Kampung Tudan Baru

kampung di Keningau, Sabah

Koordinat: 5°22′N 116°10′E / 5.367°N 116.167°E / 5.367; 116.167

Kampung tudan baru merupakan perkampungan yang terletak sejauh lebih kurang 5 kilometer dari pekan Keningau, Sabah. Diletakkan di bawah Dewan Undangan Negeri Liawan di dalam Parlimen Keningau.

Majoriti penduduk kampung terdiri daripada etnik Dusun dan beragama Islam. Namun, terdapat juga kaum-kaum lain dan yang berbeza agama menetap di sini sama ada melalui perkahwinan ataupun imigrasi.

Dianggarkan populasi penduduk lebih kurang 1000 orang iaitu 70% golongan muda/belia dan 30% golongan tua/warga emas.

Sejarah awal sunting

Kampung Tudan Baru mula dibuka pada akhir tahun 1950-an dan nama kampung tersebut dipercayai diambil daripada nama kampung yang terdapat di Daerah Ranau yang bersempadan dengan daerah Tambunan yaitu Kampung Tudan.

Ekonomi dan pendidikan sunting

Aktiviti pertanian merupakan sumber rezeki yang penting buat penduduk kampung. Selain itu, terdapat juga penduduk yang bekerja di sektor awam, swasta dan menjalankan aktiviti perniagaan.

Hasrat untuk melihat satu keluarga memiliki satu ahlinya melangkah ke Institusi Pengajian Tinggi boleh dikatakan telah tercapai dan bilangannya pasti akan meningkat pada masa hadapan.

Anugerah dan pencapaian kampung sunting

  • Johan Kampung tercantik peringkat daerahKeningau 1994
  • Johan Kampung tercantik peringkat daerahKeningau 1995
  • Johan pertandingan kebersihan, keindahan dan kemajuan kampung peringkat daerah keningau 1996
  • Johan pertandingan kebersihan, keindahan dan kemajuan kampung peringkat negeri Sabah 1996
  • Johan pertandingan kebersihan, keindahan dan kemajuan kampung bagi ketegori kreativiti dan penyertaan penduduk peringkat kebangsaan 1997
  • Anugerah Rakan Muda Masjid peringkat negeri Sabah 1998
  • Anugerah Persatuan Belia Peringkat daerah Keningau 1999
  • Anugerah Kampung Cemerlang 2000 dan 2001 Parlimen 158 Tenom
  • Anugerah Kampung Sihat 2002 peringkat daerah Keningau sempena hari jantung sedunia
  • Anugerah kelab Wanita Bersepadu 2003
  • Penghargaan Pelancaran Gerakan Daya Wawasan 2003
  • Johan festival Nasyid Peringkat daerah Keningau 2004
  • Johan festival Nasyid Peringkat bahagian Pedalaman Atas 2004
  • Penghargaan festival Nasyid Peringkat negeri Sabah 2004
  • Johan Ihtifal Kesenian Islam peringkat zon 4 nasyid, sajak dan pidato
  • Tempat ketiga Ihtifal Kesenian Islam peringkat negeri Sabah 2004
  • Johan membuat buku skrap karnival seni pencegahan dadah peringkat daerah keningau 2005
  • Tempat ketiga pertandingan Boria 2005
  • Penghargaan Festival nasyid Membakut 2005
  • Naib johan Festival Nasyid peringkat daerah Keningau 2005
  • Johan Pesta Pantun peringkat negeri 2005
  • Johan festival nasyid peringkat daerah keningau 2006
  • Johan festival nasyid peringkat bahagian pedalaman atas 2006
  • Penghargaan festival nasyid peringkat negeri 2006
  • Johan pertandingan nasyid Maal Hijrah 2006
  • Johan Ihtifal Kesenian Islam zon 4
  • Tempat ketiga Ihtifal Kesenian Islam peringkat negeri Sabah 2006
  • Penghargaan pesta Kalimaran 2006
  • Johan Keceriaan Sambutan Kemedekaan 2007 Peringkat Daerah Keningau
  • Naib Johan Keceriaan Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri Sabah 2007
  • Johan Nasyd Ihtifal Kesenian Islam Peringkat Parlimen Keningau 2007
  • Johan pertandingan gerai SDSI peringkat negeri 2007
  • Johan Anugerah Desa Cemerlang peringkat Daerah Keningau 2007
  • Naib Johan Angugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Sabah 2007
  • Johan pertandingan gerai SDSI peringkat negeri 2009
  • Johan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Daerah Keningau 2009
  • Naib Johan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Sabah 2009
  • Johan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Daerah Keningau 2012
  • Johan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Sabah 2012

Pautan luar sunting