Kampung Minyak Beku

Kampung Minyak Beku merupakan sebuah kampung di Mukim Minyak Beku, Daerah Batu Pahat, Negeri Johor, Malaysia. Lokasi tepatnya ialah di tepi laut menghadap pantai barat Johor. Kampung Minyak Beku terkenal dengan tempat terletaknya sebuah batu besar berpahat, lebih kurang sepuluh kaki saiznya (di sebelah balai polis). Batu besar ini dipahat oleh Siam (Ayudhya) untuk mengisi air tawar. Telah dikatakan bahawa askar Siam datang ke sini dengan menggunakan bot untuk menggempur Melaka hanya untuk ditewaskan oleh Tun Perak pada abad ke-15. Batu dipahat ini menjadi terkenal di mana ia kemudian menggantikan nama Bandar Penggaram menjadi Batu Pahat.

Pengakhiran Jalan Minyak Beku di Pantai Minyak Beku.
Pantai Minyak Beku
Terminal Feri Minyak Beku

Selain itu terdapat tempat Tentera Jepun membuat kuari memecah batu untuk dijadikan bahan binaan. Kuari itu dibuka sewaktu pemerintahan mereka tahun 1940-an. Batu yang dipecahkan di situ, kemudian angkut dengan menggunakan sebuah mesin yang bergerak dari kawasan kuari hingga ke pantai untuk dibawa masuk ke dalam kapal. Selepas Jepun menyerah kalah dengan Tentera British, kuari tersebut telah ditinggalkan begitu sahaja sehinggalah sekarang.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting