesan makanan. Sebatian ini terjadi secara semula jadi sebagai galian silvit dan dalam gabungan dengan natrium klorida sebagai silvinit.

Penghasilan sunting

Kalium klorida boleh diekstrak dari galian-galian silvit, karnalit, and potasy dan boleh diekstrak dari air laut.

Dalam makmal, kalium klorida boleh dihasilkan melalui tindak balas kalium hidroksida, atau mana-mana garam kalium dengan asid hidroklorik.

: 

Walau bagaimanapun, kalium klorida tidak biasanya dihasilkan dalam makmal disebabkan oleh kos penghasilannya yang murah apabila dihasilkan dalam bidang industri.

Kegunaan sunting

Kalium klorida digunakan biasanya digunakan sebagai baja untuk mengekang masalah kekurangan kalium bagi tumbuhan, selain daripada kalium sulfat.

Dalam bidang perubatan, kalium klorida diambil sebagai ubat untuk merawat hipokalemia, masalah kepekatan kalium rendah dalam darah manusia. Kalium klorida boleh diambil melalui mulut ataupun secara intravena.

Rujukan sunting

  1. ^ "Potassium chloride (PIM 430)". Atur Cara tentang Keselamatan Kimia Antarabangsa. 3.3.1 Properties of the substance. Dicapai pada 17 Januari 2011.
  2. ^ a b Zumdahl, Steven S. (2009). Chemical Principles 6th Ed. Houghton Mifflin Company. m/s. A22. ISBN 0-618-94690-X.
  3. ^ Material Safety Data Sheet – Potassium Chloride. Sigma–Aldrich. Julai 2001.

Bacaan lanjut sunting

Templat:Molekul dikesan di angkasa lepas