Kamov Ka-50 Black Shark (nama pengenalan NATO: "Hokum A") merupakan sebuah helikopter penyerang Rusia yang memiliki satu tempat duduk dan memiliki sistem rotor sepaksi yang berbeza. Ia telah direka oleh biro rekabentuk Kamov pada tahun 1980-an dan akan digunakan oleh Tentera Darat Rusia pada 1995. Pada masa sekarang, helikopter ini dikeluarkan oleh syarikat Progress, sebuah anak syarikat Arseniev.

Ka-50 "Black Shark"
Ka-52 "Alligator"
Kamov Ka-50 "Black Shark" semasa di pameran.
Peranan Helikopter penyerang
Pengeluar Kamov
Penerbangan sulung 17 Jun 1982
Mula digunakan 28 Ogos 1995
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Udara Rusia
Jumlah dibina 16 (setakat 2006)

Pada lewat 1990-an, Kamov dan Industri Udara Israel telah membangunkan versi dua tempat duduk dalam susunan kokpit sebaris yang dikenali sebagai Kamov Ka-50-2 Erdogan (Bahasa Turki untuk "Born Warrior"), untuk bersaing dalam kontrak perolehan helikopter penyerang untuk Turki. Kamov kemudian telah mereka sebuah versi dua tempat duduk yang lain yang didesignasikan sebagai Kamov Ka-52 Alligator (nama pengenalan NATO: "Hokum B")[1].

Rekabentuk dan pembangunan sunting

Ka-50 direka sebagai sebuah helikopter kecil, laju dan lincah bagi mempertingkatkan kebolehan ikhtiar hidup dan berbahaya. Untuk berat dan saiz yang kecil (maka kelajuan dan kelincahan tinggi) yang mana merupakan satu ciri yang unik dibandingkan dengan pesawat-pesawat bersenjata yang lain – hanya akan dioperasikan oleh seorang juruterbang sahaja. Kamov menyimpulkan selepas melakukan penyelidikan terperinci pertempuran helikopter di Afghanistan dan zon-zon peperangan yang lain, yang mana fasa misi serangan biasanya adalah mengdekati pada aras rendah, perolehan sasaran timbul, dan pelepasan senjata bukan secara serentak memerlukan navigasi, mengawal pergerakan pesawat, dan operasi persenjataan oleh juruterbang; dan oleh itu sekiranya automasi sokongan direka dengan baik, seorang juruterbang mampu melaksanakan keseluruhan operasi secara bersendirian. Bagaimanapun, terdapat soalan yang masih belum dijawab yang mana sekiranya berada dalam keadaan sebenar, bolehkah juruterbang Black Shark mampu bertahan dari kelesuan kesan dari tambahan beban gabungan ini.

Sepertimana helikopter Kamov yang lain, ia memiliki ciri sistem rotor sepaksi yang berputar dalam arah berlawanan, yang mana menghapuskan keperluan bagi himpunan rotor ekor, ia juga akan memperbaiki kualiti aerobatik pesawat – semasa membuat pusingan, olengan, dan “the funnel” (circle-strafing) di mana bidikan helikopter tetap terkunci pada sasaran semasa membuat penerbangan bulatan pada aras, kedudukan dan kelajuan yang berlainan disekelilingnya. Dengan menggunakan dua rotor bermakna rotor lebih kecil dengan hujung rotor yang bergerak lebih perlahan boleh digunakan dibandingkan dengan rekabentuk rotor tunggal. Oleh kerana kelajuan putaran pada hujung rotor merupakan kekangan utama ke atas kelajuan maksimum sesebuah helikopter, ini membolehkan kelajuan maksimumnya lebih tinggi berbanding helikopter seperti AH-64. Menghapuskan keperluan rotor ekor merupakan suatu kelebihan yang bermakna kerana balasan-tork pada rotor ekor menggunakan sehingga 30% kuasa enjin. Tambahan lagi, ketidak-kebalan joran dan kotak giar belakang adalah penyebab biasa bagi kehilangan helikopter dalam pertempuran (seperti dibuktikan di Vietnam); keseluruhan trasmisi pada Black Shark secara perbandingan adalah merupakan sasaran kecil untuk ditembak dari darat. Kamov mengekalkan binaan himpuan pemacu sepaksi yang boleh bertahan daripada tembakan peluru berkaliber 23 mm sepertimana bahagian-bahagian penting lain pada helikopter.[perlu rujukan] Ketiadaan tork asli juga membenarkan helikopter agak kebal terhadap arah dan kekuatan angin, dan tidak melebihi kadar pusingan dalam semua lingkungan kelajuan jelajah.

Konfigurasi satu tempat duduk dianggap sebagai satu perubahan yang sangat untuk diterima pakai oleh NATO. Dua prototaip pertama helikopter Ka-50 mempunyai cermin-cermin palsu yang dicat padanya.[2] The "windows" evidently worked as the first western reports of the aircraft were wildly inaccurate. According to the Air Force Magazine Soviet Aerospace Almanac 1989, the "DoD states that this helicopter has not been observed carrying antitank guided weapons. Instead, it is thought to have a primary air-to-air role (an assessment that is not universally accepted)... Like other combat helicopters, 'hokum' has a crew of two, in tandem, with an elevated rear seat."

Untuk meningkatkan ikhtiar hidup juruterbang, Ka-50 telah dipasang dengan kerusi lenting NPP Zvezda K-37-800, yang mana merupakan suatu ciri yang amat jarang dipakai untuk helikopter.[1] Diarkibkan 2001-08-28 di Wayback Machine. Sebelum roket di dalam kerusi lenting dihidupkan, bilah-bilah rotor akan dicabut keluar oleh alat letupan yang terletak di dalam cakera rotor dan juga pada kanopi.

Prototaip pertama Ka-50 diberi gelaran "Werewolf", bagaimanapun nama rasmi yang diberi oleh Kamov bagi helikopter jenis ini adalah "Black Shark". Selepas kejatuhan Kesatuan Soviet, belanjawan ketenteraan telah dikurangkan dengan mendadak sebelum Ka-50 memasuki fasa pengeluaran berskala penuh, di mana hanya sejumlah kecil helikopter ini telah dibina. Mengikut laporan, pembangunan Ka-50 telah mencatat rekod disebabkan pandangan jauh Kamov dengan meletakkan jurutera perhubungan di setiap pembekal komponen-komponen utama dan sub-kontraktor sistem.

Ka-50 dan pesawat-pesawat kelainannya telah dipilih sebagai helikopter sokongan bagi pasukan khas, sementara Mil Mi-28 menjadi helikopter bersenjata utama bagi Tentera Darat Rusia. Pengeluaran Ka-50 telah dimulakan semula pada 2006.

Ka-50-2 Erdogan sunting

Pada 1997, Industri Aeroangkasa Israel (IAI) dengan kerjasama Kamov memasuki persaingan untuk membekalkan 145 buah (kemudian ditukar kepada 50 buah) helikopter penyerang kepada Turki dengan kontrak yang bernilai AS$ 4 bilion. Helikopter yang direka dalam persaingan ini diberi nama Ka-50-2 Erdogan, sebuah versi dua tempat duduk kokpit sebaris berdasarkan model Ka-50 yang mana memiliki ciri-ciri moden seperti avionik dan kokpit kaca buatan Israel, serta pemasangan turet meriam lipatan tepi (untuk kelegaan semasa mendarat) berkaliber 30 mm yang mana bertentangan dengan meriam tetap pada helikopter versi asal Ka-50 (turet buatan Itali juga ditawarkan sebagai pilihan ke atas Ka-52.) Erdogan telah berjaya mengalahkan helikopter Eurocopter Tiger dan AH-64 Apache, tetapi telah kalah kepada helikopter AH-1 Cobra yang ditingkat upaya. Akhirnya, kontrak telah dianugerahkan kepada helikopter Agusta A129 Mangusta buatan Itali.[2] Diarkibkan 2008-07-04 di Wayback Machine Kamov masih lagi mencari pembeli, setelah tentera Rusia tidak mempunyai dana untuk membelinya bagi kegunaan mereka.

Ka-50N dan Ka-50Sh sunting

Disebabkan keupayaan sistem bidikan dan penglihatan TV waktu malam yang terhad pada helikopter asal Ka-50 "Shkval", versi ubahsuai satu tempat duduk Ka-50 telah dibina. Helikopter ini dinamakan semula sebagai Ka-50N (Bahasa Rusia: "Nochnoy", "Malam") dan Ka-50Sh (Bahasa Rusia:"Shar", "Sfera" – oleh kerana turet pandang hadapan infra merah (FLIR) berbentuk sfera). Banyak kelainan telah dicuba, beberapa darinya menggunakan unit asal "Shkval" yang kemudian digantikan dengan sistem pengimejan haba, sementara unit-unit lain – keseluruhannya digantikan dengan sistem siang dan malam "Samshite" (juga digunakan pada Ka-52), termasuk pengimej baha buatan SAGEM dari Perancis atau Thomson. Tiada sebuahpun dikeluarkan secara meluas sehingga sekarang.

Ka-52 sunting

 
Ka-52 "061", Zhukovski, 2001

Ka-52 adalah merupakan sebuah lagi pengubahsuaian ke atas rekabentuk asas helikopter Ka-50. Ia memaparkan kokpit dua tempat duduk sebelah-menyebelah dan direka untuk mengesan sasaran dan mengagihkan semula bagi menyokong Ka-50. Sebagai perbandingan terhadap helikopter asal Ka-50, Ka-52 memiliki profil hidung yang “lebih lembut” disebabkan kokpit yang lebih lebar, perisai kokpit dikurangkan, dan radome pemasangan hidung yang besar. Peralatan termasuk radar dengan dua antena – dipasangkan dalam bentuk berdiri tegak untuk sasaran-sasaran udara dan pemasangan hidung bagi sasaran-sasaran di darat, dan sistem bidikan haba/TV siang dan malam d "Samshite" di dalam dua turet sfera (unit pertama di atas kokpit dan unit kedua di bawah hidung). Ka-52 mengekalkan pemasangan meriam pada bahagian sisi dan enam tenggekan pada sayap sama seperti Ka-50 yang asal.[3]

Kejatuhan Kesatuan Soviet mengelakan Ka-52 daripada dikeluarkan pada skala penuh. Pada masa sekarang, hanya sejumlah kecil yang wujud. 30 buah "Ka-52" dirancang untuk dibeli pada 2012. [4]

Rekabentuk sunting

Persenjataan sunting

Helikopter ini membawa beban persenjataan yang besar dan banyak di empat tenggekan di bawah tunggul sayap dan dua di hujung sayap, menjadikan jumlah keseluruhannya seberat 2,300 kg bergantung pada gabungan senjata.

Persenjataan utama terdiri dari 12 peluru berpandu anti kereta kebal panduan laser Vikhr dengan jarak maksimum sehingga 8 km. Panduan laser dipercayai dari segi mayanya adalah kalis-sesak dan sistem ini memiliki ciri panduan automatik ke sasaran yang membolehkan pergerakan bersifat mengelak selepas dilancarkan. Sistem kawalan tembakan secara automatik akan berkongsi semua maklumat sasaran dengan empat buah helikopter Black Shark yang lain berkenaan penerbangan dalam masa sebenar. Ini membenarkan sesebuah helikopter untuk menyerang sasaran yang dikesan oleh helikopter yang lain. Sistem ini juga boleh memasukan maklumat sasaran yang didapati dari peninjau di darat dengan menggunakan alat penanda sasaran mudah alih yang dibawa oleh seorang anggota tentera. Meriam berkaliber 30 mm diintegrasikan adalah ditetapkan pada kedudukan separuh kaku di bahagian sisi helikopter, boleh digerakkan sedikit ketinggian berlainan dan azimut. Kelincahan helikopter ini membolehkan sistem kawalan senjata dipusingkan (keseluruhan helikopter dan) meriam ke arah sasaran yang diperoleh oleh bidikan pada paparan lekapan helmet juruterbang sepantas pusingan turet meriam pada helikopter Apache atau Mi-28. Pemasangan meriam dalam keadaan separuh kaku akan memperbaiki ketepatan meriam, memberi meriam berkaliber 30mm jarak praktikal lebih jauh dan kadar mengenai sasaran pada jarak sederahana yang lebih baik berbanding pemasangan turet pemusingan bebas.

Sejarah operasi sunting

Pada Januari 2001, Ka-50 beraksi pertama kalinya dalam pertempuran apabila ia menembak kedudukan pejuang Chechen di Chechnya. Kemudian, ia mungkin ada melaksanakan beberapa misi di zon perang, meskipun tidak sebanyak Mil Mi-24 yang mana mungkin lebih sesuai dalam operasi anti gerila. Disebabkan kekurangan persediaan tempur, Ka-52 (yang mana bertujuan untuk mengesan sasaran dan mengkordinasi serangan oleh Ka-50), sebuah Ka-29 yang diubahsuai sebagai pos perintah udara telah digunakan, dengan memasang peralatan pengawasan dan bidikan. Ka-50 telah menunjukan keboleh-kendalian yang cemerlang dalam persekitaran pergunungan.

Pengguna sunting

  Rusia

Spesifikasi sunting

Data for Ka-50, perbezaan untuk Ka-52 dinyatakan.

 

Data dari Ka-50 page,[7] Ka-52 page,[3] Aerospaceweb [8]

Ciri umum

  • Anak kapal: Satu (bagi Ka-52: Dua)
  • Panjang: 13.50 m (44 kaki 3 in)
  • Diameter rotor: 2x 14.50 m (2x 47 kaki 7 in)
  • Tinggi: 5.4 m (17 kaki 9 in)
  • Ceper luas: 330.3 m² (3,555 kaki²)
  • Berat kosong: 7,800 kg (17,200 lb)
  • Berat berisi: 9,800 kg (21,600 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 10,800 kg (23,810 lb)
  • Loji kuasa:Klimov TV3-117VK turboshaft, 1,660 kW (2,226 shp) setiap satu
  • Untuk Ka-52:
    • Berat muatan: 10,400 kg (22,930 lb)

Prestasi

Persenjataan

  • 1x meriam Shipunov 2A42 berkaliber 30 mm separuh-kaku boleh ubah (240 butir peluru, suapan berkembar AP atau HE-Frag)
  • Pelbagai jenis persenjataan pada empat tenggekan, termasuk pod meriam UPK-23-250 23-mm (240 butir peluru setiap satu), rak peluru berpandu anti kereta kebal APU-8 9K121 Vikhr, peluru berpandu udara ke udara Vympel R-73 (NATO: AA-11 Archer), pod roket berkaliber 122 mm untuk roket S-8 80 mm dan roket S-13, peluru berpandu udara ke permukaan taktikal panduan laser semi-aktif Kh-25, kemungkinan roket berkaliber besar seperti S-25/S-25L, 4x bom 250 kg (550 lb) atau 2x bom 500kg (1,100 lb), tangki bahan api luaran 500 L (130 gelen A.S). Dua pelancar berkembar peluru berpandu Igla di bawah hujung sayap pod-pod pertahanan diri (berjumlah 4 butir peluru berpandu). Jumlah maksimum beban 2,000 kg.
  • Dua pod pada hujung sayap dipasang dengan dispenser pertahanan diri suar dan pengumpan, setiap satu sebanyak 64 katrij (jumlah 128).

Rujukan sunting

Nota
  1. ^ Hewson, R. 2001. The Vital Guide to Military Aircraft. England: Airlife Publishing Ltd. pp. 58
  2. ^ Eden, Paul. Encyclopedia of Modern Military Aircraft. p. 223, Amber Books, 2006. ISBN 1-904687-84-9.
  3. ^ a b Kamov Ka-52 product page
  4. ^ Article in Russian
  5. ^ KA-50 Hocum/ Werewolf, warfare.ru
  6. ^ KA-52 Alligator, warfare.ru
  7. ^ Kamov Ka-50 product page
  8. ^ Ka-50/52 page on Aerospaceweb.org
Bibliografi
  • Donald, David and March, Daniel J, Modern Battlefield Warplanes. AIRtime Publishing, 2004. ISBN 1-880588-76-5.

Lihat juga sunting

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Pautan luar sunting