Kampung Sungai Kembung

Kampung Sungai Kembung (atau Sungai Kembong) yang dibuka pada tahun 1901 terbahagi kepada dua kampung, iaitu Kampung Sungai Kembung Hulu dan Kampung Sungai Kembung Hilir. Asal namanya "rotan yang kembung". Kembung bermaksud bekas yang lebih muatannya. Contoh ayat "Pipi adik kembung".

Jumlah penduduknya pada tahun 1995 sekitar 400 orang. Pekerjaan penduduk menoreh getah. Mereka naik teksi sapu untuk ke Pekan Semenyih. Peti pos diletakkan di Kedai Abdul Hamid. Telefon, air dan eletrik ada dibekalkan. Oleh sebab tiada sekolah rendah, murid-murid bersekolah di Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir. Ramai Melayu dari Sumatera, Indonesia.

Semasa Jepun antara 1941 dan 1945, kampung ini pernah jadi kubu dan tempat pertahanan tentera Jepun. Antara 1948dan 1960 berlaku darurat. Abdul Manan selaku ketua komunis dan tali barut komunis berpakat dengan ketua Kampung Sungai Kembung serta ketua kampung lain di Jenderam untuk memujuk penduduk kampung menentang kerajaan British di Tanah Melayu. Turut hadir Tuan Imam Haji Abas bin Dolmat, Abdul Malek Haji Salim dan Haji Osman bin Ali, komunis digesa keluar tetapi belum ada kata putus.

Tan Malaka, seorang tokoh komunis dari Sumatera, Indonesia, pernah datang ke Jenderam kerana mempunyai tali persaudaraan dengan sebahagian penduduk kampung. Di Jenderam, ramai orang Melayu bersimpati, menyokong dan terlibat dengan pergerakan komunis. Nama sebenarnya Sutan Ibrehim.

Kes itu dilaporkan kepada polis. Pasukan pengawal kampung ditubuhkan di Kampung Sungai Kembung. Anak kampung dibekalkan dengan senjata api.

Apabila Rancangan Brigg dilaksanakan, rumah penduduk kampung di Jenderam telah dibakar dan penduduk diarahkan pindah ke Keluang, Johor. Sebuah kem tentera terdapat di Keluang bagi mengawasi mereka.

Ada dua keramat di Kampung Sungai Kembung. Salah satu daripadanya ialah Datuk Batin Keramat Lidah Hitam. Pada peringkat awal, kampung ini termasuk dalam mukim Bangi/Sepang. Wakil rakyat YB Dato Abu Bakar Baginda telah membina jalan tanah merah.

Selepas tahun 1960, Sungai Kembung dimasukkan ke dalam mukim Beranang. YB Abdul Hamid Bachee telah membina jalan tar hingga ke Kampung Rinching Hilir. Pada zaman YB Marwilis Yusof, penduduk bertambah dari 40 kepada 400 orang.

Kampung Sungai Kembung Baru dibina untuk mengatasi kekurangan tanah.

Antara tokoh Kampung Sungai Kembung ialah :

  1. Ngah Rashid Ketua Kampung
  2. Tuan Imam Haji Abas bin Dolmat : Imam
  3. Dato Osman bin Ali: guru besar
  4. Haji Abdul Latif bin Ali: guru
  5. Wahab Ali: pensyarah universiti serta penyair.